Akhirnya,
Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari bertemu peminat
setianya dia Stadium Malawati, Shah Alam. Selain cover konsert untuk bahan
berita, aku sendiri memang teruja nak tengok x-factornya jejaka idaman Malaya neh.
Serius,
konsert ni memang kena bagi 5 bintang (*). Sepanjang 2 jam persembahan, bagi aku
(secara peribadinya) konsert ni hampir lengkap kerana setiap aspek cukup teliti
termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.
Lebih penting, suara Anuar tak pancit langsung dan pastinya yang paling diingati
peminat 'aksi romantis & nakal' nya 'Abang Nuar' menarik perhatian penonton. Sorakan dan
jeritan kuat penonton mengisi segenap ruang stadium setiap kali Anuar mengusik dgn
gurauan dan telatahnya. Pendek kata, penyanyi popular ni berjaya memukau lebih enam
ribu (kalau tak silap la) penontonnya.
Anuar buka tirai konsert jam 9 malam menerusi lagu I'm The Lucky One dengan
iringan 26 pemuzik bersama empat penyanyi latar. Seterusnya, Bila Resah yang
mendapat sentuhan baharu di bawah pimpinan Mac Chew.
Selain lagu rancak Selamat Pagi Sang Suria, Anuar menghiburkan peminatnya dengan lagu
popular termasuk Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta, Kau Bunga
Cintaku, Ajari Aku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu, Ketulusan Hati, Bidadari,
Semua Untukmu, Kain Pelikat, Teman Terulung dan Lelaki Ini.
![]() |
Layan...berbaloi...puas hati |
![]() |
Penuh stadium |
![]() |
Ini gambar Google.Com |
![]() |
Hehehehe... |
![]() |
Berbaloi kerja mlm minggu uolls |
Bukan saja kemunculan Nora Danish di pentas
(yang disambut Anuar dgn penuh mesra dan romantis) suasana stadium gamat apabila Anuar
mendendangkan lagu Cinta Tak Harus Memiliki bersama tiga penyanyi wanita Adibah
Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi iringannya. Lebih menarik lagi, klip
video lagu terbaharu berjudul Sempurnakan Aku buat julung kali ditayangkan di hadapan
khalayak.
Bukan hanya kekuatan vokalnya yang
konsisten dan lantang, malah persembahan Anuar juga berlatarkan paparan visual menarik
pada setiap lagu dan pencahayaan berwarna-warni.
Sepanjang 2 jam bagaikan tak terasa, sedar-sedar Anuar melabuhkan tirai persembahan dengan
lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.
Selain penonton, kedua ibu bapa Anuar, kakaknya penyanyi Ziana Zain dan rakan
artis lain seperti fara Fauzana, Hafiz, Fazli Zainal dan Datuk Rahim Razali.
...yg
pasti, menonton konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari cukup
berbaloi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan