.

Ahad, 10 Januari 2021

Resipi Kek Coklat Kukus


Kredit: Noriza Awang Hamat 

Assalamu'alaikum..

Mlm ni cikza buat kek coklat moist kukus 😘
cikza x buat topping coklat..rase nk mkn mcm tu je.. Alhamdulillah sedap sangat2 kek yg lembut dan x muak.

Sebelum ni Cikza dah kongsi resepi..

Bahan A:
1 cwan serbuk koko
1 cwan gula pasir
1 cwan minyak masak
1 cwan susu pekat
1 cwan susu cair

*Semua bahan ni dimasak sekejap,jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup api ketepikan.

Bahan B:
4 biji telur gred A
1 cwan tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*Ketiga bahan ni diayak.





Cara buat:
Dah agak suam bahan yang dimasak tdi masukkan kedlm blander, masukkan 4 biji telur, blend sekejap, kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat,bland sehingga semuanya sebati.

Panas kn pengukus terlebih dahulu.

Loyang sapukan sedikit Planta kemudian masukkan adunan kek.

Nampak air dh mendidih masukkan adunan kek tadi.

Kukus selama 45.

Api sederhana yer.

*Cikza gandakan bahan tu nampak kek besar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan