Ummi Nazeera kembali beraksi selepas 2 tahun |
Lama
tak dgr cerita mengenai pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera (budak ni
sekali imbas mcm muka bekas ratu cantik juga pelakon tersohor, Erra
Fazira). Sejak dia tinggal di oversea, mmg jarang sekali dgr berita. Dan
tak sangka dlm diam2 bakal muncul dgn filem baru berjudul Penanggal.
Pelakon
sweet ni bakal bergandingan dgn pelakon kacak, Azri Iskandar juga suami
kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty ( Ellie juga pengarah filem
Penanggal). Tadi dok skodeng paper Harian Metro (HM) versi online, ada
terselit berita mengenai perkembangan terbaru Ummi. (...dan gambar Ummi
berbaju dress hitam, kredit kepada Heyjoni Blackswan-PP). So jom layannn...
Kredit HM:-
Dua tahun tidak beraksi
Ummi bergandingan dgn Azri. Gambar HM |
Apatah lagi, pelakon kelahiran Kuala Lumpur yang juga pemilik nama sebenar, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin ini berpeluang bekerja dalam filem arahan pelakon dan pengarah berkaliber yang menjadi idolanya dalam bidang seni, Ellie Suriaty Omar.
Maklumlah, dalam filem lakonannya sebelum ini, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem epik terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi hanya sekadar bawa watak pembantu saja.
Dalam filem Penanggal, terbitan bersama Astro Shaw dan Grand Brilliance, Ummi bergandingan dengan heronya, pelakon Azri Iskandar yang juga suami Ellie.
Secara peribadi, Ummi mengakui watak Murni yang secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal adalah watak berat yang pernah dilakonkannya dalam filem setakat ini.
“Sebenarnya, sudah dua tahun saya tidak berlakon dan peluang keemasan bawa watak Murni bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.
“Pada mulanya, saya takut untuk bawa watak Murni tapi Ellie yang banyak membimbing dan memberi keyakinan pada saya bawa watak itu sepanjang di lokasi penggambaran. Sebelum penggambaran dimulakan, kami juga menghadiri kelas lakonan yang dikendalikan Ellie selama tiga hari,” katanya.
Secara peribadi, Ummi mengakui sudah buat persiapan mental dan fizikal untuk melakonkan watak Murni seperti dikehendaki pengarahnya.
“Ia kali pertama saya bekerja dengan Ellie dan pada masa sama, memang banyak saya dengar cerita kontroversi mengenai dirinya termasuk dia garang tapi ia sebaliknya pula bila kami bekerjasama. Pada pemerhatian saya, Ellie seorang pengarah yang penyayang di lokasi.
“Walaupun Ellie mengandung empat bulan tapi dia aktif dan bertenaga sepanjang di lokasi penggambaran. Saya pula yang bimbang jika kandungannya terjejas kerana dia aktif seperti tidak mengandung.
“Ketika buat babak Murni yang terjatuh dalam lumpur dan hampir lemas pada hari pertama penggambaran, Ellie pula yang berlari pantas memeluk saya sebaik babak berakhir kerana dia bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pada saya ketika itu.
“Saya juga tidak kisah masuk dalam lumpur kerana ia sebahagian tuntutan watak. Saya tahu, bukan saja babak masuk lumpur mencabar kerana setiap hari adalah cabaran buat kami sebagai pelakon bagi merealisasikan watak sebaik mungkin,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai karakter Murni, gadis malang yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng dan melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungannya. Ketika di sana, Murni didera orang kampung yang dapat tahu dia adalah penanggal.
“Murni adalah gadis yang keliru dan tiada pegangan agama. Apabila dia dengar bacaan surah Al-Ikhlas, dia hanya menarik kepalanya kerana dia tidak pernah diajar membaca ayat suci sebelum ini.
“Saya sudah mula jatuh cinta dengan watak penanggal selepas melakonkan watak itu. Saya percaya, penonton sendiri akan simpati dengan karakter Murni nanti yang mewarisi ilmu penanggal tanpa kerelaannya sendiri,” katanya.
Filem genre seram Penanggal memulakan penggambarannya bermula 10 Disember lalu. Berlatarbelakangkan era 1930-an, penggambaran selama 45 hari dan dijangka berakhir pada penghujung Januari nanti. Ia membabitkan lokasi sekitar Hulu Langat, Taman Melawati, Banting, Kuala Terengganu dan beberapa perkampungan di Perak.
Ia dimantapkan lagi dengan barisan pelakon iaitu Fasha Sandha, Zul Ariffin, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Kuswadinata dan Fauziah Nawi.
Ummi mengaku sudah ada kekasih
SEKALIPUN enggan mengulas lanjut soal teman istimewa, Ummi mengakui hatinya sudahpun dimiliki seseorang ketika ini. Jejaka bertuah itu sama-sama menuntut dengannya di Melbourne. Ummi juga menuntut dalam jurusan Perniagaan dan Pemasaran di Royal Melbourne Institute of Technology di Australia.
“Kami berkawan sudah lama iaitu ketika sama-sama menuntut di Melbourne. Bagaimanapun, pengajiannya di universiti di Melbourne sudah pun selesai.
“Terus terang, saya berasa seronok sepanjang dua tahun menuntut di Melbourne dan pengajian juga berjalan lancar seperti direncanakan. Saya juga belajar erti hidup berdikari dengan menyewa kediaman bersama seorang rakan sepanjang pengajian di sana,” katanya yang menyukai lelaki bertanggungjawab, menghormatinya dirinya dan rajin bekerja.
Ditanya sama ada keluarga menyokong minatnya berlakon, Ummi yang bercuti selama empat bulan di sini berkata, keluarga cukup memahami minatnya itu.
“Keluarga tidak ada masalah kerana saya berlakon ketika cuti semester dan pastikan ia tidak menjejaskan prestasi pengajian di universiti. Insya-Allah, saya akan menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas membawa pulang segulung ijazah nanti.
“Setiap kali cuti semester, saya akan mengisi masa dengan berlakon di sini yang memang bidang yang sudah sebati dalam diri. Maklumlah, saya memang tidak boleh duduk rumah lama-lama, seminggu saja saya sudah berasa bosan dan rindu ingin kembali ke lokasi,” katanya.
PROFIL
NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
UMUR: 21 tahun
TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon dan penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran, Royal Melbourne Institute of Technology di Australia
TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Nur Kasih, Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja dan Kejar
FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan