Two weeks
bz mcm nak mati! 'Deadline zone'! Yah...Mmg rasa cam nak buat2 pengsan
jek. Apa tak nya, so many things nk kena setel terutama bahan. Bab2
layout kena reject tak yah ckp la, saban hari ada jek sesi reject pages.
Muka masing2, x yah citer mmg mcm nk carik gaduh besar...salah jentik
sure perang. *MATI*!!!
Pening! Kengkawan asyik tanya
aku, mcm mn aku leh bertahan dgn kerjaya mcm ni. Hari2 hadap stress,
hadap muka2 meroyan. Tu belum kira lg kena tadah telinga dgn herdikkan
tak masuk akal. Mcm org redha benar je gayanya khenn. Hmmm...apa nk
buat. Kena bertahanlah selagi aku minat line ni. Sok2, apabila dh bosan
tahap dewa maka aku sendiri akan memberhentikan diri aku hahahah!!!
Hokey,
tak yah lg gebang pung pang pung pang pasal sgt kerjaya bagai. Apa kata
korang layan aku tgk teater. Apa, teater??? Ye, teater. Lama gak x tgk
warna-warni lampu di pentas teater...tgk gelagat2 pelakon yg bersungguh
melontar jiwa yg dilakonkan. Sungguh lama. Bukan malas, tp x time nk
melapangkan diri.
Tapi, minggu ni aku gigihkan diri. Kebetulan dpt tiket free nonton pementasan
Mek Mulung Cahaya Bulan di Panggung Bandaraya (DBKL). Kawan baik aku + designer berbakat, Razman Din (Butik Razman Razmi) rsvp 2 tiket utk aku.
Aceli,
x ramai kengkawan aku yg minat tgk teater. Depa lg layan movie, nampak
le urban skit kheen depa2 nih...motif!!! Last minute, teringat kat adik
sepupu aku, Madieha Ahmad (Dieha) yg kebetulan tgh bercuti kat KL. So
jam 3pm, aku text dia tanya if dia free or x hari ni. Respond positif,
dia nk join gak. Then, lebih kurang 5.30pm, aku bertemankan En. Ommee
puteh p amik dia kat bus stop Giant Batu Caves. X lama tunggu situ, dlm
10 minit adik manis ni pun muncul. Berbaju kotak2 ijau bercelana jeans
;-)
Dek kerana x nk parking jauh2, awal2 lg aku cop
parking kat area DBKL. Berpusing2 gak la mencari, nasib jumpa satu
tempat yg agak strategik dan dekat dgn dewan pementasan. Hmmm...baru
6.30pm, masih ada 2 jam. So, aku pun ajak p lepak minum n makan kat
Sogo. Ingat tu nk melencong ke Pasar Malam Jln TAR, tp ngeri pulak nk
menapak ke sana cuz bawak camera mahal. X nk la amik risiko, jd apa2 aku
gak yg meroyan ;-(
|
Hero & heroin MMCB |
|
Kacak sungguh Razali time ni... |
Lepas mkn n solat, kami terus ke panggung pementasan.
Dah ramai org menunggu, time pintu belum dibuka so kami lepak kat
tangga sambil bergosip...biasalahkan! Jam 8.25pm, pintu panggung dibuka.
Alhamdulillah, tempat duduk kami bahagian depan. Kira pelakonnya jelas
la kat depan mata...hehehehe terima kasih Man (Razman Razmi).
Wah!
Hebat sungguh lakonan Man sebagai Epong dlm MMCB, senak perut tgk
kelaku Epong dan Edeng + sgt la 'gebu' korang apabila berkemban ye
*wink*. Ingatkan hebat designer baju jek rupa nya berteater pun
meletup...hehehehe...apa pun
thumbs up. Selain tu, Nabil sebagai
Awang Selamat pun bikin pipi lengguh dok gelakkan kelakunya. Kiranya,
lepas ni boleh byk lg berlakon teater ye Nabil.
Overall,
semuanya memuaskan. Paling aku suka, suara Razali Hussain...sgt
menangkap telinga gitew. Hope, next time ada lg pementasan MMCB ni dan
aku tak nk miss nontonnya + sure aku rindukan Epong dan Edeng!
|
Siapa lebih meletup...Epong vs Edeng??? |
|
Serius lawak time ni...Epong2 ;-)) |
|
Epong dan Edeng...jual ubat kuat hahahaha |
|
Epong yg tgh 'verangan' diva... |
Hokeylah...mari kita layan sikit sinopsis mengenai Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB) ni:-
- Mek
Mulung Cahaya Bulan mengisahkan Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan
Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara
yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi
yang memerintah Benua Pakkian.
- Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan
menakluki Puteri Nang Mara, ini bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa
pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara
merupakanpenghalang utama kejayaannya.
- Raja Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7
hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi
bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki pintu kota
Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti
Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Cahaya
Bulan dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa
Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.
- Raja Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong
dan Edeng. Mereka merawat Raja Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga
berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.
- Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin
dengan Raja Gergasi. Cahaya Bulan Berjaya menyelamatkan Puteri Nang
Mara.
|
Comel je aksi slamba Nabil with Wak (dukun otai...) |
|
Kelaku slamba Nabil di pentas MMCB |
|
Nabil best...hehhehee |
|
Kak Long (baju pink) yg lawak bila meroyan, menenangkan Puteri yg sgt sedap vokalnya |
|
Nabil... |
Info:
- Teater Tradisional - Mek Mulung
Cahaya Bulan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada
hari Jumaat 16 Dis 2011, Sabtu 17 Dis 2011 dan Ahad 18 Dis 2011 jam
8.30 malam ini dianjurkan Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) atau
PETRONAS Performing Arts Group (PPAG).
- MMCB arahan Roslee Mansor turut dijayakan Raja Lawak musim ke-2
iaitu Nabil sebagai Awang Selamat. Watak Raja Cahaya Bulan pula
dilakonkan Razali Husin.
*p/s: Layan lak
pose2 kat bwh ni, terutama posing malu2 Madieha Ahmad bersama hero
Malaya nya. Jgn sampai tido x lena mandi x basah ye
Dieha...kekekekeke!!!
|
Hamboi...lebar senyum Dieha dpt jumpa hero MMCB, RAzali Hussain |
|
Lepas hajat la ni...hehehe |
|
Dah puas bergambar dgn Razali, cari poster lak...hehehehe sweet Dieha. |
|
Dalam ramai2 pelakon MMCB, aku cari Epong hehehehe kemain die ye... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan