.

Khamis, 14 Januari 2021

Yong Tau Foo Sup Padu

Masih panas dan baunya cukup wangi.


Rasanya ramai penggemar Yong Tau Foo termasuk versi sup.


Selalunya, apabila teringin nak makan, aku mencari di pasar malam. Ada beberapa tempat aku biasa beli, cita rasanya sesuai dan serasi dengan tekak.


Sayangnya, sejak Covid 19 melanda dunia termasuk negara kita ni, memang sudah lama tak dapat cari. Di tapak pasar malam belakang rumah, lama juga pakcik you tau foo tu tak meniaga. Ada beberapa kali juga aku pergi cari (ni selepas MCO/PKP dan pasar malam dibenarkan beroperasi) sekitar dua bulan lepas. Kempunan, sebab pakcik tu tak meniaga.


Aku sukakan sosnya yang just nice. Tak ada rasa pelik dan penting sekali, bersih.


Aku juga penggemar You Tau Foo Sup. Ingat dulu, waktu berpeluang ke sana, ke sini ...sempat singgah makan di beberapa tempat. Antaranya gerai Yong Tau Foo Sup di stesen bas Muar. Selain supnya yang sedap, banyak pilihan seafood dan sayur. 


Kalau di KL, selain di Mid Valley (medan selera), aku juga pernah cuba di KLCC (juga di medan selera). Dan macam aku beritahu tadi, dek kekangan masa dan arahan MCO, makanya haruslah mencari alternatif lain untuk melepaskan keteringinan tekak๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


Misalnya hari ni, aku buat sendiri versi memandai-mandai. Sebenarnya, ini entah kali ke berapa aku cuba buat sendiri supnya. Setelah beberapa kali hasil buatanku tak menjadi, akhirnya dapat juga yang memuaskan hati (tekak).


Barulah aku tahu, rupa-rupanya senang saja nak hasilkan sup yang sedap. Tak sesusah yang aku bayangkan dan buat sebelum ni.


Pilihan 'lauk', pilih yang biasa saja.

Pilihan sayur, ini saja yang ada dalam peti ais.

Sos hitam, hasilnya kurang memuaskan. Tak tahu apa yang tak kena.


Jadi, selepas ni boleh follow cara ni. Tak susah dan yang penting, sedap. Penyediaan dan bahan juga ringkas, murah.


Cuma, untuk sos hitam tu kena belajar lagi. Rasanya masih tak kena di tekak. Nanti cari apa yang tak kena.


Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan