Gambar & berita: Utusan Online |
Cerita yang mengaibkan itu turut mengheret rasa kurang selesa setiap kali dia tampil di khalayak untuk urusan peribadi atau apa saja sepanjang tempoh tersebut.
Biar pun figura ini sudah terbiasa dengan dugaan dan asam garam sepanjang bergelar anak seni selama 26 tahun, tetapi penangan gosip itu cukup berbisa dan terkesan di hatinya.
“Gosip itu memang fitnah yang keterlaluan kerana saya tidak ada hubungan dengan PA saya. Saya nekad akan ambil tindakan undang-undang,” tegas Ramlah pada pertemuan di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur pada petang Selasa lalu.
Mengulas lanjut, penyanyi yang tercatat namanya dalam Malaysia Book of Record sebagai artis pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu ini merasakan maruah dirinya bagai dirobek si penyebar fitnah.
Hasil siasatan secara tidak formal dilakukannya ditambah dengan beberapa bukti diperolehi, Ramlah tahu ada seorang individu yang cukup dekat dengannya melakukan kerja kotor tersebut.
“Saya tak nak beritahu siapa dalang yang buat cerita tak betul ini dan bagi saya ini adalah fitnah! Tapi saya tahu dia cuba pedajal karier saya. Saya dah cukup bersabar dan dia akan terima akibat perbuatan tak profesional itu.
“Saya akui memang diri saya tak sempurna sebab itu saya malas nak layan cakap yang bukan-bukan ini. Saya percaya Tuhan tahu niat saya dan fitnah yang disebarkan ini memang bertujuan untuk menjahanamkan karier dengan saya sekali.
“Ia bagaikan dirancang sebab tiba-tiba saja tersebar di kalangan wartawan yang datang ke majlis sesi temu bual Sesaat Kau Datang bersama Kumpulan SleeQ pada 21 Disember lalu tentang cerita itu. Kalau khabar angin, saya tahu macam mana jua pun, wartawan akan rujuk balik pada saya.
“Tetapi apabila artikel yang tersiar mengeluarkan cerita yang lebih kurang sama, sudah cukup menguatkan kata hati saya bahawa memang ada orang yang dah maklumlah perkara ini terlebih dahulu kepada wartawan,” dedahnya satu persatu.
Ditanya apa motif individu berkenaan untuk menjatuhkan Ramlah sedangkan anak kelahiran Kesang, Muar Johor ini sudah punya tempat tersendiri di kalangan peminat setia, wanita ini mengangkat bahu sambil berkata;
“Soalan yang sama nak saya tujukan pada dia. Apa tujuan dia buat saya macam ini? Melaga-lagakan saya dengan pengurus peribadi? Reka cerita buruk saya kepada wartawan dan minta tulis tentang gosip saya di media? Apa yang dia tak puas hati dengan saya sekarang?
“Saya memang tak ada masalah dengan dia. Kadangkala dia lambat bagi duit show saya diamkan sahaja malah saya tak pernah berkira walau satu sen pun dengan dia.Tetapi saya amat kesal dengan perbuatannya ini,” jelasnya.
Adakah Ramlah rasa penyebaran fitnah itu berpunca selepas penyanyi Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi ini melantik pengurus peribadi yang dikenali sebagai Hafiz sejak dua tahun lalu?
“Mungkin juga sebab ada beberapa situasi ‘tak betul’ berjaya dikesan oleh pengurus peribadi saya, dia ingin betulkan tapi pihak sana tak benarkan. Bila perlaku perselisihan, mungkin juga dia nak cari pasal dengan keluarkan cerita-cerita macam ini.
“Sebab itu saya nak tahu apa yang membuatkan dia nak kenakan pengurus peribadi saya itu? Apa niat dia yang sebenarnya sehingga cakap kami bercinta?," soal Ramlah.
Album tahun depan