Kalau
luka dan kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya. Mengapa harus
dibiarkan meracuni jiwa, sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih
utama.
Kalau kebencian dan kemarahan menjadi masa lalu
pada akhirnya. Mengapa harus diungkit sepenuh jiwa, sedangkan memaafkan
dan menahan diri adalah lebih berarti.
Kalau hidup
akan menjadi masa lalu pada akhirnya. Mengapa mesti diisi dengan
kesia-siaan, sedang ketegaran akan lebih indah dikenang nantinya.
Kalau
kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya. Mengapa tidak
dinikmati sahaja, sedang ratapan dan tangisan tidak dapat mengubah
apa-apa pun.
"Apabila engkau memandang segalanya dari
Tuhanmu, Yang mencipta segalanya, Yang menimpakan ujian, Yang menjadikan
sakit hatimu, Yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan
hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana tidak mungkin ALLAH sengaja
mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan
ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tetapi memang
itulah yang DIA mahu, Kerana DIA tahu, Hati yang sebeginilah yang
selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan