.

Sabtu, 18 April 2015

Selamat kembali ke dunia abadi, Azwan...

Pertama kali mengenalinya, tahun 2009. Kami dalam 1 rombongan media yang sama ke Perak.
Orangnya mesra, lucu, setia kawan dan sangat menyenangkan. Sejak itu, acap kali juga bertemu di acara2 tertentu dan kali terakhir saya temu muka dengannya, akhir tahun 2014. Tahun ini, saya banyak terbabit dengan tugasan khas jadi jarang dapat turun ke event2 yg membabitkan rakan media, PR dan lain-lain.
Pagi ini, dapat berita mengejutkan, dia... Telah kembali kepada PenciptaNya. Kembali ke dunia abadi. Sungguh mengejutkan.

Azwan Annuar, semoga rohmu dicucuri rahmatNya, sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Dia. Al-Faatehah.

Menerusi fiem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline "sabo aje lah".
(Petikan berita SH):
DUNIA hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurut Pengurus Produksi Enjit Semut Sdn Bhd (syarikat pengarah, Mamat Khalid), Norhashimi Samsudin, beliau telah menghubungi telefom bimbit Allahyarham sebaik menerima berita itu kira-kira jam 11.00 pagi tadi. “Yang menjawab panggilan adik Allahyarham dan beliau mengesahkan berita sedih itu. “Saya sempat bekerjasama dengan Allahyarham untuk filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan dan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sementara itu, kakak Allahyarham ketika dihubungi berkata, adiknya mula mengadu sakit belakang sejak tiga minggu lalu selepas pulang dari Johor Bahru.

Menurut Azzah Annuar, Allahyarham mengalami sakit yang berdenyut sehingga ke perut. "Ketika mengalami sakit itu, Allahyarham ada mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam," katanya lagi.

Katanya lagi, jenazah dikebumikan di Masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur selepas Zohor hari ini.

Menerusi fiem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline "sabo aje lah". Al-Fatihah.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan