.

Jumaat, 1 Januari 2021

Cuba Usaha

Foto: Google

Tahun ni, aku cuba susun dan atur masa sebaik mungkin. Ini tahun yang sibuk bagi aku, banyak yang dirancang dan perlu dipastikan supaya semua berjalan lancar. Insya-Allah, Aamiin.


Harapnya, Dia terus mengurniakan aku kekuatan sebagaimana dipinjamkan-Nya sebelum ini. Semoga, Insya-Allah, Aamiin.


Tahun ni juga mungkin tahun terakhir aku bertugas sebagai #penulistanpanama . Aku nak mula fokus dengan penulisan, karya dan sekali gus melahirkan produk atas nama sendiri.


Tak, aku tak pernah menyesal menjadi #penulistanpanama dalam tempoh 3-4 tahun ni. Aku seronok sebab banyak sekali ilmu dan pengalaman baru dapat dikutip buat panduan masa depan.


Tahun ni juga tahun yang memerlukan fokus supaya tahun depan aku dapat terus bergerak pantas mengikut semua perancangan. Semoga mendapat reda-Nya dan beroleh keberkatan dunia akhirat. Aamiin.


Sudi-sudilah doa buat aku ye, teman-teman. Dan semoga segala perancangan kalian juga berjalan lancar seperti yang diharapkan.


Kita cuba, kita usaha.


Kita buat, kita dapat.


Insya-Allah. 


Aamiin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan