.

Isnin, 27 Januari 2014

'Projek gila' - Inspirasi Dapur...

Jumaat yang penuh berkah, syukur Alhamdulillah. Sebulan bersengkang mata, fikiran sarat dengan macam-macam agenda untuk menzahirkan impian menjadi kenyataan.

Syukur ya Allah, pada 25 Januari 2014 kawan aku dan team INSPIRASI MAGAZINE berjaya merealisasikan 'projek gila' mereka yang diberitahu sebelum ini (terima kasih kerana sudi menggunakan pakai buah fikiran aku, ye). 

Allah telah mempermudah usaha mereka untuk menzahirkan e-Magazine (digital magazine) yang diberi nama INSPIRASI DAPUR. Majalah versi digital ini boleh dilayari menerusi laman web www.inspirasimagazine.com

www.inspirasidapur.com

Konsep e-Magazine ini gaya hidup dengan fokus utamanya dunia masakan. Pelbagai tip kesihatan, kecantikan, kekeluargaan dan semestinya masakan dipaparkan di laman ini. Jadi, dengan rendah hatinya mereka menjemput kalian semua untuk 'melawat kawasan'.

Caranya mudah saja, login ke link laman web itu dan daftar masuk (pendaftaran percuma ye). Sebarang maklum balas amat dialu-alukan. Boleh pm mereka di fanpage facebook/InspirasiMagazine.Com Silakan dan terima kasih.*_*

*p/s: Khabarnya,web portal Inspirasi Magazine juga bakal menyusul. Bila? Aku akan sampaikan di sini apabila diberitahu kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan