.

Khamis, 10 Mei 2012

Last minute, tqvm friend's...

Last minute, dapat juga rumah utk ruangan Seni Hias (Jelita). Ikutkan mmg dah nyaris2 nak kena maki sebab bahan tetap tak lengkap. Syukur, walaupun terlewat masih ada harapan ‘menyelamatkan diri’.

Terima kasih kat ketua grafik Jelita, Fred yg bagi contact kawannya (Ariel), jurureka hiasan dalaman. Dan Ariel ni yg perkenalkan aku pada owner kondo mewah di atas bukit Desa Melawati.

Pagi2 lagi aku dah bergegas ke opis utk angkut jurugambar, kebetulan kereta dia ada masalah sikit. X kisahlah, bukan selalu mcm ni. Time teman sekerja ada kesukaran kenalah tolak ansur, mana tahu sok2 nasib kita kurang baik.

Dari Taman Desa, Jln Klang Lama patah balik semula ke Taman Melawati (oppss…rumah aku kan dekat Danau kota-mmg dekat dgn Melawati, jadi kira patah balik la kan). Lebih kurang 35minit perjalan, sampai la kami ke destinasi yg dituju.

Jam11am, start shoot kondo ringkas bergaya elegan milik En Kiff. Orangnya baik dan peramah + masih bujang ;). Keluasan kondo di Residen Melawati, Desa Melawati ni kira just nice la. Pemilihan dekorasi dan warna juga ringkas tp bergaya elegan. Paling aku suka, balkoninya yg luas menghadap pemandangan KL. Hrmmm…bila la dpt rezeki belum kondo mcm ni?

Dua jam kemudian, selesai photoshoot. Sebelum balik opis, kami singgah mkn dulu di Taman Sri Rampai. Kami pilih warung biasa, tp makanannya sedap dan harganya sgt memuaskan hati.

Sampai opis terus ‘ketuk’ story. Syukur idea macam hujan mencurah2 turunnya. Tak sampai 20minit siap artikel untuk ruangan Seni Hias. Buat Fred, Ariel, En Kiff dan Poklie (jurugambar)…terima kasih utk kerjasama kalian, budi baik dikenang jua ;)

Di sini photoshoot seni hias berlaku hari ini hehehhehe...tinggi nasib bukan jenis gayat ;)
Bestkan pemandangannya, mlm or siang sentiasa cun. Jeles dgn tuan rumah ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan