.

Selasa, 15 Januari 2013

Kempen 'Cabaran 21 hari Listerine...

Hari ni 'jenguk' workstation sekejap je, ada la dlm 1 jam. Lepas tu, terus bergegas ke One Utama ada pc Cabaran 21 hari Listerine®. Selain cover produk, plannya nak jumpa selebriti2 yg sesuai utk ruangan seni hibur aku (Majalah Jelita). So, mana2 yg sesuai boleh la 'cekau' buat story.

...dan hari ni untung jugak sebab dapat bekalan Listerine® utk 21 hari. Hehehe... x yah beli utk 21 hari. Oh ye, kenapa 21 hari? Kata Pengarah Komersial Johnson & Johnson Consumer Malaysia dan Singapura, Eunice Tan, kalau kita boleh melakukan sesuatu secara berterusan sepanjang tiga minggu, berkemungkinan besar amalan ini akan diteruskan sepanjang hidup.  Jadi, Cabaran 21 Hari Listerine® bukan sahaja untuk erkumur mulut, tetapi mengamalkannya sebahagian daripada rutin kebersihan mulut sekurang-kurang dua kali sehari.

Kempen 21 hari
Memberus gigi hanya membersihkan 23 peratus bahagian mulut. Berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik sangat penting untuk menghapuskan bakteria di kawasan mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. Sayangnya, kajian menunjukkan hanya 23.6 peratus (Sumber: Kantar Worldpanel – Semenanjung Malaysia, Ogos 2012) rakyat Malaysia yang mengamal membersihkan mulut dengan cecair kumur dengan kerap.

Jadi, Listerine®, jenama pembersih mulut terkemuka Malaysia kini bekerjasama dengan 21 selebriti tempatan memulakan kempen seluruh negara hari ini bertujuan membantu golongan orang dewasa Malaysia meningkatkan kesihatan mulut mereka.

Kempen yang dikenali sebagai Cabaran 21 Hari Listerine® ini mencabar orang dewasa untuk menambahbaik kesihatan mulut mereka dengan menggunakan cecair kumur Listerine® dua kali sehari 21 hari berturut-turut, dengan jaminan pemulangan wang (*Tertakluk terma dan syarat) bagi sesiapa yang tidak merasakan apa-apa perbezaan pada penghujung 21 hari.


Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® berupaya meliputi semua permukaan di dalam rongga mulut dan mengurangkan bakteria yang terkumpul. Ini sangat penting kerana bakteria yang terkumpul akan membentuk lapisan karang gigi, seterusnya menyebabkan  gingivitis atau bengkak gusi berdarah. Gingivitis pula boleh membawa kepada periodontitis, satu masalah yang tidak boleh dibaiki yang boleh menyebabkan kehilangan gigi.

Seperti biasa, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Kajian menunjukkan berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik selepas memberus dan menggunakan flos gigi boleh mengurangkan sehingga 52% karang gigi dan 21% berbanding memberus dan menggunakan flos sahaja.

Malangnya, kesedaran mengenai kepentingan menggunakan cecair kumur mulut antiseptik masih rendah. Walaupun doktor gigi dan pengamal penjagaan kesihatan mulut mengesyorkan menambah pembersihan mulut antiseptik dalam rutin membersihkan mulut, kebanyakan orang dewasa Malaysia hanya mengamalkan memberus sahaja kerana menyangka memberus gigi sahaja sudah mencukupi.

*p/s: Jadi, jom kita pakat berkumur dengan Listerine® sepanjang 21 hari berturut-turut. Gigi sihat, nafas pun segar.

Iklan utk Kempen Cabaran 21 hari Listerine
Semua berbau sedap tau...
Ini utk rakan media *_*

Sebahagian daripada 21 selebriti yg menyahut cabaran 21 hari, antaranya Dynas, Atilia, Scha dan Awal.

Bekalan utk 21 hari

Hehehe saja2 snap dari tepi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan