Hari
ini, pagi2 dah bz semacam. Apa pun seronok, sebab sebelah ptg dpt jumpa
pelakon pujaan ramai (ketika ini). OpsS, bukan Abg Long (Aaron Aziz)
ye. Yg aku jumpa ni mmg kategori pujaan ramai juga (terutama perempuan).
Aku? Aku pun sama, tp lebih minat pada kualiti
kerjanya (lakonan). Sebab, kalau dia berlakon sesuatu watak x nampak sgt
dia sedang berlakon. Mcm real jewk, kira ‘hidup’ la kan. Satu lagi, dia
jenis selamba n sempoi apabila berlakon…tak mcm kebanyakkan pelakon
lain yg kadang nampak gaya mcm nk kontrol2.
Dia mmg
tak sehensem Aaron Aziz, or segagah Ady Putra. Tapi, dia tetap
tersendiri dan pasti dia juga aktor yg ‘istimewa’ hingga begitu ramai
meminatinya ketika ini. Jadi, tak salah kalau aku jadikan dia antara
jejaka pilihan Jelita June ini.
Beto Kusyairy, aktor
yg aku maksudnya! Orang kata dia tidaklah popular mana, sure senang dpt
dia. Tapi, hah ambik ko…nak dpt date dgn dia kena tunggu 2 bulan. Nasib
baik PA + isterinya yg sweet, Tisha senang diajak bekerjasama. Kali
kedua diingatkan, dah dapat date. Walaupun lambat, tapi sempatlah masuk
list before deadline. Tqvm Tisha.
Aku nak tampilkan
kelainan pada penampilan Beto. Puas jugak membelek ‘aksi’nya menerusi
Google dan Yahoo. Aku tgk, kebanyakkan penampilannya jenis santai dan
sempoi. Jadi, aku plan kasi dia tampil smart dan lari daripada biasa.
Mungkin
kerana teruja sebelum bulan ini special sikit (edisi lelaki) + dpt
jumpa hero idaman Malaya, jadi rasa seronok je mengatur segalanya.
Daripada sesi mencari tajaan baju hingga ke lokasi penggambaran.
Alhamdulillah, walaupun last2 minute ada terencat sikit tapi
keseluruhannya berjalan lancar.
Jam 1.30 aku,
jurugambar dan jurumekap dah standby di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.
Pihak pengurusan hotel sediakan sebuah bilik utk berehat, tukar pakaian
dan mekap. Lebih kurang 2.30pm, Beto & Tisha sampai.
Serius,
senang sekali bekerjasama dgn Beto mahupun Tisha. Walaupun mereka
berdua tak cukup tido, tetapi masih memberi komitmen yg baik kepada
kami. Hehehehe…terima kasih.
Alhamdulillah, photoshoot
berjalan lancar dan cuaca juga sgt bersahabat. Lepas selesai shoot baru
hujan turun selebat alam, syukur Ya Allah kerana mempermudahkan urusan
kerjaku hari ini ;)
Lebih kurang 5.30pm, selesai shoot
dan sesi interview. Nak tahu apa yg kami bualkan, boleh belek Jelita
edisi June 2012. Ok, skrg aku nak share dgn korang gambar2 the making
Jejaka Pilihan Jelita- with Beto Kusyairy.
|
Gaya masing2 di lokasi photoshoot, time ni cuaca x stabil...matahari kejap2 hilang |
|
Jgn ingat writer keje dia menulis jek, ini juga sebahagian drpd kerja writer apabila ada photoshoot ;) |
|
Pose x menjadi, comey hahahaha mcm budak baik jek kan |
|
Smartkan 'buah hati' Tisha ni ;) |
|
Mcm model jam tgn lak |
|
Suka Oscar dpt lumur muka Beto dgn tuala basah hahahaha |
|
Beto Kusyairy, Lu mmg ada gaya jadi model jam hehehehe... |
|
Tisha keboringan & kemengantukkan huhuhu, sabar betul dia tunggu Hubby selesai photoshoot |
|
Oscar, me & Beto... |
|
Puas panggil Tisha gambar bersama-dia sgt sweet senyum sikit dah cantik...oscar mcm biasa akan over huhuhu |
|
Kenangan mahal
ni, entah bila leh jumpa aktor pujaan ramai ni lg. Thanks Beto, kamu
sgt mudah diajak bekerjasama. kekalkan sikap itu sampai bila2 ye ;) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan