.

Sabtu, 19 Januari 2013

Apa nak buat kalau suami/isteri MALAS..?

Hari ni ada 2 temu janji, walaupun cuti hujung minggu tapi biasalah kerja sebagai wartawan/writer time kerja memang tak menentu. Ikutkan badan, dah tak larat tambah pula migraine menyerang sehari-dua ni.

Dek janji yg dah dibuat, kena la ditepati. Bagi memudahkan pergerakkan, aku atur pertemuan di tempat sama (Mid Valley). Senang kerja, hari minggu macam ni kalau tak pandai atur waktu memang ke laut la...jem sana sini!

Temu janji pertama dan kedua selesai tepat jam 5 petang. Huh, lega. Penat badan dan otak jangan cakap la. Kalau bole nak baring je kat lantai Mid tu hehehe. Memandangkan kepenatan yang melampau, aku paksa diri balik walaupun otak digoda untuk cuci mata. Oh tidak, tak larat nak jalan dah. Cukuplah untuk hari ni.

Sayangnya, 15 minit sebelum sampai pintu gerbang rumah. Izzah (bukan nama sebenar ^_^) call, sambil menangis teresak-esak. Terkejut dibuatnya, sampai aku terkesima...tak terkata apa-apa.

Izzah: Nn, aku nak jumpa ko sekejap bole? (..akhirnya dia bersuara selepas dekat 3 minit melalak kat cuping telinga aku ^_^)
Aku: Bole...bila?

Izzah: Sekarang!
Aku: Hah (sambil pejam mata...omg!!!), errr...ok kat mana?

Izzah: JJ, Wangsa Maju (Jaya Jasco)?
Aku: Ok...aku gerak sekarang.

Izzah: Cepat sikit ye Nn, aku dah ada kat JJ ni!
Aku: Hah...(pejam mata lagi...pejam serapat mungkin...omg!!!) Ok. Tunggu jap.

Lepas gigih cari parking, aku ke lokasi yang diberitahu. Izzah kata dia tunggu aku di Secret Recipe (...dalam mata aku sempat juga beberapa kali dok melintas Choc Banana + Green Apple Kasturi ^_^). Tak sampai 5 minit - jap-jap, aku drive ke terbang tadi? -  muka Izzah dah ada di depan mata aku. Merah menyala matanya, begitu juga hidungnya nan mancung!

Atas meja bulat yang muat-muat dua orang dah terhidang 2 gelas Green Apple Kasturi & 1 slice Choc Banana Cake. Amboi, pandai Izzah beli jiwa aku *_*.

Aku: Tq, macam tau-tau je aku nak order air ni (sambil sedut air idaman hatiku)
Izzah: (...*sengeh paksa)

Aku: Hmmm...Eh, Aaron Aziz la...tenogk tu (dalam usaha buat lawak hahahaha)
Izzah: Mana? (sambil mata bulat yg merah menyala tu liar mencari 'Aaron Aziz')

Aku: Hehehehe...amboi ^_^
Izzah: Tak lawak, ok!

Aku: Sorry 0_0


Jeda...



Lepas beberapa minit layan perasaan, aku nampak Izzah kesat airmata dia dengan segumpal tisu. Alahai, rasa bersalah sangat. Aku selongkar bag sandar pelan-pelan, jumpa bungkusan tisu terus aku tarik keluar dan hulur kat Izzah. Dengan rakus dia sambar, terkezut beruk aku dibuatnya. Huis...teruk gak minah ni bila tengah emo. Ngeri dowh!

Izzah: Aku dah tak tahan dengan perangai dia, menyakitkan hati. Kau cakap bagi dia peluang, tapi dia macam tu juga. Sama je, makin teruk!
Aku:(minah ni tengah cerita pasal siapa eh...tetiba blur hahaha)

Izzah: Semua aku kena buat, dah macam hamba abdi dia pulak! Dia tak reti nak tolong aku, sayang sangat tenaga dia tuh!
Aku: (...ok2, aku dah paham skrg, dia tgh kutuk laki dia. Hmmm...again!!)

Izzah: Aku rasa, aku nak cerai je!
Aku: Kau dah habis pikir?

Izzah: Dah banyak kali aku pikir, tak larat nak pikir lagi.
Aku: Ok, mcm tu cerai je 'lah! (Nada suara aku cukup tegas kali ni...tapi bersebab, nanti aku story eh).

Izzah: (...bagai nak terkeluar bijik mata dia pandang aku lepas ckp mcm tu) Habis macam mana dengan aku? Anak-anak aku?
Aku: Tadi kau cakap dah habis pikir, so apa lagi aku boleh komen? Kau yang rasa, kau yang alami bukan aku. Kalau itu yang kau rasa dan tak boleh nak tanggung lagi. So, teruskan 'lah dengan apa yang kau pikir tu (...mesti korang ingat aku tak de perasaankan cakap kat kawan mcm tu...tunggu)

Izzah: Tapi aku sayang dia lagi, anak-anak aku pun perlukan dia.
Aku: (...senyum, perempuan memang 'banyak ragam' ...aneh-aneh 'kan, hahaha) Dah tu, kenapa sampai pikir tak ada cara lain selain bercerai?

Izzah: Aku geram, aku dah tak tahan. Dia tak reti bahasa, aku mengamuk sakan pun dia buat bodoh je.
Aku: Nasib baik dia buat bodoh, kalau dia lempang kau...dia terajang kau, mcm mana?

Izzah: Dia tak pernah buat mcm tu kat aku! Kau ni lebih-lebih pulak!
Aku: (...senyum, eh aku pulak yg kena) Banyak cara lain yang boleh kau gunakan untuk 'paksa' dia tolong kau. Cuba pikir matang sikit...pikir yang positif.

Izzah: Aku dah cuba, tapi tak boleh. Aku geram...sakit hati sangat kat dia.
Aku: Kau kena paksa diri kau sendiri. Paksa diri kau untuk bertahan dan usaha sampai berjaya.

Izzah: Mcm mana?
Aku: Setiap apa yang kita buat, biar ikhlas kerana Allah. Aku tahu, bukan senang jadi suri rumah sepenuh masa macm kau, banyak tanggungjawab. Tapi kau kena jadi lebih kuat, sabar dan cekal hati. Kau baru usaha tak sampai sebulan, tapi kau dah mengalah.

Izzah: Habis aku nak tunggu berapa lama? Kau tahu tak, sehari tu macam setahun! Apa lagi sebulan!
Aku: Sebab itu aku cakap sabar. Nak ubah manusia bukan senang, nak repair mesin pun adakala makan masa tau. Kau kena cari jalan yang 'dekat' dengan dia untuk ubah perangainya. Selain usaha, kau kena mintak dengan Allah. Terus doa jangan jemu...jangan sesekali!

Izzah: Aku doa hari-hari Nn, tapi sama je!
Aku: Macam aku cakap sebelum ni, Dia sentiasa mendengar permintaan hambaNya. Kau kena sabar dan yakin. Kau boleh mintak cerai, kalau itu yang kau nak, tapi kau bakal seksa diri kau sendiri sebab kau sayang dia dan anak-anak jadi mangsa ketidaksabaran kau!

Gambar hiasan-Mr Google
Kalau nak ditulis semua yang kami bualkan, maka akan panjang berjela la entry post ni. So, untuk dipendekkan cerita. Aku tempekkan tip yang aku bagi pada Izzah dan mungkin jugak berguna untuk korang yg 'memerlukannya'. Tip ni daripada Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali.

Petikan tip kat bawah ni korang boleh baca juga diblognya 'Resipi Hidup bersama Suzana Ghazali'. Selain topik suami malas, banyak topik lain yang dikupasnya. Pergi 'la melawati ^_^

"Saya akui memang payah nak ubah sikap suami apatah lagi oleh seorang isteri. Menyuruh suami berubah sikap memang akan dikatakan isteri bersikap kurang ajar. Walau rumit keadaannya, bukan bererti masalah ini tidak boleh ditangani dan untuk menanganinya, isteri perlu tabahkan hati, kuatkan tekad dan semangat dan ubah sikap menjadi seorang yang agak keras hati. Kenapa perubahan sikap ini perlu? Kerana dengan perubahan sikap anda sahajalah, anda mampu mengubah sikap suami anda, insyaAllah.

Setelah anda mengubah sikap anda, ubahlah pula cara anda berhadapan dengan suami yang malas. Perlu diingat, suami boleh menjadi malas kerana sikap isteri sendiri. Ada isteri yang terlalu memberi muka kepada suami. Suami nak kerja lebih masa tak diizinkan dengan alasan risau suami beralih kasih. Bimbang dimadukan, ada isteri yang sanggup melakukan dua hingga tiga kerja untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga. Memanglah satu hasrat dan kerja murni tetapi secara tidak langsung, sikap isteri ini menyebabkan suami akan rasa isterinya mampu memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga lebih baik daripada dirinya. Kalau dah begitu keadaannya, tak perlu lagilah suami bekerja. Bagi mengelakkan sikap begini berleluasa, isteri perlu lebih tegas dan berhati-hati ketika membuat keputusan. Sebagai suami yang pastinya seorang lelaki dan terkenal dengan segala kekuatannya, biarlah suami yang bekerja lebih teruk dan kuat daripada anda. Jangan kusutkan fikiran dengan kebimbangan kasih suami beralih arah. Percayalah, jika suami anda merasa betapa perit dan sakitnya menanggung seorang isteri, dia akan berfikir seribu kali untuk mempunyai isteri lagi.

Satu lagi sikap isteri yang perlu diubah bagi mengubah sikap suami ialah, jangan berikan duit belanja kepada suami walaupun suami memaksa. Perlu diingat, hasil pendapatan anda adalah hak anda sepenuhnya. Walaupun suami mengizinkan anda bekerja, ianya bukan tiket atau alasan untuk suami anda memeras duit anda. Jika suami mengambil atau menggunakan wang hasil titik peluh anda, ianya adalah hutang yang perlu dibayar oleh suami walaupun isteri tidak menuntutnya, lainlah kalau isteri anda menghalalkannya dan perlu diingat juga, halal daripada pihak isteri adalah halal dengan rela dan sepenuh hati bukan terpaksa. Saya faham, ada kes isteri terpaksa memberikan wang kepada suami kerana suami menggunakan kekerasan. Kalau isteri tak nak berikan duit, isteri akan ditempeleng dan disepak terajang. Jika kes penderaan seperti ini berlaku, jangan fikir panjang lagi, cepat-cepat adukan kepada pihak yang berkuasa. Tidak ada celanya jika isteri berbuat demikian. Kenapa nak simpati pada insan yang langsung tak berperikemanusiaan kepada anda?

Satu perkara lagi yang boleh dilakukan oleh isteri ialah, kenalpasti punca dan sebab suami enggan bekerja kerana tidak semua kes suami tidak bekerja disebabkan malas. Jika suami tidak sesuai dengan kerja yang ada, berikan dorongan dan semangat kepada suami untuk mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwanya. Namun, sebelum menyarankan perkara ini kepada suami, kenalpasti dulu apakah kerja yang suami anda suka dan tidak bosan melakukannya. Perkara suka dan gemar ini juga perlu ditangani dengan berhati-hati. Jika yang disukai suami adalah pekerjaan yang tidak menambah pendapatan keluarga, jangan biarkan suami dengan keseronokan sendiri. Ingatkan suami dengan tanggungjawabnya sebagai suami, mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Peringatan secara halus dan berhikmah.

Jika agak payah, biarkan suami dengan keseronokkannya sementara tetapi anda perlu berubah sikap. Jika selama ini anda menyediakan hidangan di rumah untuk anda, anak-anak dan suami, ubahlah pula pendekatan anda. Jangan beli barang-barang dapur. Biarkan dapur anda kosong tak berasap. Ajaklah anak-anak makan di luar. Jika suami bising tiada makanan, cakap saja makanan tak dapat disediakan kerana suami tak berikan wang belanja. Memang seperti menyerah diri untuk disakiti tetapi jika anda rasakan keselamatan anda tergugat, seperti yang saya tegaskan sejak awal, anda mampu cari jalan keluar.

Ingatlah wahai wanita, betapa besar dan tingginya kasih sayang anda kepada suami, jangan sampai anda menjadi hamba suami. Anda sepatutnya disara, dijaga makan minum, pakai dan lain-lain kemudahan untuk hidup di dunia ini, anda juga sepatutnya dilindungi… jika semua ini gagal anda perolehi daripada suami, apa gunanya lagi status sebagai isteri. Fikirkanlah..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan