.

Khamis, 1 Disember 2011

D.I.Y Banana Cake...

Sgt gebus & moist
Cerita pasal pisang, aku mmg x berapa suka mkn pisang versi ‘mentah-mentah’. So, kalau mkn mesti akan cari versi yg dimasak, kecuali pengat. Aku mmg x minat sebab rasa mcm berat semacam je bila pisang dibuat pengat. Hehehehe…mengade sgt khenn!

Hobi aku merayau n skodeng blog org (…eh x nyambung langsung citer pisang dgn blog…heheheh jap la korang ni kurang kesabaran betul ler). Kaitan pisang dgn blog yg aku skodeng2 tu sgt byk, sebab…kebanyakan blog ni suka sgt tempek Banana Cake a.k.a Kek Pisang selain Apam Pisang.

Resipi dan rupa bentuknya bermacam-macam. Sampai aku teruja nk buat sendiri, padahal belum tentu aku mkn. Dlm proses nk buat sendiri tu makan masa gak la, sbb kerja aku ni x serupa org…nk pula time2 deadline mmg x de rupa org hahahaha!

Dekat setahun lebih dok perati je org tempek mcm2 jenis rupa kek pisang kat blog, akhirnya aku gigihkan diri utk turut membaking. Jd tak jd belakang kira, cuz kalau nk dibandingkan dgn kakak aku…dia lebih rajin membaking. Mungkin sebab dia ibu kepada 4 org anak…jd rajinnya lebih skit berbanding aku yg lebih suka layan meggi terutama kala malas menyerang hahahaha!

Pertama sekali, aku kena cari pisang. Part ni mmg bosan skit, sebab aku x berapa nk berkenalan dgn jenis2 pisang yg ada kat kedai. Pokok pisang kenal la, tp apa nama pisangnya aku x taw. So jgn byk tanya, tp mengikut tip yg kakak aku kata…janji pisang masak ranum sesuai la buat kek pisang. Ye ke? Kalau mcm tu pisang yg aku dpt drpd kg En Bos sesuai la kot buat kek pisang. Masaknya bukan tahap ranum lg, tp versi berair habis!

Nama pisang tak sure, tp nampak gayanya mcm yg selalu jual kat kedai…sekali lg x sure sama ada pisang nangka, tanduk or abu…so aku main belasah jek. First try, aku lenyek sesungguh hati 6 biji pisang masak. Wangi baunyer…tp warna cepat lebam hope2 x mempengaruhi rupa kek bila masak nanti.

Part II, pukul telur dan gula sampai kembang. Kembang mcm skirt kembang ke? Hehehe, entah main belasah jugak. Bising satu rumah dgn bunyi hand mixer…nasib baik dok sorang2 xdak sapa nk meroyan khenn!

Pasrt III, kena timbang tepung. Nk timbang2 bagai ni yg bikin malas satu badan. So, aku belasah pakai kiraan cawan jek. Nama pun D.I.Y, tak kisahlah kalau x menjadi kali pertama. Lg pun bukan ada chef bertauliah nk komen rupa dan rasa kek aku hahahaha ayat2 motivasi time gaul tepung bercampur pisang dan adunan telur.

Lepas dah siap semua, time to burn adunan kek sampai masak. Dlm resipi tulis kena bakar selama 50 minit or sampai kek masak. Oleh kerana oven aku jenis cepat panas, x bolehlah nk ikut sgt arahan tu.So kena pandai2 adjust la suhu n time memasak.

Selepas 1jam, sambil2 layan pesbok…bau kek pisang pun dh semerbak satu rumah. Wangi sgt…buka pintu oven bukan main menggunung lg rupa kek pisangku. Hehehehe…hati sgt bangga. Opss! Rasanya belum taw lg mcm mn, kena tunggu sejuk dan potong.

Rupa di dlm sgt gebus, moist plus sedikit manis (utk aku yg mmg x berapa suka benda manis sgt). Tp ok lah, D.I.Y pertama menjadi dgn cemerlangnyer. Dan lain kali boleh baking ini kek lg. Tp kan…tp…gua sudah lupa stepnyer…maksud aku detail timbangan bahan yg perlu digunakan….hahahaha sgt sengal dowh. Camner nk baking next time??? Arghhh!

Ini pisang apa?

Sesungguh hati taw lenyek pisang nih..
Putar kasi putar sama dia...
Mcm mn rupe telur kembang? Ke telur kembang versi pakai skirt?
Tgh di burn kan...bako...kita bako dia..
Menggunung naiknyer... hehehehe
Kasi potong kecik2...masuk dlm bekas bawak p opis mkn ramai2...sgt syiok
Gebus cik gebus...cicah kopi panas sgt la yummmy ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan