Sebenarnya
puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalaman.
Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang
digembar-gemburkan pejuang 'hak-hak palsu' wanita.
Faktor-faktor ini antaranya:
1. Lupa mengingati Allah
Kerana
terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau menjaga anak, maka
tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya
telah lalai daripada mengingati Allah S.W.T. Dan kelalaian ini pada
hakikatnya adalah saat yang paling bahaya bagi diri mereka, di mana
syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: bermaksud;-
"Maka
sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: bermaksud:-
"Tidak
sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga dia berasa cenderung
kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2. Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan
dunia dan kemewahannya memang banyak membuat wanita terjebak ke dalam
perangkapnya. Bukan itu saja, syaitan dengan mudah memperalatkannya
untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan
noda. Tidak sedikit yang sanggup derhaka kepada Allah s.w.t. hanya
kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: bermaksud:-
"Dan
tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3. Mudah terpedaya dengan syahwat
4. Lemah iman
5. Bersikap suka menunjuk-nunjuk
* Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah wanita soleha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan