.

Ahad, 3 Mac 2013

Rock Ooo...Sempoi habis *_*

Dah berhari-hari bertangguh nak pegi layan Rock Ooo kat panggung. Hari ni, memandangkan tak berapa banyak urusan perlu diselesaikan maka aku ambil kesempatan ke MBO, Festival City, KL. Plan nak tengok jam 6.10 ptg, tapi tiket habis (hebatkan...)

Nak tengok punya pasal, aku sanggup tunggu next tayangan, jam 8.15 mlm. Sempat la aku buat sesi 'melawat kawasan' kat dalam Festival tu. Penat keluar masuk butik, aku singgah minum. Lepas tu sambung lawatan hehehe.

Ok cerita pasal Rock Ooo, secara peribadi aku bagi 5 bintang kat filem ni. Cuma sejujurnya, aku lebih suka first filemnya (Rock). Tapi, masing-masing punya cita rasa 'la 'kan. Apa pun, movie ni memang layan. Bikin kita ketawa berdekah2, lepas tu ada part-part tertentu boleh meleleh air mata wey. Hukhukhuk...hihihi *_*

Secara keseluruhan Rock Ooo ni memang menarik untuk ditonton seisi keluarga, terutama peminat muzik rock. Selaku pengarah, Abang Mamat Khalid berjaya menyuntik emosi melalui visualnya, cukup hebat!

Tambah menarik, penggunaan seleksi lagu seperti Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata & Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana & Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat Ini (Medicine), Sejuta Wajah, Teratai (Sweet Charity), Untukmu Sayang (Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan  Suci Dalam Debu (Iklim), banyak mengimbau kegemilangan zaman rock kapak. Pengisian lagu ni bukan kosong atau hanya untuk memenuhi durasi filem ini, sebaliknya, setiap lagu membawa pengertian mengenai kisah yg berlaku. 

Tiada siapa dapat menafikan kehebatan barisan pelakon hebat seperti Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Soffi Jikan (Zul Kapan) dan Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah). Mereka berjaya menterjemahkan watak masing-masing dengan cara tersendiri. Terubat rindu pada lakonan Que lepas dua tahun menyepi tanpa sebarang filem dan drama.

Khir yang selama ni selalu membawa watak antagonis begitu menyerlah dengan watak Jijo, dia membuat penonton pecah perut dengan kata-katanya yang slumber. Lagi satu, suaranya sedap jugak bila menyanyi. Tak percaya, kena tonton sendiri...sempoi je beb!

Pekin sebagai Slash yang mirip Johnny Depp tu pula (walaupun masih nampak 'jambu') menarik perhatian kerana biarpun berjiwa rock, dia sebenarnya seorang pencinta yang setia. Malah, ke mana sahaja sanggup membawa teman wanitanya.

Pendek kata, Rock Oo! adalah naskhah terbaik Mamat dan cukup terhibur menontonnya. Tahniah Abg Mamat dan seluruh warga kerja Rock Ooo...Wa Caya Sama Lu!!!


Sinopsis Rock Ooo...
Kumpulan Rimba Bara baru sahaja kehilangan pemain gitar mereka, Zack dan perlu mencari pengganti bagi membolehkan mereka menyertai pertandingan Battle of the Bands. Setelah bertemu dengan seorang pemain gitar handalan, Slash (Pekin Ibrahim) dan berbekalkan semangat dan bakat serta bantuan bekas pengurus mereka, maka Rimba Bara berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tetapi malang menimpa Rimba Bara apabila pengurus mereka hilang tanpa berita, sekali lagi. Kehilangan arah dan kecundang, Rimba Bara bersetuju untuk pulang semula ke Ipoh.

Tidak lama kemudian, Rimba Bara dipukul lagi dengan satu tamparan yang hebat apabila vokalis Zul Kapan (Sofi Jikan) meninggalkan kumpulan mereka dan menyertai musuh ketat, Malaikat Maut.
Ahli-ahli Rimba Bara terpaksa menggagahkan diri dan bersatu untuk menentukan arah perjuangan kumpulan mereka.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan