.

Sabtu, 31 Disember 2011

Alamak Chef Wan...

No comment...no comment ye, korang baca je news yg aku petik daripada Mstaronline ni. Kalau ada komen, campak kat ruangan komen yg aku sediakan tu eh. Layannn...

Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Berbalah
SHAH ALAM: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.

Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.

Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.
"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya.

Khamis, 29 Disember 2011

Aaron ajak Rosyam gaduh???

Terkejut? Hahaha...saja je propa guna tajuk tu! Hehehe...sebenarnya td dok belek2 Mstaronline terbaca berita mengenai 'Abg Besar' (Aaron Aziz) yg nk ajak Rosyam Noor bertarung. Nak tahu cerita selanjutnya, baca je petikan berita Mstaronline kat bawah ni.


Aaron Aziz-Hero idaman Malaya
PETALING JAYA: Pelakon popular filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 35, (gambar) yang sedang menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 teruja menunggu babak pertarungan dengan pelakon Rosyam Noor dalam filem tersebut.

Menurut Aaron, ini merupakan kali pertama dia berlakon dengan Rosyam dan adegan pergaduhan tersebut dijangka mengambil masa selama tiga hari berturut-turut untuk disiapkan.

“Saya dan Rosyam akan bertarung dalam satu adegan pergaduhan yang agak besar selama tiga hari bermula 8 Januari depan di lokasi yang belum diketahui.

“Dalam filem ini, saya dan Rosyam bermusuh. Pengarahnya Syamsul mengambil keputusan untuk melakukan penggambaran aksi pertarungan besar ini pada akhir penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Aaron lagi, untuk adegan aksi ngeri, dia melakonkan sendiri watak berkenaan seperti yang diminta oleh Syamsul.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami apa-apa kecederaan sewaktu melakon aksi bertarung walaupun waktu itu saya perlu bertarung dengan ramai orang.

“Cuma masalah kepenatan akan mengganggu konsentrasi persembahan lakonan saya,” ujarnya.

Menyentuh tentang babak pertarungan, Aaron perlu belajar teknik-teknik tertentu untuk menjadikan lakonannya dalam filem tersebut lebih menarik.

“Biasanya, setiap koreografi dilakukan semasa hari penggambaran tanpa ada latihan. Alhamdulillah, saya dapat melakukan koreografi aksi itu. Bagaimanapun, apa yang saya persembahkan tidak mungkin dapat menandingi gaya lakonan pelakon Ong Bak, Tony Jaa,” ujarnya.

Selepas mendapat perhatian peminat menerusi drama Nora Elena, Stanza Cinta, KL Gangster dan Ombak Rindu, Aaron tidak menafikan tawaran lakonan untuknya semakin bertambah sehingga menyebabkan dia perlu bersikap memilih.

“Selepas ini saya akan memasuki penggambaran filem psiko seram berjudul Kerat 14 arahan S Baldev di samping Siti Saleha.

"Pada penghujung Februari pula saya akan berlakon dalam drama adaptasi novel Adam dan Hawa terbitan Astro,” kata Aaron.

Selain itu, dia akan terbang ke Tokyo, Jepun pada 11 Januari depan untuk menjayakan program sukan perlumbaan kereta anjuran M7 setelah dilantik sebagai Duta minuman Drive M7 pada 17 September lalu.

“Saya akan mengambil peluang ke Jepun pada awal Januari ini untuk bercuti dengan isteri saya, Diyana Halik.

“Selepas itu, mungkin saya akan membawa anak-anak dan isteri saya ke Australia untuk menjalani penggambaran Adam dan Hawa pada hujung Februari depan,” katanya.

Adam dan Hawa dijangka akan menjalani penggambaran di tiga lokasi uar negara iaitu Australia, Mekah dan India.

Rabu, 28 Disember 2011

Taqziah utk Elly Suriati...

Tumpang simpati apabila mendengar berita sedih mengenai Elly Suriati yg keguguran anak keempatnya (iyalah, kandungan ke-4 pun tetap sedih bagi wanita yang mengandung ni). Sebelum ni ada dgr berita suaminya, Azri Iskandar risaukan keselamatan dan kesihatan Elly yg mengandung ketika itu krn sibuk mengarah filem sulungnya, Penanggal.

Apa nk buat, bukan rezeki Elly dan Azri. Terimalah ketentuanNya dgn redha krn setiap yg berlaku pasti...ya pasti ada hikmahnya. Buat Elly, semoga dia tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Sepanjang mengenali Elly, wanita ini sgt berjiwa besar. Pantang menyerah dan fokus. Jadi, kita sama-sama doakan apa yg tak menjejaskan kesihatan dan tumpuan Elly untuk menghasilkan Penanggal dgn jayanya. Amin.

(Petikan berita di Mstaronline)
Elly dikatakan tertekan kerana keguguran.
PETALING JAYA: Hasrat pelakon dan pengarah filem, Elly Suriati untuk memperoleh anak keempat tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, Penanggal di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu.

Suaminya, pelakon Azri Iskandar ketika dihubungi mStar Online berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu semasa isterinya hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan.

"Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi tadi kerana Elly ingin menyiapkan adegan malam untuk filem itu.

"Dia menyedari keguguran itu berlaku apabila hendak membuang air kecil dan mendapati berlaku pendarahan. Kami terus ke hospital dan pemeriksaan lanjut telah mengesahkan dia keguguran," ujarnya.

Elly sebelum ini dilaporkan sedang mengandung empat bulan dan hasil perkongsian hidup mereka pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Azri memberitahu isterinya kini berada di Hospital Kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari mengikut tahap kesihatannya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu keguguran itu berlaku mungkin disebabkan oleh kelasakkan isterinya itu dilokasi penggambaran namun menganggap itu adalah suratan takdir Allah SWT.

Tumpuannya kini kata Azri adalah kepada isterinya yang masih bersedih kerana kehilangan bayi mereka dan berharap dia akan tabah menghadapi ujian itu.

"Elly dalam keadaan tertekan dan banyak menangis ketika ini kerana sedih dengan keguguran itu jadi saya perlu memberikan tumpuan kepada dia," ujarnya.

Terdahulu, dalam satu temubual semasa pelancaran filem Penanggal, Azri pernah melahirkan kerisauannya terhadap keadaan isterinya yang sibuk dalam kerja-kerja pengarahan filem tersebut.
Azri Iskandar, suami Elly

Dia bimbang isterinya akan tertekan dan akan memberi kesan kepada kandungan tambahan pula sikap Elly yang tidak mahu mendengar kata ketika mengandung.

Sementara itu, walaupun bersedih dengan kehilangan anak mereka, Azri berkata dia redha dengan ketentuan Tuhan dan menganggap ia bukan rezeki mereka.

"Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha," ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Azri berkata, penggambaran filem Penanggal yang turut menampilkannya sebagai pelakon akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih.

Katanya, penggambaran yang diadakan di Kampung Sayong Ulu, Kuala Kangsar itu juga mungkin akan diteruskan oleh penolong pengarah bagi adegan ringkas yang tidak memerlukan perhatian isterinya.

Penanggal adalah filem arahan pertama Elly dan dibarisi oleh pelakon seperti Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

Boboi Juara MLM...?

Bercakap pasal Maharaja Lawak Mega yg tgh ligat bersiaran kat Astro sgt ni, mmg aku nk share sikit la pengalaman dgn para peserta yg hampir semuanya otai2 belaka. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan, tp yg selalu aku dok skodeng tgk adalah kumpulan BOBOI dan OSBON.

BOBOI sebab aku suka tgh Halim Salim Bachik dan Afdlin merapu, manakala OSBON pulak sebab ada Abun yg terer berpantun secara spontan. Senak perut bila tgk depa ni beraksi. Mcm2 gaya kala merapu. Sumpah...nasib x pengsan! Hahahaha...Agaknya antara dua kumpulan ni mana satu dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega? BOBOI @ OSBON???

Bagi aku, dua2 pun ok, tp rasanya lebih kepada BOBOI sebab derang berdua ni kreatif lebih. Ada je idea yg x terpikir dek kita dibuatnya depa berdua. Kita Halim dan Afdlin ada 'kimia' la bila buat lawak. Masing2 pandai 'menyambut', so x kering gusi tgk depa nih. Ok lah, kat bawah ni aku petik berita mengenai BOBOI kat Utusan Online. Selamat membaca ye ;-)

Antara persembahan Boboi yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Jenama Boboi ke layar filem

BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.

Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.

Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama

Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.

Berdiri di atas keyakinan tersebut, Boboi bakal memulakan penggambaran filem Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.

Belum menyenaraikan mana-mana lagi pelakon yang bakal terlibat dalam filem itu, Afdlin Shauki selaku pengarah, turut menunjukkan minat untuk menggunakan khidmat beberapa individu yang terlibat dalam MLM.

"Mungkin Datuk AC Mizal akan berlakon sekali di dalam filem Boboi BFF nanti.

"Selain itu, saya juga berminat untuk menjemput Osbon dan juga Adlin untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi filem tersebut.

"Malah, kalau boleh, kami juga nak ajak Datuk Chef Wan sekali," ujarnya kepada Hits baru-baru ini.

Malah, jika tiada aral melintang, jenama Boboi juga akan turut direalisasikan dalam bentuk animasi dan juga komik.

Mengakui kini mereka sedang bekerja keras dalam memastikan nama Boboi terus subur, Afdlin dan Harun bersependapat bahawa genre komedi sebenarnya sangat berpotensi untuk diperkembangkan.

Menjadikan platform MLM sebagai salah satu langkah promosi jenama Boboi, dalam masa yang sama, mereka juga sebenarnya cuba membawa sifat komedi itu untuk diterjemahkan agar dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga umur.

Platform martabatkan komedi
Tidak dinafikan, sebelum menyertai MLM lagi, dua nama di sebalik Boboi sudah mampu berdiri sendiri di atas populariti yang mereka miliki.

Namun, bagi Afdlin, apa yang lebih penting baginya kini ialah martabat komedi itu dapat dinaikkan pada satu tahap yang lebih memberangsangkan.

"Kehadiran kami (Boboi) hadir dalam pentas MLM bukanlah sebagai penghibur semata-mata.

"Apa yang lebih penting sekarang ini ialah, penjenamaan komedi itu sendiri dapat diangkat pada satu tahap yang lebih baik.

"Kami mahu memartabatkan komedi agar orang di luar negara kita mengetahui bahawa jenaka yang kita tampilkan adalah berkualiti.

"Menang atau kalah pertandingan MLM itu nanti bukan persoalannya kerana niat saya hanyalah satu, untuk membantu dan memperjuangkan industri komedi tanah air agar dapat diterima ramai," ujarnya penuh bersemangat.

Kenyataan Afdlin itu juga turut disokong oleh Harun.

"Apa yang kami persembahkan adalah untuk menghargai peminat malah dalam masa yang sama, dapat menghiburkan mereka," tambahnya yang turut mengakui kini sedang sibuk membuat persiapan bersama Afdlin dalam memberikan yang terbaik menjelang MLM peringkat akhir Jumaat ini.

Apabila 'juri' dikritik

Selasa, 27 Disember 2011

Rona kamu...?

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.
Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :
MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.
Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.
2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

Ahad, 25 Disember 2011

The making...Kek Sarang Lebah a.k.a Kek Gula Hangus

Jam 10.30 pagi! Jahanam plan aku nk merewang kat Pasar Tani Danau Kota. Ikutkan hati nak je terus bekerja ke sana, tapi kain baju yg baik punya dok berendam dlm bilik air sapa nk basuh. Nak tak nak, terpaksa la batalkan niat nak cari Kek Gula Hangus kata pasar tani tu...hukhukhuk...kempunan sudey!!!

Dalam11.45 selesai basuh dan sidai baju. Lepas kemas apa yg patut, terus bekejar ke pasar tani yg letaknya cuma 5minit berjalan dari rumah. Malangnya, tinggal payung jek. Semua peniaga sibuk dok punggah barang masuk kereta, van dan lori. Sedey la...;-(

Terus melencong ke kedai KK Mart beli telur 10 biji. Aku nekad, reti x reti...jadi x jadi mesti membaking kek idaman kalbu tu. Sebenarnya, dah berminggu aku teringin nak makan kek tu. Kebetulan, minggu lepas aku 'terbeli' kek gula hangus yg dijual dekat pasar tani...rasanya sgt la sedap, lembut dan gebu. Itu yg membuatlg terkenang2...gila bayangan terus!

Sampai rumah, campak tudung atas almari (ah...itu memang pesen aku kalau kat umah...mmg superduper pemalas!...sila jgn ikut tabiat ini ye-harap maklum!). Terus selongkar bahan2 buat kek dlm almari, syukur semua bahan yg diperlukan ada. Cukup lengkap dan berlebih2 pun.

Jam 1.15 tengahari bertemankan suara rancangan Melodi maka aku pun gigih membaking kek idaman. Gayanya mcm senang jek, bahan pun mudah. Utk makluman, resipinya aku tanya Puan Seri Google. Byk versi, korang pilih je mn yg berkenan di hati. Disebabkan aku ni pemalas bab timbang menimbang ni, maka aku cari resipi yg guna cawan. Mudah dan x remeh, sure jd punya lah! Cewah...SBRB pula! (...Sombong + Bongkak + Riak + Berlagak).

Tepat kul 2pm, siaplah kerja2 main tepung bagai. Senyum sampai ke telinga sebab akhirnya gigih buat sendiri. Tapi kek ni versi kenan peram berjam2 adunannya utk dptkan sarang lebah yg diidamkan. Lagi lama diperam lg cantik. kalau peram versi x sabar, ala2 manja je la bentul sarang lebah korang tu...wakakaka (ini versi sarang lebah aku la).

Jam 5pm, akhirnya dpt jugak aku merasa Kek Gula Hangus versi DIY. Rasanya sgt kena dgn kehendak tekak, cuma kurang nk lembut. Tapi, overall...kegigihanku berbaloi sudey. X caya...tgk je gambar2 yg aku snap sambil membaking kat bawah ni. Gigih tak aku, sambil baking sempat snap sana sini hahahaha.
Mula2 kasi goreng itu gula
Tgk...cantik je bila gula kena goreng...wey jap2 korang jgn goreng gula boh minyak bagai, goreng gula semata2 jek!
Gula yg dah dinodai mentega...hahaha dh x cantik dan suci lg...keruh sudey
Jenuh pukul telur ni sampai kembang, nasib guna mesin
Elok2 kasi kembang, suruh kasi buih bagai pulak...biar betul resipi ni...;-(
Campak tepung secukupnya...
Dah siap dah...siap...eh mana loyang nih...merayap kat mana minah loyang nih?
Jom bako dia...jgn kasi merayap bagai
Rupanya lepas kena bako...huduh pulak ;-(, tp mmg gini kot rupa aslinyer
Nasib ada rupa sarang, tgh pk mcm mn lebah2 nak masuk dlm sarang sempit mak ni noks
Gebu, x manis sgt, tp sarang kurang cun...kena DIY sekali lg nih

Sabtu, 24 Disember 2011

Jenis darah kamu...?


DARAH O
Kamu disifatkan sebagai orang yang setia, sabar dan sentiasa yakin pada keupayaan dan kebolehan sendiri. Selain sering bersikap ingin menjadi ketua khususnya yang membabitkan kerja berkumpulan. Sekiranya inginkan sesuatu, kamu berusaha untuk mencapai matlamat itu dalam apa cara sekalipun. Adakalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Juga terlalu serius dalam persaingan hingga memberi tekanan kepada diri sendiri. Jadi, kamu harus lebih bijak mengawal emosi  agar tidak dikuasai tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja secara berkumpulan dan membabitkan diri dalam persatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling kamu dan mereka juga sentiasa berasa senang bekerjasama dengan kamu.Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa itu melambangkan kamu memiliki keperibadian penyayang. Walaupun begitu, ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja hingga tidak mengendahkan waktu rehat. Ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka bekerja hingga kesihatan terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan kamu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan  berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu suka melaksanakannya denga cara sendiri. Kamu kreatif dan fleksibel, mudah menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan, selain bijak bersosial. Namun, adakalanya sikap kamu yang lebih berdikari dan tidak suka meminta bantuan orang lain itu, mendatangkan masalah buat diri kamu sekali gus memperlihatkan kelemahan diri sendiri. Tidak semua perkara boleh diselesaikan sendiri. 


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri kamu. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini membuat orang di sekeliling berasa selesa berdampingan dengan kamu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dan sentiasa bersikap menghiburkan juga ceria. Namun, ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu.Kamu perlu lebih bijak dan berani membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu. AWAS LU!!!