.

Ahad, 20 Disember 2020

Sambal Cicah Padu


Kredi resipi: Ida Alina Salleh

Resepi sambal kegemaran yang saya selalu hidang dengan nasi ayam penyet, cicah dengan ulam-ulam, cicah bendi, kubis, pucuk ubi dan kacang buncis yang dicelur, apa-apa lauk dengan ikan kering goreng dan lain-lain.

Bahan:
Segenggam Ikan bilis goreng garing
Belacan sebesar syiling 50 sen (saya goreng dengan Ikan bilis)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang lada merah
3 batang pada hijau
cili api (ikut tahap pedas sendiri)
tomato dua biji
Cuka putih (2 camca besar)
Garam gula secukup rasa
Jus limau nipis (2 biji)

Cara buat pada gambar:


Segenggam Ikan bilis saya goreng dengan belacan hingga garing.
Ketepikan.

Tinggalkan sedikit minyak Ikan bilis dan belacan tadi,
tumis bawang, bawang putih dan semua cili hingga bawang lembut.
Manja-manja je. Tak perlu garing. Ketepikan.

Dalam lebihan minyak bawang tadi, tumis tomato.

Masuk dalam blender, tomato, Ikan bilis dan belacan, garam
dan gula, cuka, akhir sekali bawang-bawang dan cili. Blend.
Kita mahu tomato dan Ikan bilis halus, tapi bawang dan cili agak kasar. 
Siap blend, perahkan limau nipis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan