.

Rabu, 13 Januari 2021

Cinta Atau Suka?


"Miss, macam mana kita nak tahu... Perasaan kita kepada seseorang tu cinta atau hanya suka?"


Masuk kerja beberapa hari lepas, aku dapat soalan cepu cemas ni dinding Whatsapp. Aku senyum, sambil garu-garu kepala yang tak gatal.


Lepas selesai proses dua artikel, barulah ada masa nak bertenang dan balas soalan itu. Sambil membalas, tak semena-mena aku teringat kisah zaman sekolah dulu.


Zaman remaja, nak ambil SPM lagi hahaha.


Takdir-Nya, aku terjatuh hati (tepatnya, hatiku terjatuh suka) kat seorang pelajar lelaki yang dua tahun lebih tua daripada aku. Kami dari sekolah yang sama. Dan, sama-sama nak hadap peperiksaan penting iaitu SPM dan STPM.


Sejak sekolah sampai sekarang, aku memang suka datang awal. Jadinya, waktu sekolah dulu, setengah jam atau kurang 15 minit, biasanya aku sudah ada dalam kelas. Bersihkan dan kemas kelas, itu tugas sukarela aku. Aku suka, rasa puas hati setiap kali dapat buat begitu.


Nak jadi cerita, suatu pagi selepas sapu dan kemas kelas, aku berdiri dan bersidai di kaki lima kelas. Kelas aku tingkat atas dan menghadap jalan masuk ke dalam sekolah. Jadi, memang bebas mata dapat tengok warga sekolah masuk atau keluar sekolah.


Pagi itu, aku terpandang seorang pelajar lelaki. Kemas dan rapi penampilannya. Tinggi lampai dan paling aku suka, tengok cara dia berjalan. Tersusun, ada gaya tersendiri dan berkeyakinan. Ya, aku cukup suka tengok dia berjalan menuju masuk ke bangunan kelas.


Tapi, pagi itu aku tak tahu dia pelajar kelas mana. Tingkatan berapa, apatah lagi namanya. Hanya cam muka dia, taklah kacak sangat, tetapi pada pandangan aku, dia masuk kategori lelaki yang good looking๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Sejak hari itu, setiap pagi, aku akan sengaja 'bersidai' di kaki lima kelas. Hanya semata-mata nak tengok si dia berjalan masuk ke bangunan kelas, dan hilang... lesap... ghaib dari pandangan mata aku.


Sebulan memerhati, barulah aku tahu namanya dan tingkatan berapa. Ya, memang aku tak mencari info fasal dia. Entahlah, tak terfikir nak mencari. Tetapi, info itu datang sendiri.


Kebetulan, waktu rehat aku ke kantin sekolah untuk tapaw air dan kuih. Waktu itu aku nampak si dia bersama kawan-kawannya sedang makan. Punyalah cuak (hahaha.,.. padahal dia bukan tahu pun aku selalu perhatikan dia).


Perasaan aku waktu itu punyalah gabra... Hishhh... Tak tahu nak gambarkan macam mana, cuma yang aku ingat betul, kulit muka aku masa tu panas sampai ke telinga. Panas dek menahan rasa cuak dan segan sendiri ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Dan hari itu, punyalah bahagia apabila akhirnya aku tahu nama dia. Segak nama dia, sesuai dengan orangnya๐Ÿ˜š


Memandangkan aku nak hadap SPM dan si dia pun begitu, aku sekadar melihat juga menjadi pemerhati setianya dari jauh saja. 


Jangan kata tegur dia, sengaja nak mendekatinya pun aku tak berani. Bagi aku, cukuplah sekadar itu, aku ada tugas penting.


Tetapi aku sedar, perasaan itu (suka tengok dia) buat aku lebih bersemangat nak ke sekolah setiap hari.


Dipendekkan cerita, aku tak tahu macam mana 'soal hati' aku tu boleh bocor dan sampai kat dia. Hingga suatu hari, si dia datang ke kelas aku. Masa tu sudah pun habis waktu sekolah, tetapi aku dan bff masih ada dalam kelas.


Kami baru habis buat ulang kaji bersama, sambil kemas kelas kami berborak dan menyanyi suka-suka.


Memang terkejut habis apabila tiba-tiba dia muncul dan masuk dalam kelas. Rasanya nak gugur jantung aku ketika itu.


Dalam keadaan masih terkejut, aku dikejutkan lagi dengan cerita dia... fasal surat cinta. Kata dia, surat cinta itu dipos kepadanya dan pemilik surat itu (a.k.a penulis surat itu) adalah aku. 


Serius, aku terkejut nak mati dengar apa yang keluar dari mulut dia.


Bukan saja terkejut. Tetapi berbaur dengan perasaan malu, marah, sedih dan kecewa. Apatah lagi apabila mendengar 'nasihat' padu daripadanya.


Petang itu, menjadi petang yang paling terburuk dalam hidup aku. Aku tak pernah rasa malu dan marah seperti itu.


Siapa yang menulis surat cinta mewakili aku tu?? Siapa?


Sungguh, sampai sekarang aku masih tak tahu jawapan yang pasti. Cuma, andaian bff aku, katanya ada kemungkinan besar kawan kami yang buat. Aku tak rapat dengan dia, dia lebih rapat dengan bff aku tu. Dan bff aku mengaku dia ada terlepas cakap fasal rahsia hati aku tu.


Dan seingat aku, memang tak siapa tahu (kecuali bff aku) fasal rahsia hati aku tu. Aku suka dia diam-diam saja, tapi tak pernah sampai tahap nak tulis dan hantar surat cinta.


Setiap kali aku teringatkan kejadian itu, aku rasa sangat malu, marah dan kecewa (sampai sekarang).


Lebih membuat aku terkilan (hingga ke post entry ini ditaip), aku masih tak berkesempatan beritahu dia, bukan aku yang menulis surat cinta itu kepadanya. 


Tak pernah. Tak pernah sekali aku terfikir nak buat begitu walauapun sekarang aku bekerja dalam dunia penulisan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Hahhh... Begitulah kisahnya. Cerita 'suka' aku kepada seseorang, tetapi belum sempat masuk ke fasa 'cinta' sudah kena tembak. Jadinya, tak berpeluanglah aku nak pastikan, perasaan aku ketika itu sekadar suka atau sudah jatuh cinta.


Apa yang aku rasa selepas kena tembak hari itu bukanlah patah hati, tetapi malu dan marah. Marah dan malu kerana dituduh menulis surat cinta oleh seseorang yang aku tengah suka secara diam-diam.


Macam mana ya aku nak terjemahkan perasaan itu dalam bentuk perkataan?


Oh, berkenaan jawapan untuk soalan di atas itu, nanti dalam entry lain aku sambung ye... Tiba-tiba rasa macam ada kupu-kupu dalam hati๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜ข

Tiada ulasan:

Catat Ulasan