.

Isnin, 20 Oktober 2014

P.Ramlee The Musical yang menyengat...

Teater P.Ramlee The Musical dari season 1-3, aku tak pernah miss pegi nonton. Tanpa membuat perbandingan antara ketiga-tiganya, cuma nak share je emosi aku waktu menonton muzikal ni (iya, baru ada mood nak share kat sini selepas berminggu-minggu. Hehehe...)

Injeksi rasa

Sejujurnya, PRTH kali ni tetap berbisa walaupun sudah kali ketiga dipentaskan dan pertukaran pelakon utama juga pembantu. Meskipun kelihatannya Tony Eusoff agak gigih 'meniru gerak dan perwatakan' P.Ramlee, tetapi bagi aku lakonannya tetap menjadi. Sebagai P. Ramlee, di tangan Tony watak itu harus diberi pujian.

Lisa Surihani, walaupun bukan seorang penyanyi tetapi lakonannya sebagai Junaidah sesuai dengan dirinya. Gedik - manjanya, dapat dirasa penonton.


Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai Norizan cukup mantap. Wataknya menyerlah, lontaran vokalnya jelas. Gaya wanita moden yang pandai bergaya berjaya dihidupkan dengan cemerlang.


Biduanita Puan Sri Saloma ditangan Nadia Aqilah, cukup serasi dan manis sekali. Lunak merdu vokalnya cukup menangkap telinga. Dia turut memberi nafas tersendiri dalam watak Saloma. Puas menonton lakonannya, walaupun kali pertama buat Nadia dipentas PRTM.

Kemunculan Pak Nil (Datuk Aznil Hj Nawawi) sebagai ayah Junaidah, menceria dan memberi rentak segar dalam PRTM. Begitu bersahaja dan santai. 


Aku juga suka watak-watak lain dalam PRTM kali ni, pendek kata semuanya melunaskan misi mereka dengan penuh semangat anak seni. Persembahan selingan juga memikat, gerak tarik, pemilihan pakaian dan props harus diberi pujian (entah berapa kali aku tepuk tangan penuh gembira dan kagum waktu nonton PRTM di panggung Istana Budaya).

Baca artikel aku pasal teater muzikal ni kat sini ,  sekarang layan gambaq selfie aku pulak. Oh...btw, tq Ina Mohd yg jadi rakan sekerja yang sama-sama saling bertemanan menonton PRTM 3 ni. ^_^



#TeaterMusical #PRTM #PRM #IstanaBudaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan