.

Rabu, 1 Oktober 2014

Dating time with 'Miss 200 Pounds Beauty'...

DIBURU mood malas + boring, semua benda disentuh tak menjadi. Entah apa tak kena, tak tahulah! Macam biasa, kerja memang menimbun-nimbun. Rajin nak menyiapkannya je yang tak berapa nak menimbun.

Jam 4.50pm, tak sentuh makanan...hanya teguk secawan kopi 3 in 1. Duduk menghadap laptop dari pagi sampai ke petang, godek itu ini...susun yang itu dan ini...sangap!!! *PENGSAN*

Act, minggu ni patutnya aku dalam 'zone cuti-cuti Malaysia'. Sayangnya, ada beberapa benda yang tak selesai, terpaksa postpone dengan berat hatinya. Hurmmm...apa nak buat, kita hanya merancang Allah jua sebaik-baik perancang. Redha je 'la.

Jam 6.15pm, perut bukan je berock kapak...pedihnya macam kena hiris dek pisau yang baru diasah dengan gigihnya. Perghhh...tak boleh tahan, masuk dapur dan selongkar peti ais. Biji mata melilau cari bahan makanan yang boleh diproses dengan segera. Kalau tunggu nak nyahbeku ikan...daging or ayam...aku rasa mahunya aku yang 'kerjung' kelaparan!

Bahan paling mudah diproses, bikin saja Mini Tortilla Pizza's. Potong, calit2, humban mozzarella cheese...siap! (resipinya aku dah bagi sebelum ni, boleh tengok kat tag 'Resipi'.) Sambil makan, layan 200 Pounds Beauty. Iya, memang ni filem lama dan aku je yang baru gigih nak tengok. Banyak kerjaan, bukan selalu ada time nak santai-mantai. Ngeeee!


200 Pounds Beauty(2006) ni bergenre romantik komedi lakonan Kim Ah Joong dan Joo Jin-mo. Banyak mesej menarik dan tersirat dalam cerita ni. Ceritanya juga menyentuh pembedahan plastik yang memang terkenal sangat di Korea Selatan.

Ceritanya berkisar mengenai Kang Hanna yang ada bakat menyanyi, tetapi dek fizikalnya yang kurang menarik untuk menjadi penyanyi akhirnya dia hanya layak meminjamkan (lip singer) untuk seorang artis bernama Ammy. Hanna sangat berbeza daripada Ammy terutama dari segi bentuk badan dan penampilan. Ibarat kata, macam langit dan bumi.

Hanna juga dalam diam menyimpan perasaan kat produser tampan, Han Sang Jun dan dia mampu bertahan serta bersemangat untuk terus hidup kerana lelaki itu sering memuji dirinya. Hanna mempunyai ayah yang menghadapi masalah mental dan selalu menganggap Hanna sebagai isterinya namun Hanna tetap menerima keadaan itu. Dia juga sering 'memberitahu' ayahnya bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi penyanyi.

Hingga suatu hari, secara tak sengaja Hanna mendengar pengakuan Sang Jun kepada Ammy bahawa Hanna hanya dimanipulasi untuk Ammy yang sama sekali tidak berbakat dalam menyanyi. 

Pengakuan itu itu cukup memeritkan untuk diterima. Kang Hanna pun down gila dan buat keputusan untuk mengubah dirinya dengan pembedahan plastik. Pembedahan itu berjalan dengan jayanya hingga tiada seorang pun yang mengenalinya kecuali teman karibnya Jung Min (juga teman sekerjanya bersama Sang Jun). Sementara kerjaya nyanyian Ammy tergendala gara-gara Hanna menghilangkan diri.


Selepas melakukan pembedahan, Hanna mengubah namanya menjadi Jenny dan berjaya menjadi penyanyi di bawah Sang Jun. Sayangnya, kehidupan Jenny membuat Hanna berubah hingga sanggup meminggirkan nasihat Jung Min dan Ayahnya.

Serius weh...aku sempat nanges tengok cerita ni. Ada la part2 yang menyentuh jiwa kapas aku ni...siapa pernah tengok sure paham.

Bersama sepinggan Mini Tortilla Pizza's, cukup nikmat ditemani cerita yang best. Hidup ni memang banyak dugaan, chill je kalau tak nak stress!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan