.

Ahad, 3 Januari 2021

Gabungan Padu

Sebenarnya, dah lama teringin nak buat. Tapi, setiap kali masuk pasar selalunya tak pernah terfikir atau teringat langsung nak beli bahan utama.

Entah macam mana, semalam, waktu singgah pasar borong beli stock bahan mentah yang dah hampir 95 peratus habis, tak semena-mena boleh terbeli dan teringat πŸ˜„πŸ˜„

Aku pilih yang saiz kecil untuk cubaan pertama kali, kalau sesuai selera, bolehlah beli saiz besar macam yang biasa nampak dalam drama/filem.

Apa bendanya yang aku beli ni?

Hehehe... Bukan beli emas yang macam orang gigih beratur bersama kerusi di kedai emas Seri Tanah Merah tuπŸ˜œπŸ˜›

Lawa, 'kan. Tapi sayang aku alahan pakai perhiasan emas.


Aku cuma beli lobak putih empat ketul πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Mahallah juga walaupun saiznya kecil comel. Tapi tak apalah, nak cuba apa rasanya sebab sebelum ni pernah beli buat sup, sayangnya tak kena tekak.

Semalam beli, malamnya terus buat apa yang dihajati. Membuatnya tak susah, bahan pun simple. Tapi, berdebarlah juga takut tak sedap macam mana aku biasa tengok orang makan di TV/ Youtube

Siap potong bulat-bulat biar sama macam biasa tengok tuπŸ˜†πŸ˜†, tapi macam biasa aku akan menderhaka  pada resipi asal. Buat ikut cara dan selera tekak sendiri, dengan harapan besar... kejadiannya tak mengecewakan.

Selepas semalaman simpan dalam peti ais, pagi tadi ambil sekeping...Aduhai... Rasa rugi sangat.

Lobak Jeruk ala Korea versi Snapsqueen - semestinya pedas nak mati.

Ni pulak lobak jeruk tak ada cili.


Rugi sebab tak buat awal lagi, seawal aku tengok di TV dan Youtube.

Aduhhh...Menyesal!

Nasib baik buat banyak (dapat 2 bekas), itu pun aku rasa dalam 2-3 hari ni boleh licinπŸ˜‚πŸ˜‚

Memandangkan hari ni ada tugasan di Banting, jadi tak sempatlah nak masak. Balik dari kerja tadi, masuk dapur, masak Ayam Serai Cili Padi.

Ayam Serai Cili Padi.

Campak 3 genggam cili padi hijau dan merah menyala dalam blend, kepedasannya sampai ke biji mata. Tapi tak risau sangat, sebab biasanya lepas ditumis taklah pedas mana pun, boleh tahan.

Siap masak, memang teringin nak makan nasi. Tapi memandangkan petang tadi makan laksa, jadi pendamkan dulu nafsu nak makan nasi.

Esok pagi kita masak nasi, malam ni kita meratah bersama lobak jeruk. Ratah Ayam Serai Cili padi sama Lobak Jeruk... Perghhh... Gabungan yang padu teruk. 

Kau orang dah biasa makan lobak jeruk? 

Cubalah, memang sedap sangatπŸ‘πŸ‘πŸ˜‹πŸ˜‹



Tiada ulasan:

Catat Ulasan