.

Khamis, 17 Mac 2011

'Si kekasih gelap'...

Lamanya aku simpan CD ni, kalau aku tau citernya best...x kan aku peram lama2...sori Oh Ha Ni & Baek Seong Jo...fighting
Hari ni perasaan aku berbaur…sgt sedih, bengang, malas…& entah apa2 lg. Pendek kata, mmg mood tgh sgt superduper x best! Terperuk lak kat umah, aceli aku teringin nk p merayap kat JJ tp x de mood nk drive. Nk naik bas pun malas gak, so dok umah je lah…(selamat duit aku…).

Semlman x tido tetap x mengantuk, dok tercari-cari benda yg boleh melegakan perasaan aku utk hari ni. Nk baca novel malas, tgh x de mood nk berfikir ttg isi novel. Belek pulak cd yg belum tgk, kebanyakannya aku dh tgk malah ada yg dah berapa kali ulang tayang pun.

Hanya ada, cd2 yg aku x sure best ke x…termasuk cd Playful Kiss. Aceli dh dr tahun lepas aku beli, cuma x de masa + x de mood nk layan…coz masa tgk intronya mcm citer budak sekolah walaupun heronya sgt tertarik…menarik…dan yg pastinya boom! Siapa lagi kalau bukan kekasih gelapku, Kim Hyun Joong.

Dek  dah x ada pilihan lain, aku akur 'kan diri menonton cd ni (Playful Kiss). OMG…lepas dua tiga scene, aku dpt rasakan siri drama korea yg ni sgt menarik minat aku utk terus menonton. Watak Kim Hyun Joong sebagai Baek Seong Jo dan Jung So Min sebagai Oh Ha Ni. Drama ni aceli adaptasi drpd manga terkenal Jepun, Itazura no Kiss.

Pendapat peribadi aku, drama ni sgt best + menghiburkan + byk pengajaran yg boleh penonton jd kan panduan. Tp yg paling sempoi adalah watak Oh Ha Ni, dia sgt hidup dan sesuai…sgt sesuai mendampingi Baek Seong Jo yg tampan + sarcastic + selalu rasa pandai (aceli dia mmg genius IQ200!…).

Mood aku sgt hepi waktu nonton drama ni, smpi x sedar masa berlalu sgt pantas…sekejap jek dah mlm. Dan dlm erti kata lain, mood aku pun membaik dgn sendirinya

Time ni aku gelak sakan, cuz nampak sgt si Oh Ha Ni giler bayang habis kat Baek Seong Jo ni...:)

TQVM Baek Seong Jo &  Oh Ha Ni kerana t’lah menghidupkan kembali semangat & perasaan senangku dgn aksi2 lucu kalian dlm Playful Kiss ni. Best! Rugi tak nonton awal2...ekekeke! 

Over all, alhamdulillah mood aku dah membaik dengan sendirinya...cuma problemnya skrg aku dh ter’fall in love dgn Baek Seong Jo, x sure apakah kerana wataknya @ sbb dia adalah Kim Hyun Joong, si kekasih gelapku…huhuuhuh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan