Kali pertama cuba rawatan Akupuntur-xde la sakit mcm yg digebangkan kengkawan aku tu. Hish...ok je, cuma ngeri skit bila tgk kat badan, leher, dahi dan bahu ada byk jarum. *PENGSAN*!!! |
Bukan main bulat lagi biji mata ni. Hamboi...tadi bukan main menguap macam anak badak (anak badak pun takut tgk aku menguap agaknya). Dek tak boleh tido, aku pun masuk dapur (aktiviti biasa bila bosan...cari makanan!). Hmmm...nak makan nasi malas, bukak peti ais nampak pisang yang dah 'lemau'. Mulanya nak buat Jemput-Jemput Pisang, tapi bertukar menjadi Kek Pisang.
Dapur Anis...^_^ |
Eh, jap-jap...oven dah bunyi. Maknanya Banana Moist Cake aku sudah masakkk! Huhuhu...jap pi tengok sat apa rupanya. Ahah...kalernya sgt la menarik, huhu dah boleh tempek kat sini, tak payah nak update bagai *_*
The Making...Banana Cake Moist |
Inilah rupa Banana Moist Cake. Now nak belasah dgn air sirap huhuhu *_* |
Bahan:
1 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda (bikarbonat)
1 cawan gula
1 cawan mentega
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit perasa pisang-tak nak bubuh pun ok jek
Sedikit choc rice-kalau suka & tak bubuh pun ok jek, Uolls
Cara buat:
1. Pukul telur bersama esen vanila mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk soda. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Akhir sekali bubuh pisang dan choc rice.
4. Tuang adunan dalam loyang dan bakar sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius (yang ni ikut suhu oven masing-masing la ye).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan