.

Selasa, 12 Januari 2021

MCO 2.0


Akhirnya,


Hampir semua kita terpaksa tempuh Perintah Kawalan Pergerakan ke-2 (MCO2.0).


Mahu tak mahu, kita ni terpaksalah menurut perintah. Semua aktiviti menjadi terhad semula termasuk sesi bekerja dan belajar.


Nampak gayanya, tahun 2021 ni tak berapa cantik - mendung. Apa-apa pun, hidup kita ini tak boleh disia-siakan. Tak Boleh berserah begitu saja. Doa dan usaha usahlah jemu, semoga... Ya, semoga Dia Yang Maha Baik terus memberi belas ehsannya kepada setiap kita.


Ini bukan waktu untuk kita melayan keluh-kesah. Seteruk mana keadaan, teruskan langkah. Selalu percaya, tiada sebesar zarah kejadian pun yang berlaku tanpa pengetahuan-Nya.


Marilah, kita terus baik sangka kepada Tuhan. Kerana Dia, Maha Baik lagi Bijaksana. 


Dan mari kita terus berdoa semoga negara tercinta ini dipimpin juga ditakbir hamba-Nya yang sentiasa amanah dan takut akan tanggungjawab yang dipegang. Bukan sekadar mahu berkuasa dan menguasai.


Dunia ini pinjaman cuma, penuh fatamorgana. Semoga kita semua tidak ralit hingga lupa tujuan hidup kita atas muka bumi ini hinggalah dipanggil-Nya pulang ke Sana.


Stay safe.

Malaysiaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan