.

Selasa, 13 Disember 2011

Banjir oh banjir...

KL dilanda banjir kilat-Gambar Google
Cerita & berita versi carian di Google:
Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Hujan lebat selama lebih satu jam sejak pukul 4 petang itu juga  menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk.

Sebelum ini, kawasan sekitar Jalan Tun Razak itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 23 orang kanak-kanak berumur antara tiga bulan hingga 9 tahun serta tiga orang guru sebuah taska di Jalan Semarak diselamatkan dalam operasibanjir kilat.

Seorang Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek dan Jinjang bergegas ke tempat kejadian dan sebuah bot digunakan apabila air dari Sungai Bonus melimpahi tebing sehingga mencecah 1.5 meter.

"Selepas selesai memindahkan kesemua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu," katanya.

Paras dada
Seorang guru, Rodiah Yahya, 28 ketika ditemui berkata, air naik begitu cepat hingga memaksanya memindahkan kanak-kanak ke tingkat dua taska tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Air naik sampai paras dada..nasib baik sudah letak kanak-kanak ke tingkat dua..kami juga sempat selamatkan barang-barang dari dihanyutkan... selepas setengah jam, ada anggota bomba datang membantu kami," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Business Operation TM Training Centre Abdullah Othman, 51, berkata, sebanyak lima buah kereta dan tiga buah motosikal  tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tersebut.

"Sepanjang 29 tahun saya di sini, inilah yang terburuk..sudah dua kali berlaku banjir di mana yang pertamanya pada Februari tahun ini...pada ketika itu 67 kereta tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Jalan Semarak mendapati lampu jalan tidak berfungsi manakala trafik perlahan serta beberapa buah kereta tersadai kerana rosak akibat banjir.

Dalam pada itu, sebahagian Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia digenangi air sehingga menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan yang teruk.

Rupa KL dilanda banjir, agaknya mcm mn di Bangkok yg dekat 2 bln banjir tu? Gambar-Google
Terowong ditutup
Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Mohd Noor pula berkata selain Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak, jalan lain yang terlibat termasuk Jalan Kuching, sekitar Taman Wahyu, Bulatan Dato Onn berdekatan Bank Rakyat dan sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas.

Bagaimanpun katanya semua jalan boleh dilalui apabila banjir mulai surut pada pukul 7 malam.

Bernama juga melaporkan laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup kepada semua lalu lintas lebih tiga jam mulai jam  4.35 petang berikutan hujan lebat di ibu negara.


Penutupan itu dilakukan oleh Pusat Kawalan Trafik Motorway (MCC) Terowong SMART bagi membolehkan penyalurkan air ke kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di pusat bandar raya. Bagaimanapun, terowong itu dibuka semula pada pukul 8 malam tadi.

Hujan lebat bermula dari jam 3.15 petang dan berhenti sepenuhnya pada jam 7.20 malam sehingga menyebabkan beberapa buah stesen hujan di Lembah Klang mencatatkan bacaan hujan tinggi terutamanya di kawasan tadahan Sungai Bunus dan di hulu kawasan tadahan Sungai Klang.

MCC dalam kenyataan berkata stesen yang memberi bacaan tinggi ialah Stesen Sekolah Menengah Pendidikan Khas Jalan Genting Klang (141mm), Stesen Sungai Klang di Jalan AU 3/1 (90mm), Stesen Sungai Kerayong di Jalan Kuari (90.5mm) dan Stesen Sungai Klang di Jalan AU 5C/6 (65mm).

"Hujan lebat di kawasan tadahan SMART telah mengakibatkan paras air di Sungai Klang dan Sungai Ampang meningkat dan mengaktifkan operasi kawalan banjir SMART," menurut kenyataan itu.

Mencecah 28.63 meter
Kenyataan itu menyebut bacaan tertinggi paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 28.36 meter direkodkan pada jam 5 petang hampir mencecah paras tebing sungai itu iaitu 30.24 meter.

"Jika air melebihi paras 30.24 meter, beberapa kawasan tumpuan di ibu negara seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Ampang akan ditenggelami air sebagaimana yang berlaku pada masa lalu sebelum wujudnya Terowong SMART," katanya.

MCC berkata banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan kawasan sekitarnya pula disebabkan  kawasan tadahan Sungai Bunus mencatatkan jumlah bacaan hujan sebanyak 141 mm, sekali gus menyebabkan limpahan air di kawasan berkenaan.

Warga KL diuji kesabarannya, baru sikit kita dh 'meroyan'-Gambar Google
Cerita &  berita versi aku:
JAM 8.15 mlm, aku gerak dr opis (Tmn Desa, Jln Klang Lama) nk menghala ke Danau Kota, Setapak. Ikutkan nk balik awal, lg pun tak berapa nk ada bahan urgent yg perlu diproses. Tambah lg, mood disentap ‘perempuan sihir’ (…part ni nanti2 la gua cerita k).

Hujan renyai2 halus ketika tu, udara pun dingin semacam…maklumlah baru habis hujan maha lebatnya sejak jam 4.40 ptg. Biasanya, dr Jln Klang Lama aku ambil jalan menghala ke Istana Negara. Waktu mcm selalunya tak jem sgt dh, tp mlm ni lain mcm skit…masuk je simpang tu terus tersendat kat tgh2. Kemudian aku terpandang papan pemberitahuan, katanya (tertulis kat situ la maksudnya)… “Banjir kilat di depan Pusrawi”. Oh sudah!

Pandang kereta kiri kanan pemandunya semua bermuka stress + campur lapar sekali agaknya ;-p! Aku pun cepat2 amik jln menghala ke Muzium Negara pulak, selalunya bila jln sebelah atas jem aku akan pintas ke jln sebelah bawahnya. Jauh la skit, tp lebih baik berbanding tersumbat dlm jem tu.

Masuk jln tu pun jem jugak, mcm mn nk balik ni??? Kemudian masuk je jalan menghala ke Bangunan Mara, kereta dah bersusun depan mata…3 line semuanya tersumbat. Bunyi hon membingitkan telinga. Adoyai, stressnya otak gua!

Nk selamatkan masa, aku pancung masuk ke jln menuju Kg Baru. Hope2, tak la jem sgt. Tp hampeh, sama je kaedahnya! Dekat 20 minit tersumbat tgh jalan tu, barulah aku terfikir nk masuk AKLEH. Huh! Lembab lak otak aku ni memproses data2nya…lapar kot !

Masuk AKLEH & bayar tol RM1.50, perjalanan sedikit lancar. Alhamdulillah, Cuma time masuk Jalan Jelatek je tersumbat sikit. Tp ok la, x teruk mcm kat jln2 utama tgh bandar td.

Sampai ke kat parking lot, dekat kul 11mlm. Mak ai…lama betul. Agaknya kalau x pintas sana…x pancung sini sure x sampai2 lg. Badan sgt penat tp tetap berselera nk mkn. Malas nk masak, aku beli ayam goreng McD jek. Kebetulan kat umah ada rambutan setengah masak…sedap sgt!

Hujan dan banjir, jgn lah selalu dtg…sian kat kami ni. Apa pun syukur sbb aku selamat sampai rumah walaupun terlewat dr waktu biasa. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan