Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.
Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :
MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU
Walaupun
tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan
kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai
karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna
sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.
Kini,
penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan
secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan
sebagainya.
Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.
MERAH
Warna
ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong
makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan
pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan,
persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan
pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba,
Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi
penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga
tinggi.
1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIIJAU
Warna
ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati.
Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini
mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan
mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji,
mudah menasihati orang lain.
KELABU & HITAM
1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan