.

Isnin, 4 Januari 2021

Resipi Donat Gebu


Kredit resipi:  Shieda Rashidah

Assalamualaikum wbt

Donat versi lembut tak payah nak perap-perap.😁
AMBIL RESEPI PERCUMA NI.. SAYA HALALKAN.

Dulu saya berniaga, guna resepi ni cuma saya ada tambahkan potato flakes..GEBUUUUUUU
Bahan:
1kg tepung high protein
100gm marjerin pelangi
2 biji telur
2sb shortening
4sb gula pasir
4sb susu pekat
2sk cream super
2sk potato flakes
1sk garam halus
2 paket yis
425ml air suam


Cara buat:
1. Masuk semua dalam mixer..biar dia pusing selama 30 minit sebab nak bg dia elastik😁..

2. Lepas tu..timbang 30 ke 40gm n buat bulat...kalau nak besau lagi timbang lebih sikitπŸ˜…

3. Buat adunan bulat tu sampai habis kemudian barulah ambil penutup air tekan tengah. Diiingatkan, ambil adunan bulat yang mula-mula skali yang anda buat tu dan kemudian teruskan dengan yang lain. Sebabnya, yang mula-mula buat tu dah kembang dulu.

4. Nak rehatkan pn boleh..nak terus goreng pun boleh. Sebab, masa menggoreng nanti pun dah kembang





OK SELESAI..SELAMAT MENCUBA..DOAKAN AH KAK SEKELUARGA DIMURAHKAN REZEKI
🀲😁😁

Resipi Perut Air Asam




Kredit: Noriza Awang Hamat

Perut lembu air asam..Sape yang minat, kite geng πŸ‘πŸ˜‹

RESEPI PERUT AIR ASAM😍


Bahan:
Perut lembu, rebus perut dengan bawang putih, bawang merah halia dan serai yang ditumbuk kasar.
Bahan blend:
Bawang merah
Belacan dibakar
Cili padi
Cili api

Cara buat:
Bawang besar, buah tomato, cili dipotong dadu, gula, air asam jawa, perahan jus limau kemudian masukkan bahan yg diblend, gaul rata.
Akhir sekali, masukkan perut lembu yang telah dipotong ke dalam air asam. 

Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan!

Ahad, 3 Januari 2021

Gabungan Padu

Sebenarnya, dah lama teringin nak buat. Tapi, setiap kali masuk pasar selalunya tak pernah terfikir atau teringat langsung nak beli bahan utama.

Entah macam mana, semalam, waktu singgah pasar borong beli stock bahan mentah yang dah hampir 95 peratus habis, tak semena-mena boleh terbeli dan teringat πŸ˜„πŸ˜„

Aku pilih yang saiz kecil untuk cubaan pertama kali, kalau sesuai selera, bolehlah beli saiz besar macam yang biasa nampak dalam drama/filem.

Apa bendanya yang aku beli ni?

Hehehe... Bukan beli emas yang macam orang gigih beratur bersama kerusi di kedai emas Seri Tanah Merah tuπŸ˜œπŸ˜›

Lawa, 'kan. Tapi sayang aku alahan pakai perhiasan emas.


Aku cuma beli lobak putih empat ketul πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Mahallah juga walaupun saiznya kecil comel. Tapi tak apalah, nak cuba apa rasanya sebab sebelum ni pernah beli buat sup, sayangnya tak kena tekak.

Semalam beli, malamnya terus buat apa yang dihajati. Membuatnya tak susah, bahan pun simple. Tapi, berdebarlah juga takut tak sedap macam mana aku biasa tengok orang makan di TV/ Youtube

Siap potong bulat-bulat biar sama macam biasa tengok tuπŸ˜†πŸ˜†, tapi macam biasa aku akan menderhaka  pada resipi asal. Buat ikut cara dan selera tekak sendiri, dengan harapan besar... kejadiannya tak mengecewakan.

Selepas semalaman simpan dalam peti ais, pagi tadi ambil sekeping...Aduhai... Rasa rugi sangat.

Lobak Jeruk ala Korea versi Snapsqueen - semestinya pedas nak mati.

Ni pulak lobak jeruk tak ada cili.


Rugi sebab tak buat awal lagi, seawal aku tengok di TV dan Youtube.

Aduhhh...Menyesal!

Nasib baik buat banyak (dapat 2 bekas), itu pun aku rasa dalam 2-3 hari ni boleh licinπŸ˜‚πŸ˜‚

Memandangkan hari ni ada tugasan di Banting, jadi tak sempatlah nak masak. Balik dari kerja tadi, masuk dapur, masak Ayam Serai Cili Padi.

Ayam Serai Cili Padi.

Campak 3 genggam cili padi hijau dan merah menyala dalam blend, kepedasannya sampai ke biji mata. Tapi tak risau sangat, sebab biasanya lepas ditumis taklah pedas mana pun, boleh tahan.

Siap masak, memang teringin nak makan nasi. Tapi memandangkan petang tadi makan laksa, jadi pendamkan dulu nafsu nak makan nasi.

Esok pagi kita masak nasi, malam ni kita meratah bersama lobak jeruk. Ratah Ayam Serai Cili padi sama Lobak Jeruk... Perghhh... Gabungan yang padu teruk. 

Kau orang dah biasa makan lobak jeruk? 

Cubalah, memang sedap sangatπŸ‘πŸ‘πŸ˜‹πŸ˜‹



Jumaat, 1 Januari 2021

Cuba Usaha

Foto: Google

Tahun ni, aku cuba susun dan atur masa sebaik mungkin. Ini tahun yang sibuk bagi aku, banyak yang dirancang dan perlu dipastikan supaya semua berjalan lancar. Insya-Allah, Aamiin.


Harapnya, Dia terus mengurniakan aku kekuatan sebagaimana dipinjamkan-Nya sebelum ini. Semoga, Insya-Allah, Aamiin.


Tahun ni juga mungkin tahun terakhir aku bertugas sebagai #penulistanpanama . Aku nak mula fokus dengan penulisan, karya dan sekali gus melahirkan produk atas nama sendiri.


Tak, aku tak pernah menyesal menjadi #penulistanpanama dalam tempoh 3-4 tahun ni. Aku seronok sebab banyak sekali ilmu dan pengalaman baru dapat dikutip buat panduan masa depan.


Tahun ni juga tahun yang memerlukan fokus supaya tahun depan aku dapat terus bergerak pantas mengikut semua perancangan. Semoga mendapat reda-Nya dan beroleh keberkatan dunia akhirat. Aamiin.


Sudi-sudilah doa buat aku ye, teman-teman. Dan semoga segala perancangan kalian juga berjalan lancar seperti yang diharapkan.


Kita cuba, kita usaha.


Kita buat, kita dapat.


Insya-Allah. 


Aamiin.



Rabu, 30 Disember 2020

Resipi Teh Pakistan Mashyur



Kredit resipi: Afy AL Habibi (Cikgu Afy)

Teh Pakistan Mashyur tumpang lalu ni. 

Nampak sedap yakmat tak? Sesuai buat hidangan minum petang. 

Tengoklah gambar sampai habis. 

Ramai sungguh peminatnya sejak cikgu kongsi dekat laman sendiri.

Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu.
Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.
Ada cikgu pecahkan rahsianya.
Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu.

Selamat mencuba.

Bahan dan cara buat:


Ini bahan-bahan utama:


Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu guna teh wangi. 
7 uncang teh wangi ros : koyakkan setiap uncang.
(kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
50 ml susu segar (tiada dalam gambar) *nak sedap guna susu full cream goodday*
Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut kuantiti air)
Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam 
Rahsia seterusnya :


Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan ya kacau dengan air panas biasa. 


Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.

Kacau sesekali - *boleh adjust rasa susunya*.


Tutup api selepas teh betul-betul mendidih @ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.


Cikgu suka tapis dengan penapis teh kain.
 

Rahsia penting seterusnya. 


Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.


Syokkkk. Segelas Teh Pakistan Mashyur sedia dihirup ketika air teh masih panas suam.


Bagi cikgu, teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya. Tanpa dicampur gula secara langsung. 

Kowwww. Wangi Lemak. Manis-manis buah. Terbaikkk

Jemput follow fb cikgu 
Afy AL Habibi
 untuk resepi lebih menarik. 

Selasa, 29 Disember 2020

Bahagia


 “ The happiest people don't have the best of everything, they just make the best of everything. ”

 ― Anonymous

Pull Me Out


Laying in the silence
Waiting for the sirens Signs, any signs I'm alive still I don't wanna lose it I'm not getting through this Hey, should I pray? should I pray To myself? To a God? To a saviour who can Unbreak the broken Unsay these spoken words Find hope in the hopeless Pull me out of the train wreck Unburn the ashes Unchain the reactions, I'm not ready to die, not yet Pull me out of the train wreck Pull me out, pull me out, pull me out Pull me out, pull me out Underneath our bad blood We still got a sanctum, home Still a home, still a home here It's not too late to build it back 'Cause a one-in-a-million chance Is still a chance, still a chance And I would take those odds Unbreak the broken Unsay these spoken words Find hope in the hopeless Pull me out of the train wreck Unburn the ashes Unchain the reactions, I'm not ready to die, not yet Pull me out the train wreck Pull me out, pull me out, pull me out Pull me out, pull me out, pull me out You can say what you like 'cause see, I would die for you I, I'm down on my knees and I need you to be my God Be my help, be a savior who can Unbreak the broken Unsay these reckless words (find hope in the hopeless) Pull me out of the train wreck Unburn the ashes Unchain the reactions, I'm not ready to die, not yet Pull me out of the train wreck Pull me out, pull me out, pull me out Pull me out, pull me out, pull me out