.

Ahad, 24 November 2013

Siapa kata, ‘budak pondok’ tak boleh berjaya…?


Beliau, hanya berlatar belakang sekolah pondok, tetapi kini beliau dilantik menjadi Felo KFAS, pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, United Kingdom, juga felo pensyarah di Kolej Worcester, Oxford.

Berasal dari Batu Gajah,Perak, beliau anak Melayu pertama yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti paling berprestij di dunia. Hasil tesis yang begitu menggagumkan, malah diletakkan dalam kumpulan pertama dipanggil sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis islam termasyur,Imam Ghazali.

Menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast. Pakar dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Disenarai pendek dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam pada tahun 2009. Tahun 2010, dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, Malaysia. Wow… hebat, bukan!

Siapa gerangan orang yang saya maksudkan ini? Hmmm…anda kenal nama ini Dato' Dr Afifi al-Akiti (juga dikenali sebagai Sheikh Afifi)?  Ya, beliau ialah seorang intelektual agama dengan pencapaian yang sangat menakjubkan.

Info Dato' Dr Afifi al-Akiti:
Nama: Muhammad Afifi Al-Akiti
Tempat lahir: Batu Gajah,Perak
Agama: Islam
Bangsa:Melayu
Pendidikan:
  • Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor
  • Menyambung pengajian di sekolah pondok Indonesia, Maghibi dan Syria
  • Melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfast
  • Meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford
Pencapaian:
  • Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di Universiti Queen
  • Dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland
  • Tersenarai pendek  dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan besarnya dalam ilmu pendidikan Islam.
  • Dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.
  • Tahun 2010,beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri Perak, pengistiharannya disempurnakan Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah.
Ketika dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri Perak
Dato' Dr Afifi al-Akiti adalah hasil acuan daripada pelbagai ulama hingga berjaya memberi sumbangan besar kepada dunia hari ini khususnya Islam. Beliau menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains. Sejak itu, beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ketika menuntut di Universiti Oxford, beliau mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahah(Medieval) sebagai seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008

Kepetahannya bercakap dalam pelbagai bahasa menjadi kelebihan kepadanya untuk berkomunikasi. Antara bahasa yang dikuasainya dengan baik, bahasa Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani dan Perancis.
Pencapaiannya bukan saja mengagumkan bangsa dan agama, malah negara.
Allahu Akbar! Allah mengurniakan anugerah kepada hambaNya yang berusaha. Allah membimbing perjalanannya hingga menjadi ulama' yang berjasa kepada agama pada usia muda. Kata siapa, ‘budak pondok’ tak boleh berjaya…?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan