.

Selasa, 15 Januari 2013

Penangan Rita Rudaini & Adi Putra dlm Sehangat Asmara...hangat!!!

Ingat lagi waktu cover Anugerah Skrin 2012  (ASK), bilamana pasangan Adi Putra & Rita Rudaini digandingkan di atas pentas ASK. Setiap kali pasangan ni keluar, maka bergema dewan PWTC dgn jeritan & siulan peminat2 fanatiknya. Perghhh…hebat sungguh penangan pasangan ni.

Walaupun Adi Putra dah kawin, tetapi peminatnya bukan main ramai (terutama perempuan la kan). So, aku rasa dgn populariti mereka berdua, rasanya tiada masalah utk memancing peminat menonton drama adaptasi, Sehangat Asmara. Harap2, tak ada yg 'makan hati' ye hahahaha.

Waktu majlis pelancaran drama Sehangat Asmara dibuat di Publika, Solaris, aku agak sibuk. So, tak sempat la nak berkejar ke sana. Jadi, untuk bahan berita mengenai drama ni korang boleh baca petikan di bawah ni yg aku kutip daripada Mstaronline termasuk gambar2nya hehehe. Selamat membaca berita ^_^

KUALA LUMPUR: Penerbit drama adaptasi novel terbaharu Sehangat Asmara iaitu Global Station berharap ia bakal mengulangi fenomena dicetuskan Adam & Hawa.

Penerbit Eksekutifnya, Adila Ramly berkata, pihaknya percaya beberapa persamaan pada kedua-dua drama itu mampu menarik minat penonton yang mengikuti Adam & Hawa sebelum ini.

"Kami berharap Sehangat Asmara dapat menyamai atau memberikan lebih impak daripada Adam & Hawa apabila ditayangkan nanti. Beberapa elemen Sehangat Asmara seperti tema percintaan dan barisan pelakon yang mantap mampu menarik perhatian penonton," katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran drama bersiri 33 episod itu di Publika, Solaris Dutamas di sini, petang Selasa.

Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini membariskan antaranya Rita Rudaini, Adi Putra, Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. Bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

Adila berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan drama berkenaan kerana konflik dalam novel nukilan Aisya Sofea itu.

"Saya meminati cerita novel itu. Malah, sejak di bangku sekolah saya sudah membacanya. Saya percaya tema hubungan dua darjat, percintaan dan konflik dalam cerita ini dekat dengan penonton," katanya.

Drama ini berkisar mengenai ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia. Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara.

Rita bergandingan dengan Adi sebagai pasangan suami isteri. (Sumber gambar: Mstaronline)
Barisan pelakon drama bersiri Sehangat Asmara (dari kiri) Izreen Azminda, Rita Rudaini, Adi Putra, Fureena Ezlin, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN (Sumber gambar: Mstaronline)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan