.

Rabu, 21 Disember 2011

Bertabahlah Jimmy...

Jimmy-Gambar Mstaronline
“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa. Baik buruk pun, dia adalah isteri saya. Saya masih sayangkan dia dan apa sahaja yang saya lakukan selepas ini lebih menjurus kepada kebahagiaan anak saya,”

Jimmy Shanley Buat Kerja Amal Tebus Kesilapan

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley, 31, mengambil pendekatan untuk bermuhasabah diri dengan melakukan kerja-kerja amal bagi menebus semula kesilapan lamanya.

Bukan itu sahaja, Jimmy juga turut menyertai aktiviti keagamaan di Masjid Putra Height berdekatan rumahnya sepanjang tidak melakukan apa-apa aktiviti hampir setahun.

“Saya tahu saya banyak melukakan hati wanita termasuk isteri saya. Jadi, saya nekad untuk menebus kesilapan ini dengan mendekatkan diri dengan perkara yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan.

“Tidak lama lagi, saya akan mengikut Ustaz Akhil Hayy mengelilingi Malaysia untuk terlibat dengan aktiviti keagamaan.

“Selain itu, saya juga membabitkan diri sebagai sukarelawan Islamic Relief Malaysia dengan berkunjung ke sekolah-sekolah sambil beramal,” katanya semasa sidang media drama “Antara Garisan” di The Tranquerah, Encorp Stand, Kota Damansara, dekat sini.

Jimmy yang pertama kali menceburi bidang lakonan akui tertarik untuk berlakon drama bercorak keagamaan dan memberi pengajaran selepas berlakon drama “Antara Garisan”.

Katanya lagi, disebabkan tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak, Jimmy ingin membuat permohonan untuk melakukan perbicaraan kes rumah tangganya secara tertutup.

“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa. Baik buruk pun, dia adalah isteri saya. Saya masih sayangkan dia dan apa sahaja yang saya lakukan selepas ini lebih menjurus kepada kebahagiaan anak saya,” katanya lagi.

Walaupun dia sudah lima bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya, Zahrah Shanley, 6 bulan, Jimmy sentiasa berdoa semoga Zahrah dibesarkan dengan cara yang baik oleh isterinya dan keluarga.

“Jika diikutkan memanglah saya teringin untuk berjumpa dan membawa anak saya keluar bersiar-siar.

“Tetapi sekarang saya sudah terbiasa dengan situasi seperti ini dan apa pun yang berlaku selepas ini biarlah saya bahagia sebagai bapa. Setakat ini saya belum terdetik untuk menceraikan isteri saya,” katanya lagi yang turut mengendalikan program televisyen di saluran Astro Ceria.

Pasangan Jimmy dan Nursuhaila Eliani Suhaimy,32, bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

*p/s: ...hope ada penyelesaian terbaik untuk pasangan ni, sayang sekali kalau keegoan menjadi tembok yg menghalang kebahagiaan. Populariti dan kekayaan tak menjanjikan bahagia berkekalan, melainkan kasih sayang yg tulus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan