.

Rabu, 13 Mac 2013

Unfaithful...

Lama jugak tak 'lepaking' with 'Selipar Jamban' (nama sebenar dia tak payah bagi tahulah ye, aku gelar dia 'Selipar Jamban' sebab selain dia suka pakai selipar jamban, dia memang banyak koleksi selipar jamban. Kalau kasut dia hilang kat surat, dia rela pi pinjam selipar jamban daripada sauk kasut or sandal orang lain...dia memang 'selipar jamban mania'). Kalau menyapa pun hanya di inbox FB. Itu pun jarang sangat, maklumlah pakat-pakat sibuk memenuhi tuntutan kehidupan yg semakin mencabar.

Tup-tup, tengah hari tadi...waktu aku sibuk dengan fashion shoot kat studio, dia (Selipar Jamban) sms ajak lepaking lepas kerja. Kebetulan, hari ni tak banyak benda nak dibuat. Order 'semekut coklat' pun dah disiapkan semalam, tinggal tuannya datang ambik je.

Jam 9.30 mlm, aku standby kat tempat yang dijanjikan. Tak sampai 10 minit, Selipar Jepun sampai. Masih lengkap dengan pakaian opis. Cuma muka nampak penat dan kusut (plus...berselipar jepun), dari jauh dia dah hadiahkan senyum. Tapi pada mata aku, nampak tak berapa nak berseri sangat senyum tu. Penat kot, aku cuba berbaik sangka.

Selipar Jepun, memang dari zaman sekolah sampai dah masuk umur 36 tahun, dia memang tekun. Bagi apa saja pada dia, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh. Sangat gigih, sebab itu ramai org suka dia. Awek jangan cakaplah, bersusun nak ngorat dia. Kalau dia pinang, free-free pun depa sanggup kot ^_^

Ok, berbaik pada cerita pertemuan kami. Sebaik saja dia duduk, bau minyak wanginya terus menusuk masuk ke lubang hidung aku. Wangi giler... mcm nak dating dengan awek pulak *_*

Selipar Jamban (SJ): Lama tak jumpa ko, Nn!

Aku: Haah... ko kan mmg jenis cepat lupa diri...kan...kan...kan

SJ: Aku sibuk, banyak tender nak kena submit. Ni pun aku dari opis. Ko sihat? Nampak cerah semacam je muka, gemuk hahahaha.

Aku: Dah hari-hari kerjanya makan je, buntal la aku. Ko apa cer, tetiba muncul. Sure ada gosip baru, cer citer sikit.

SJ: Kita makan dulu la, aku belum mkn dr tgh hari tadi. Lapar tahap cipan neh!

* Kami order Mihun Celup versi Thailand, Asam Boi dan Tembikai Laici

Aku tengok dia mcm tak bernafsu nak makan, katanya lapar. Dia juga banyak diam, tak murai macam biasa. Hmmmm...apalah masalah member aku neh???

Aku: Wife...anak-anak, sihat? Lama tak jumpa depa.

SJ: Anak ok.

Aku: Ko ada apa-apa nak share dengan aku?

SJ: Nn...aku rasa...aku ni mcm bangsat sangat! Lelaki bacul...tak guna sesen pun!

Aku: Wey, apa cakap mcm tu? Jangan nak meroyan pelik2, cer citer elok-elok.

SJ: Bini aku, Nn. Dia ada skandal dengan jantan lain!

Aku: ...(telan air liur, rasa macam nak terkeluar segala isi perut)

SJ: Dia salahkan aku, konon sebab aku sibuk. Tak ada masa kat rumah dengan dia. Aku kerja Nn, bukan ke mana-mana pun. Aku cari rezeki, Nn.

Aku: Mana ko tahu pasal hal bini ko tu? Jangan dengar ckp orang, siasat dulu.

SJ: Aku jumpa gambar dia dengan jantan tu dalam FB. Diaorang pergi bercuti time aku ada kursus di KK awal tahun tu ari. Anak pun ada sama.

Aku: Kawan je kot, jangan la emo sangat.

SJ: Aku dah tanya dia, mula-mula memang dia tak mengaku. Bila aku tunjuk gambar, dia terus 'tembak' aku. Kata dia, semua tu sebab salah aku. Aku tak bagi perhatian kat dia. Aku sibuk cari duit, tak peduli hal dia dengan anak-anak.

Lama kami berjeda. Aku mati kata-kata. Dia dengan rupa kusut masai, tambah teruk. Aku tengok bola matanya memerah. Hidungnya yang mancung kembang kempis. Sesekali dia mengeluh, berat. Simpati aku kepadanya, berganda. Lebih kasihan kepada 3 orang anak dia yang masih kecil.

Aku: Sekarag macam mana?

SJ: Aku tak tahu, Nn. Aku buntu.

Aku: Bini ko?

SJ: Dia tak kisah apa nak jadi. Bercerai pun dia tak ada hal, masalahnya aku sayangkan dia. Sayang sangat-sangat, Nn. Ko tahu 'kan macam mana susahnya aku nak dapatkan dia dulu. Aku kerja keras sekarang pun untuk dia dan anak. Aku tak mahu diaorang hidup susah. Aku nak diaorang hidup selesa. Tapi kenapa dia tak nak paham? Kenapa mesti hukum aku macam ni?

Aku: Sabarlah, ini ujian untuk korang. Cubalah baiki keadaan. Belum terlambat, 'kan.

SJ: Tapi aku rasa dia dah tak sayang aku lagi.

Aku: Sejak bila benda ni, maksud aku sejak bila ko tahu hal kecurangan dia?

SJ: Bulan lepas. Masa tu aku cari gambar kami berdua untuk buat kad ulang tahun perkahwinan kami. Aku masuk FB dia, cari gambar...tiba-tiba aku jumpa gambar tu (kemudian dia mengeluh, kuat jugak sampai naik juling bijik mata aku malu kat orang yang pandang ke arah meja kami).

Kami berjeda lagi. Memang berat masalah si Selipar Jamban ni, mcm2 hal ada. Kalau suami curang tu memang hal biasa, tak pelik pun. Tapi, bila masuk bab bini curang ni memang payah sikit nak komen. Kena hati-hati, kalau tak habis.

SJ: Hati aku syak dia dah 'main' dengan jantan tu!

Aku: Astaga, ko jgn la sampai tahap tu. Itu semua 'racun' setan. Jgn burukkan keadaan dgn fikir bukan2.

SJ: Anak-anak cerita, jantan tu keluar masuk rumah kami setiap hari. Duduk berdua-duduk dalam bilik, ko rasa?

Aku: Tapi ko tetap tak ada bukti nak tuduh bini ko sampai tahap tu.

SJ: Ah lelaki, Nn. Kalau dia baik, dia tak buat hal dengan bini org!!!

Aku: Ye la, tp ko still tak boleh tuduh mereka dah berzina. Berat sangat tuduhan tu, boleh jadi fitnah dan dosa nanti (cewah...dah mcm ustazah lak 'kan).

SJ: Ko tahu tak, dah lama sangat kami tak 'bersama'. Dia tak manja macam dulu, dia dingin sangat dengan aku. Jangan kata nak layan, bercakap pun kurang.

Aku: Sebab dia marah ko tak, ko selalu balik lambat...sibuk.

SJ: Sebab jantan tu dah 'sebat' dia, jadi dia tak perlukan aku lagi. Sebab tu jugak dia tak kisah kalau apa-apa jadi kat rumah tangga kami.

Aku:...(geleng kepala...makin parah!)

Dia order air Kopi Panas pulak. Stress sangat nampak gayanya, ye memang. Siapa tak stress kalau duduk di tempatnya. Bini yang disayang setengah mati, ada skandal dengan lelaki lain. Siapa tak giler???

SJ: Aku sayang dia, Nn. Tapi, fikiran aku tak boleh terima perbuatan dia.

Aku: Cuba la ko bincang dengan dia baik-baik. Jumpa lelaki tu, tanya dia apa hubungan derang. Ko tak boleh buat tuduhan tanpa bukti. Apa yang bermain difikiran ko tu mungkin hasutan setan semata-mata. Mungkin derang cuma berkawan.

SJ: Hati kuat 'kata' macam tu, Nn.

Aku: Dengar nasihat aku, cuba dulu bincang dengan bini ko. Tanya betul-betul, jangan asyik syak...

SJ: (...potong SJ) Ko ingat dia nak mengaku? Pencuri takkan mengaku dia mencuri! 

Aku: Tak salah ko cuba, lepas tu ko jumpa kaunselor. Tanya derang apa nak buat, jangan buat keputusan ikut hati semata-mata.

Dia diam. Aku ikut diam. Aku harap sangat dia dapat fikir dan bertindak dengan waras.

Lepas 3 jam, kami bawa haluan masing-masing. Sebelum tu, dia janji akan call aku. Aku harap penyelesaiannya ke arah positif. Sama-sama kita doakan mereka ye.

Korang pernah nonton movie ni? Menarik jugak, cuma ada beberapa bahagian 'blue' skit. Hehehehe...jeng otak dibuatnya. So jgn try tgk sgt eh.

*Aku pun stress jugak nak ingatkan balik rentatan sembang kami, tak adalah sebiji sama. Lebih kurang macam yang aku catatkan dan aku tak bermaksud nak aibkan sesiapa. Sekadar catatan buat pedoman kita bersama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan