.

Isnin, 4 Januari 2021

Resipi Donat Gebu


Kredit resipi:  Shieda Rashidah

Assalamualaikum wbt

Donat versi lembut tak payah nak perap-perap.😁
AMBIL RESEPI PERCUMA NI.. SAYA HALALKAN.

Dulu saya berniaga, guna resepi ni cuma saya ada tambahkan potato flakes..GEBUUUUUUU
Bahan:
1kg tepung high protein
100gm marjerin pelangi
2 biji telur
2sb shortening
4sb gula pasir
4sb susu pekat
2sk cream super
2sk potato flakes
1sk garam halus
2 paket yis
425ml air suam


Cara buat:
1. Masuk semua dalam mixer..biar dia pusing selama 30 minit sebab nak bg dia elastik😁..

2. Lepas tu..timbang 30 ke 40gm n buat bulat...kalau nak besau lagi timbang lebih sikit😅

3. Buat adunan bulat tu sampai habis kemudian barulah ambil penutup air tekan tengah. Diiingatkan, ambil adunan bulat yang mula-mula skali yang anda buat tu dan kemudian teruskan dengan yang lain. Sebabnya, yang mula-mula buat tu dah kembang dulu.

4. Nak rehatkan pn boleh..nak terus goreng pun boleh. Sebab, masa menggoreng nanti pun dah kembang





OK SELESAI..SELAMAT MENCUBA..DOAKAN AH KAK SEKELUARGA DIMURAHKAN REZEKI
🤲😁😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan