DARAH O
Kamu disifatkan sebagai orang yang setia, sabar dan sentiasa yakin pada keupayaan dan kebolehan sendiri. Selain sering bersikap ingin menjadi ketua khususnya yang membabitkan kerja berkumpulan. Sekiranya inginkan sesuatu, kamu berusaha untuk mencapai matlamat itu dalam apa cara sekalipun. Adakalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Juga terlalu serius dalam persaingan hingga memberi tekanan kepada diri sendiri. Jadi, kamu harus lebih bijak mengawal emosi agar tidak dikuasai tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja secara berkumpulan dan membabitkan diri dalam persatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling kamu dan mereka juga sentiasa berasa senang bekerjasama dengan kamu.Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa itu melambangkan kamu memiliki keperibadian penyayang. Walaupun begitu, ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja hingga tidak mengendahkan waktu rehat. Ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka bekerja hingga kesihatan terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan kamu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu suka melaksanakannya denga cara sendiri. Kamu kreatif dan fleksibel, mudah menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan, selain bijak bersosial. Namun, adakalanya sikap kamu yang lebih berdikari dan tidak suka meminta bantuan orang lain itu, mendatangkan masalah buat diri kamu sekali gus memperlihatkan kelemahan diri sendiri. Tidak semua perkara boleh diselesaikan sendiri.

DARAH AB
Tenang
dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar
dalam diri kamu. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
membuat orang di sekeliling berasa selesa berdampingan dengan kamu. Kamu
juga memiliki sikap humor semula jadi dan sentiasa bersikap
menghiburkan juga ceria. Namun, ada satu perkara yang harus kamu
perbaiki dalam diri kamu.Kamu perlu lebih bijak dan berani membuat
keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk
diri kamu. AWAS LU!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan