.

Ahad, 3 Februari 2013

Miz Red Velvet dah 'berbaju'...

Macam aku cerita dalam entry Jumaat lepas, Red Velvet Cake dalam keadaan 'bogel' dan perlu dipakaikan 'baju'. So entry hari ni, meh tayang gambar-gambar aku pakaikan 'beliau' baju. Kita buat baju yang simple je, ok.

Memandangkan aku tak makan cheese, so aku tak 'kan buat baju 'beliau' daripada cream cheese. So, seperti biasa, aku memang pakar bab-bab menderhaka kat resipi original 'kan. Sesekali kita cuba Red Velvet Cake with Buttercream ye sayangku semua ^_^

Buat buttercream ni, aku belasah ikut cita rasa aku. Letak je ikut pandai aku, janji ada rupa cream hehehehe. Lagipun aku gunakan bahan yang ada dalam peti ais je, malas nak melencong ke mana2 lagi pun hujan la.

Aku cuma ada butter, gula aising dan susu. Cukup la, rasanya tak jadi masalah kot...tak mungkin ada yang sakit perut lepas makan...insyaAllah. Ok seperti biasa, lepas berceloteh maka kita akhiri dengan sesi tayang gambar la 'kan.

Campak je semua bahan kat dlm mangkuk...dan pukul sampai jadi cream ye puan-puan
Ok...ini rupa butter selepas bercampur dgn gula aising
Ok...dah jd rupa cream
Kek yang dibekukan dah kembali pada bentuk asal tapi still over moist *_*
Tempek la kat semua bahagian
Inilah rupanya...mmg x senonoh
Kalau jual kat kedai rupa mcm ni sure x de org terliur nak beli kan...hahahaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan