Memaparkan catatan dengan label Kerjaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaan. Papar semua catatan
Jumaat, 17 April 2015
Lawak Der...
Serius, mereka @harithiskander , @bocey, @acheykintangkintung @rayzamukmin @afdlinshauki menerusi #lawakkeder2015 sgt menghiburkan - #awesome .
Puas hati dengan bintang2 di hati. Tahniah utk seluruh team Lawak Ke Der 2015. Masih berbaki 1 lagi show esok di #istanabudaya, #recommended , serius rugi kalau miss 👉 #standupcomedy👈 ni. #journalistonwork
Jumaat, 5 Disember 2014
Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 yang awesome...
APA rasanya nonton konsert rock di pentas Panggung Sari, Istana Budaya? Boleh terkinja-kinja? Hangguk-hangguk kepala macam orang sasau? Terjerit-jerit macam orang meroyan? Pakai jeans rabak, baju selebet?
Pun begitu, enjoynya tetap awesome. Kaki tetap hentak lantai, tangan dan kepala tetap bergoyang tak henti. Mulut tak diam, melalak sama naik dengan artis yang buat show. Keluar panggung, hilang suara. Ye, itulah penangan nonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 malam tadi.
Malam tadi adalah malam permukaan (juga malam pratonton untuk rakan media) konsert Search yang berlangsung tiga hari berturut-turut. Memang power depa semua, paling menangkap mata keletah vokalisnya, Amy yang menggeletis atas pentas macam budak belasan tahun dan kesanggupan serta kecekalan pemain drumnya, Yazid, walaupun sedang berperang dengan sakit buah pinggang tetap sanggup keluar ward demi konsert sulong Search di Istana Budaya. Hebat...cukup hebat!
Bagi peminat tegar Kumpulan Search tentunya maklum, betapa mantapnya lagu-lagu mereka. Persembahan mereka sentiasa memukau, selalu menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila dan itu juga yang melanda diri aku. Apatah lagi dapat menonton dengan sekumpulan penonton yang sangat cool dan sporting habis!
Susah aku nak ceritakan kat sini, apa yang aku boleh katakan...menonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 adalah a moment to remember yang akan sentiasa ada dalam ingatan aku sampai bila-bila. Aku bangga menjadi salah seorang daripada peminat tegar mereka, pengalaman menulis mengenai perjalanan seni Kumpulan Search sesuatu yang sentiasa mengujakan aku.
Terima kasih Search, kerana bagi aku sekali lagi peluang memahat kenangan bersama muzik rock kalian. Tahniah, untuk 33 tahun yang cemerlang. Bravo Search!!! Nak baca review aku pasal konsert Search, boleh klik di sini
*Kredit foto: Istana Budaya, KL
Gila, mana boleh!!!

Isnin, 24 November 2014
Konsert Kembara yang awesome...
20hb Nov 2014, dari office bergegas ke balik. Tukar baju, kemudian keluar balik drive menghala ke Istana Budaya. Aku nak memahat kenangan indah bersama Kumpulan Kembaca yang julung kalinya buat persembahan skala konsert di IB.
Walaupun keseorangan, aku gigihkan jugak demi Kembara. Lagipun dalam Panggung Sari nanti ramailah 'kawan', 'kan.
Pengalaman duduk seat paling depan, ala-ala dah macam bertentang mata dengan semua anggota kumpulan Kembara satu pengalaman mengujakan bagi aku. Setiap gerak mereka aku perhatikan dengan ralit.
Tak malu nak ngaku ni, ada 1 lagu yg bait-baitnya sangat menyentuh rasa...mcm terbayang-bayang lepak kat kompleks daya bumi...bangunan pudu raya lama...aduh kenangan!
28 tahun tanpa konsert, Kembara betul-betul membuktikan mereka masih kental dengan semangat juang, bertenaga dan mampu menyengat biar zaman telah banyak berubah. Membesar dengan lagu-lagu Kembara, aku cukup enjoy di seat penonton...habis semua lagu aku konsertkan ala2 syiok sendiri hahaha.
Sungguh, inilah 'kembara seni' yang menggetarkan rasa. Moga ada lagi peluang melihat anak-anak seni penuh semangat juang ni beraksi di pentas gah Istana Budaya. InsyaAllah. Uolls boleh baca artikel pasal konsert Kembara Hati Emas ni di sini
Konsert Kembara dah selesai, now menghitung hari untuk konsert rock lejen, Search Life In Istana Budaya 2014 yang bakal menjanjikan konsert paling menghiburkan peminat setiap mereka bermula 4-7 Disember 2014.
Kemudian menyusul teater Tahta 3 Ratu yang membariskan Erra Fazira, Awie, Beto Kusyairy, Izreen Azminda, Dato' Rahim Razali, Soo Winci, Meor Hashim Manap, Remy Ishak, Ellie Suriaty, Azri Iskandar dan ramai lagi.
#KonsertKembarahatiEmas #KumpulanKembara #SearchLiveInIstanaBudaya2014 #Tahta3Ratu #PanggungSari #IstanaBudaya

Ahad, 16 November 2014
Bertemu Ratu Rania
![]() |
| Diarah bagai ratu rania... |
SELASA minggu lepas aku ke event Safi Rania Gold bersempena mengumumkan pelantikan Nora Danish sebagai duta barunya.
Kenapa Nora? (...aku
sempat dengar orang keliling bergosip - dalam majlis tu - actually,
awalnya pihak Safi pilih selebriti lain yang khabarnya baru lepas
bersalin (siapakah itu, biarlah rahsia hahaha). Jadi, akhirnya memilih
Nora - ni gosip ye, kalau rajin aku selidik lagi ekekeke).
Tetapi rata-ratanya menyifatkan pemilihan
Nora sebagai teraju utama jenama ini dilihat menepati pakej yang dimilik,
walaupun sibuk mengukir nama dalam kerjaya, tetapi masih menitik beratkan
penampilan diri.
Kecantikan
dan aura yang dimiliki telah memberi kelebihan pelakon kecil molek ini diangkat
sebagai duta generasi ke-3 produk
kecantikan Safi Rania Gold. Pesona dan keyakinan, pelakon dan ibu ini pasti
menjadi inspirasi wanita seusianya.
![]() |
| Kecil molek, dah ada anak 1 tetapi penampilan macam 'gadis-gadis'...oh ...jeles! |
“Ini
penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada jenama produk
penjagaan wajah yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia.
Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan
berkualiti, berpatutan dan semestinya halal.
Bagi
saya, kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat wanita. Semakin kita
matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan. Jadi, penjagaan
kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda," ujarnya ketika ditemui
pada majlis mengumumkan pelantikannya sebagai duta baru safi Rania Gold, di
Hotel Royal Chulan, Damansara, 11 November 2014.
Aku
setuju dengan pendapat Nora, apatah lagi wanita terdedah pada masalah penuaan
pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Jadi, usaha
menjaga kulit mesti dimulakan dari awal. Perkasakan rejim antipenuaan kita
seawal usia 26 tahun (oh...aku dah terlepas...) bersama rangkaian produk anti
penuaan Safi
Rania Gold yang
diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.
Dilancarkan
pada tahun 2009, Safi Rania Gold dipasarkan sebagai produk anti penuaan
kontemporari seiring kehendak syarak buat
pengguna. Generasi terbaru Safi Rania Gold hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim
kecantikan antipenuaan wanita. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk
diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.
Uolls
boleh baca atikel penuh SAFI RANIA GOLD di sini
![]() |
| Orang lain gigih Q nak posing dengan Nora Danish, aku santai-mantai pose dengan Pengurus Kumpulan Produk safi, Puan Mahsuri Sulaiman. |
Selasa, 4 November 2014
Banana Cake vs Sambal Sotong...
NI aktiviti selepas Subuh dan balik dari kerjaan.
Hujung minggu tu hari, ada beli pisang untuk buat
goreng pisang makan dengan taburan cheese dan coklat. Hari ni, ada bakinya dan
dah ranum sangat sampai semerbau bau satu ruang dapur. Maka, kenalah gigih buat
sesuatu kalau tak memang jadi rezeki tong sampah! Huish...syaiton sangat
perangai, 'kan! Jadinya, kita bikin kek pisang bodoh-bodoh. Bubuh apa aje yang ada
dalam kabinet dapur.
Tak sampai sejam, siap dua biji kek. Alhamdulillah.
Satunya aku hadiahkan kat orang sebelah rumah dan sebahagian lagi, aku hulur
kat jiran tingkat bawah. Selesai, terus pergi kerja.
Bila sibuk proses bahan itu ini, tak terasa
laparnya. Kebetulan, on the way ke
tempat kerja pagi tadi sempat ngap 3 ketul kek pisang. Tak apalah, balik kerja
boleh masak. So dari pagi sampai jam enam petang pulun kerja je, boleh balik
cepat.
Sampai rumah lebih kurang 7.15 malam. Memandangkan
tak ABC (Allah bagi cuti...hehehe), maka boleh terus masuk dapur. Dalam kepala
dah awal-awal set nak masak sambal sotong. Lama jugak tak makan sotong, asyik
ikan dan ayam je. Tukar seleralah malam ni 'kan.
Macam biasa, cili dan bawang semua aku dah kisar awal-awal.
So, bila nak guna capai aje dalam peti ais. Kerja memasak jadi senang dan
cepat, kalau semua benda yang disiapkan lebih awal. Biasa, bahan kisar yang aku
buat boleh bertahan sampai 10 hari...insyaAllah tak masam, pucat atau busuk.
Kadang-kadang, tak sempat 10 hari dah habis pakai.
Sambil tunggu sambal tumis kering airnya, tanak
nasi. Bila sambal sotong siap, nasi pun dah masak. Alhamdulillah. Jam 8 malam
dah boleh dinner. Iya, satu lauk je
aku masak. Oh ye ada sebiji terung yang aku 'masak' atas nasi (time nasi tu kering airnya, aku letak
terung kat atas...bila nasi masak, terung tu akan masak sekali...cantik je
masaknya...senang kerja 'kan).
Syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan. Cukup
makan, walau tak mewah mana. Tetap kenyang walaupun hanya satu lauk, paling
penting tak membazir. Aku ni kadang, satu jenis lauk pun berhari-hari nak habis
(sebab jenis tak reti nak bajet masak sikit-sikit, lagi satu hal...masak banyak
sekali gus senang tak payah masak hari-hari).
#bananacake #sambalsotong
Isnin, 20 Oktober 2014
P.Ramlee The Musical yang menyengat...
Teater P.Ramlee The Musical dari season 1-3, aku tak pernah miss pegi nonton. Tanpa membuat perbandingan antara ketiga-tiganya, cuma nak share je emosi aku waktu menonton muzikal ni (iya, baru ada mood nak share kat sini selepas berminggu-minggu. Hehehe...)
Lisa Surihani, walaupun bukan seorang penyanyi tetapi lakonannya sebagai Junaidah sesuai dengan dirinya. Gedik - manjanya, dapat dirasa penonton.
Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai Norizan cukup mantap. Wataknya menyerlah, lontaran vokalnya jelas. Gaya wanita moden yang pandai bergaya berjaya dihidupkan dengan cemerlang.
Biduanita Puan Sri Saloma ditangan Nadia Aqilah, cukup serasi dan manis sekali. Lunak merdu vokalnya cukup menangkap telinga. Dia turut memberi nafas tersendiri dalam watak Saloma. Puas menonton lakonannya, walaupun kali pertama buat Nadia dipentas PRTM.
Kemunculan Pak Nil (Datuk Aznil Hj Nawawi) sebagai ayah Junaidah, menceria dan memberi rentak segar dalam PRTM. Begitu bersahaja dan santai.
Aku juga suka watak-watak lain dalam PRTM kali ni, pendek kata semuanya melunaskan misi mereka dengan penuh semangat anak seni. Persembahan selingan juga memikat, gerak tarik, pemilihan pakaian dan props harus diberi pujian (entah berapa kali aku tepuk tangan penuh gembira dan kagum waktu nonton PRTM di panggung Istana Budaya).
Baca artikel aku pasal teater muzikal ni kat sini , sekarang layan gambaq selfie aku pulak. Oh...btw, tq Ina Mohd yg jadi rakan sekerja yang sama-sama saling bertemanan menonton PRTM 3 ni. ^_^
#TeaterMusical #PRTM #PRM #IstanaBudaya
Injeksi rasa
Sejujurnya, PRTH kali ni tetap berbisa walaupun sudah kali ketiga dipentaskan dan pertukaran pelakon utama juga pembantu. Meskipun kelihatannya Tony Eusoff agak gigih 'meniru gerak dan perwatakan' P.Ramlee, tetapi bagi aku lakonannya tetap menjadi. Sebagai P. Ramlee, di tangan Tony watak itu harus diberi pujian.Lisa Surihani, walaupun bukan seorang penyanyi tetapi lakonannya sebagai Junaidah sesuai dengan dirinya. Gedik - manjanya, dapat dirasa penonton.
Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai Norizan cukup mantap. Wataknya menyerlah, lontaran vokalnya jelas. Gaya wanita moden yang pandai bergaya berjaya dihidupkan dengan cemerlang.
Biduanita Puan Sri Saloma ditangan Nadia Aqilah, cukup serasi dan manis sekali. Lunak merdu vokalnya cukup menangkap telinga. Dia turut memberi nafas tersendiri dalam watak Saloma. Puas menonton lakonannya, walaupun kali pertama buat Nadia dipentas PRTM.
Kemunculan Pak Nil (Datuk Aznil Hj Nawawi) sebagai ayah Junaidah, menceria dan memberi rentak segar dalam PRTM. Begitu bersahaja dan santai.
Aku juga suka watak-watak lain dalam PRTM kali ni, pendek kata semuanya melunaskan misi mereka dengan penuh semangat anak seni. Persembahan selingan juga memikat, gerak tarik, pemilihan pakaian dan props harus diberi pujian (entah berapa kali aku tepuk tangan penuh gembira dan kagum waktu nonton PRTM di panggung Istana Budaya).
Baca artikel aku pasal teater muzikal ni kat sini , sekarang layan gambaq selfie aku pulak. Oh...btw, tq Ina Mohd yg jadi rakan sekerja yang sama-sama saling bertemanan menonton PRTM 3 ni. ^_^
#TeaterMusical #PRTM #PRM #IstanaBudaya
Langgan:
Catatan (Atom)