.

Sabtu, 6 Februari 2021

Resepi Ayam Goreng RM1

Kredit resepi: Murni Rahmat via MAHN


Ayam Goreng Seringgit

Oh patutlah ayam goreng singgit laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah

Alhamdulillah rezeki..

Oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya.

Ni kita masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama.

Resepi ayam goreng seringgit.

Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya.

Bahan:
Ayam seekor, potong 22-24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar, saiz kecik
1 inci Halia
1 sudu kecil Lada hitam
1 sudu kecil Lada putih
1 sudu besar Serbuk kari
Garam dan serbuk perasa adabi
** Kisar semua bahan sehingga halus dan perap pada ayam.
Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras


Cara-caranya:
1. Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu. Perapkan. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.

2. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul

3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam

4. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)


5. Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas.
*Boleh salut 2x untuk hasil lebih rangup.

6. Goreng ayam dalam minyak yang banyak, ayam tenggelam ye (untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)

7. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalamnya.

8. Hidangkan panas-panas.

9.Makan.
#untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh😂)
#boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan