Actually, aku tak tahu nak mula dari mana cerita ni. Serius, benda yang
berlaku depan mata ni cukup mengganggu emosi. Semuanya berlaku secara
spontan apabila aku tergerak hati nak ziarah dan melawat tapak Kak Har
berniaga.
Siapa Kak Har? Tak perlu la aku gebang
panjang pasal siapa dia dalam hidup aku, cukup aku katakan...dia seorang wanita
yang sangat aku hormat dan sayang. Dia sentiasa ada untuk dengar bebelan dan emosi
aku. Dia juga selalu berkongsi cerita lawaknya, pendek kata kami
berkongsi banyak benda bersama.
Nak dijadikan cerita,
hari ni lepas siap mengemas rumah, update blog neh (^_^). Aku tergerak
hati nak p ziarah Kak Har, lagipun dah banyak kali dia ngajak datang ke
tapak dia berniaga secara kecil-kecilan. Sebenarnya, aku masih rasa mcm mimpi
bila Kak Har cakap dia dah berhenti kerja dan sekarang berniaga sepenuh
masa.
Ye aku tahu, Kak Har mmg suka berniaga.
Sepanjang mengenalinya macam-macam benda dia dah jual, dia suka cuba macam-macam.
Mulanya aku tak setuju apabila Kak Har nak berhenti kerja, selain
anaknya agak ramai. Aku rasa dia masih muda dan bagi seorang wanita
berpelajaran sepertinya cukup sayang kalau dia pencen' awal.
...
tapi dah tertulis rezeki Kak Har makan gaji tak lama. Akhirnya,
daripada part time sekarang jadi peniaga full time. Aku tak mampu kata apa-apa,
keadaan memaksa dia perlu 'pencen' awal. Walaupun minggu-minggu pertama tu
dia nampak down, tapi lepas tu aku tengok dia dah normal semula (kepada
'manusia' yang buat dajal kat Kak Har, percayalah balasan Allah itu
pasti datang pada Lu!).
Sejak berhenti kerja Kak Har
sibuk membaking. Badan dia dah mcm bau roti dan kek... kemudian
bau laksa, mee kari dan bau pasar malam. Tapi biasalah, adat org berniaga
pasti ada pasang surutnya. Apa lagi bagi orang baru macam dia.
Setelah
agak lama tak bertemu muka dan bersembang, hari ni aku menziarahinya.
Lagipun teringin nak merasa makanan yg dijualnya. Aku juga rasa bersalah
sebab sebelum ni aku selalu tak berkesempatan ziarah tapak dia berniaga. So, kiranya
hari ni membalas hutang lama 'la 'kan.
Gigih
Aku sampai kat gerai kak Har sekitar jam 3pm. Time ni tak ramai org dan dia pun nampak
relax skit. Kak Har nampak comel dengan apron bergantung kat badan.
Dia sengeh lebar bila nampak muka aku terjongol depan gerainya. Muka
cerianya yg menyambut kedatangan aku, buat aku rasa sangat bersalah dan
malu.
Kak Har maintain ramah dan mesra menyambut
aku, walaupun muka dia berkilat dipanah mentari. Dia jemput aku duduk
dan hidangkan maknan yang dijual (tauhu bakarnya meletup Uolls!). Kami
chit-chat banyak hal, dia teruja bertanyakan kesibukan aku.
Lama
kami bersembang, pada masa sama aku ralit memerhati gerak -geri Kak
Har. Langit petang berlabuh, aku nampak Kak har terkocoh-kocoh mengemas
gerai. Rupa-rupanya dia dapat sms daripada hubby, tak boleh datang on time sebab
ada kerja so 'kak Har' kena naik teksi sebab anak-anak ada di rumah tanpa
jagaan.
Beberapa kali dia minta maaf
sambil dia dok kalut kemas gerai. Aku tolong apa yang patut, ikut kalut
dibuatnya. Memandangkan plan nak balik ke rumah Ma ditunda malam nanti,
aku offer diri nak hantar dia balik. Aku bagi alasan dah lama tak jumpa
anaknya.
Kak Har peluk erat bahu aku, sambil
sepasang matanya yang comel berkaca-kaca. Lepas berkali-kali ucap terima kasih,
dia terus kalut mengemas. Paling aku tak tahan apabila tengok badannya yang
kecil digagahkan untuk angkat meja, payung dan semua peralatan jualan. Ya
Allah, tabahnya Kak Har.
Sekonyong-konyong aku diserbu
keinsafan, betapa selama ni aku asyik merungut pasal kerja, stress dan
tension yang aku lalui setiap hari. Macam tak reti nak bersyukur atas nikmat
yang Allah beri. Melihat 'kehidupan' 'yang Kak Har lalui, membuat aku sangat
terpanah dengan kekhilafan diri. Ya Allah, ampunilah aku. Maafkan
kekhilafanku selama ini.
Berdikari
Selepas teman Kak Har beli bekalan jualan untuk esok, aku pecut kereta
kecilku laju-laju. Air mata tak tertahan nak tumpah, aku tak nak Kak Har
nampak nanti dia banyak tanya. Sampai di rumahnya, kami disambut keriangan
anak-anak kecil yang ceria di muka pintu. Anaknya yang paling kecil rakus
menarik plastik di tangan Kak Har. Biasalah budak-budak 'kan...
Belum pun hilang penat berniaga dan membeli bekalan di pasar, Kak Har sibuk menyiapkan makanan untuk anaknya. "Macam ni la akak hari-hari, Nn. Dah biasa, pergi la duduk kat depan sana. Akak boleh buat ni," kata Kak Har apabila aku cuba nak bantu dia di dapur. Aku buat tak reti je, terus potong sayur untuk di masak. "Kerja
sendiri mcm ni la, Nn. Kena kuat semangat, dugaannya tak sama macam kita
makan gaji. Nn jaga la kerja elok-elok, kalau nak buat bisness pun kena plan
betul-betul. Kerja Nn dah bagus sekarang, akak bangga tau."
Ya Allah, sayunya hati dengar kata-kata Kak Har. Petang ni, aku dapat pengajaran paling besar..."Jangan TAMAK dengan nikmat Allah, kena muhasabah diri. Biar hidup berkat, hati tenang."
Malangnya, pada masa sama ada sesuatu yang 'besar' masih terbeban dan terbuku dalam hati aku ni. Macam mana???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan