.

Sabtu, 24 Disember 2011

Bersatunya Lisa Surihani - Yusry...

A'haaaaa...akhirnya teka teki terjawab sudah! Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya membuat pengumuman yg ditunggu2. Aku selaku pemerhati dan org yg turut terbabit sama dlm industri (bidang  media) sudah lama tahu menunggu jawapan POSITIF daripada pasangan so sweet ni.

Ingat lg waktu Lisa berkunjung ke studio JELITA, bibir manisnya tak lokek mengukir senyum. Mulutnya ramah bercerita itu dan ini, termasuk hal kekasih hatinya (...yes siapa lg kalau bukan En. Yusry). Pada wajahnya, jelas menggambarkan bunga2 cinta sedang kembang setaman.

Aku sempat juga suatu ketika bertanya 'seseorang' yg pernah rapat dgn Yusry, sambil tersenyum insan itu berkata, "...syukurlah dia bertemu seorg wanita yg baik dan sesuai sekali utk hidup bersama. Kita sama2 doakan mereka berdua bertemu jodoh dan bahagia."

Bagi aku, Yusry dan Lisa memang sepadang. Kedua-duanya matang menjalinkan hubungan. Tiada kontroversi yg muak didengar. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, masing2 lebih senang bertindak 'coverline'. Lebih baik mcm tu, daripada dok pong pang pong pang...last2 satu apa pun x jd, malu jek dapat khennn.

Buat Lisa tahniah kerana berjaya memenangi hati Yusry yg sememangnya jejaka idaman Malaya. Kepada Yusry, semoga perkahwinan kali ini kekal hingga ke hujung nyawa. Dan aku, tak sabar nak tgk wajah2 cute yg menjadi pengikat kasih pasangan popular ini.

Tahun 2012, kita bakal menyaksikan perkahwinan grand ye. Aku, kalau ditugaskan cover majlis depa ni, dpt la p tgk...kalau x tgk kat TV (katanya ada siaran langsung drpd stesen TV berbayar...nonton di rumah je la kan kita yeop!) dan kat paper juga majalah. Kat bawah ni aku petik berita mengenai pengumuman pasangan yg sedang menghitung hari bahagia mereka pada Februari 2012. Sumber petikan-Mstaronline


Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu. Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT.

PUTRAJAYA: Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman.

"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami.

"Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.

Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

"Bagaimanapun tidak akan ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan kerana kami memilih untuk bernikah terus pada tarikh yang diumumkan itu," katanya.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

"Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa
yang penting nanti adalah majlis akad nikah.


Rabu, 21 Disember 2011

Bertabahlah Jimmy...

Jimmy-Gambar Mstaronline
“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa. Baik buruk pun, dia adalah isteri saya. Saya masih sayangkan dia dan apa sahaja yang saya lakukan selepas ini lebih menjurus kepada kebahagiaan anak saya,”

Jimmy Shanley Buat Kerja Amal Tebus Kesilapan

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley, 31, mengambil pendekatan untuk bermuhasabah diri dengan melakukan kerja-kerja amal bagi menebus semula kesilapan lamanya.

Bukan itu sahaja, Jimmy juga turut menyertai aktiviti keagamaan di Masjid Putra Height berdekatan rumahnya sepanjang tidak melakukan apa-apa aktiviti hampir setahun.

“Saya tahu saya banyak melukakan hati wanita termasuk isteri saya. Jadi, saya nekad untuk menebus kesilapan ini dengan mendekatkan diri dengan perkara yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan.

“Tidak lama lagi, saya akan mengikut Ustaz Akhil Hayy mengelilingi Malaysia untuk terlibat dengan aktiviti keagamaan.

“Selain itu, saya juga membabitkan diri sebagai sukarelawan Islamic Relief Malaysia dengan berkunjung ke sekolah-sekolah sambil beramal,” katanya semasa sidang media drama “Antara Garisan” di The Tranquerah, Encorp Stand, Kota Damansara, dekat sini.

Jimmy yang pertama kali menceburi bidang lakonan akui tertarik untuk berlakon drama bercorak keagamaan dan memberi pengajaran selepas berlakon drama “Antara Garisan”.

Katanya lagi, disebabkan tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak, Jimmy ingin membuat permohonan untuk melakukan perbicaraan kes rumah tangganya secara tertutup.

“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa. Baik buruk pun, dia adalah isteri saya. Saya masih sayangkan dia dan apa sahaja yang saya lakukan selepas ini lebih menjurus kepada kebahagiaan anak saya,” katanya lagi.

Walaupun dia sudah lima bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya, Zahrah Shanley, 6 bulan, Jimmy sentiasa berdoa semoga Zahrah dibesarkan dengan cara yang baik oleh isterinya dan keluarga.

“Jika diikutkan memanglah saya teringin untuk berjumpa dan membawa anak saya keluar bersiar-siar.

“Tetapi sekarang saya sudah terbiasa dengan situasi seperti ini dan apa pun yang berlaku selepas ini biarlah saya bahagia sebagai bapa. Setakat ini saya belum terdetik untuk menceraikan isteri saya,” katanya lagi yang turut mengendalikan program televisyen di saluran Astro Ceria.

Pasangan Jimmy dan Nursuhaila Eliani Suhaimy,32, bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

*p/s: ...hope ada penyelesaian terbaik untuk pasangan ni, sayang sekali kalau keegoan menjadi tembok yg menghalang kebahagiaan. Populariti dan kekayaan tak menjanjikan bahagia berkekalan, melainkan kasih sayang yg tulus.

Semoga cepat sembuh Latiff Ibrahim...

Dpt berita mengenai tahap kesihatan Uncle Latiff Ibrahim yg semakin merosot. Sedih dan terkilan, harap uncle cepat sembuh dan dapat tersenyum manis seperti sedia kala-Amin. Kat bawah ni petikan berita daripada Mstaronline. Dan gambar2 yg aku tempek ni, gambarnya yg 'terbaru' waktu jumpa dua bulan lalu.

Uncle Latiff bersama isteri dan anak.
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.

"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.

Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN.

Senyum uncle Latiff yg dirindui ramai, lagu2nya apatah lg.

Tgk, walaupun kurang sihat ketika ini uncle Latiff masih ceria melayan rakan media.

Selasa, 20 Disember 2011

Ummi Nazeera muncul kembali...

Ummi Nazeera kembali beraksi selepas 2 tahun
Lama tak dgr cerita mengenai pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera (budak ni sekali imbas mcm muka bekas ratu cantik juga pelakon tersohor, Erra Fazira). Sejak dia tinggal di oversea, mmg jarang sekali dgr berita. Dan tak sangka dlm diam2 bakal muncul dgn filem baru berjudul Penanggal.

Pelakon sweet ni bakal bergandingan dgn pelakon kacak, Azri Iskandar juga suami kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty ( Ellie juga pengarah filem Penanggal). Tadi dok skodeng paper Harian Metro (HM) versi online, ada terselit berita mengenai perkembangan terbaru Ummi. (...dan gambar Ummi berbaju dress hitam, kredit kepada Heyjoni Blackswan-PP). So jom layannn...

Kredit HM:-
Dua tahun tidak beraksi
Ummi bergandingan dgn Azri. Gambar HM
BERAKSI sebagai Murni yang juga watak utama dalam filem Penanggal, ternyata memberi impak yang cukup besar pada lakonan pelakon berwajah Melayu asli, Ummi Nazeera di layar perak.

Apatah lagi, pelakon kelahiran Kuala Lumpur yang juga pemilik nama sebenar, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin ini berpeluang bekerja dalam filem arahan pelakon dan pengarah berkaliber yang menjadi idolanya dalam bidang seni, Ellie Suriaty Omar.

Maklumlah, dalam filem lakonannya sebelum ini, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem epik terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi hanya sekadar bawa watak pembantu saja.

Dalam filem Penanggal, terbitan bersama Astro Shaw dan Grand Brilliance, Ummi bergandingan dengan heronya, pelakon Azri Iskandar yang juga suami Ellie.

Secara peribadi, Ummi mengakui watak Murni yang secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal adalah watak berat yang pernah dilakonkannya dalam filem setakat ini. 

“Sebenarnya, sudah dua tahun saya tidak berlakon dan peluang keemasan bawa watak Murni bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

“Pada mulanya, saya takut untuk bawa watak Murni tapi Ellie yang banyak membimbing dan memberi keyakinan pada saya bawa watak itu sepanjang di lokasi penggambaran. Sebelum penggambaran dimulakan, kami juga menghadiri kelas lakonan yang dikendalikan Ellie selama tiga hari,” katanya.

Secara peribadi, Ummi mengakui sudah buat persiapan mental dan fizikal untuk melakonkan watak Murni seperti dikehendaki pengarahnya.

“Ia kali pertama saya bekerja dengan Ellie dan pada masa sama, memang banyak saya dengar cerita kontroversi mengenai dirinya termasuk dia garang tapi ia sebaliknya pula bila kami bekerjasama. Pada pemerhatian saya, Ellie seorang pengarah yang penyayang di lokasi.

“Walaupun Ellie mengandung empat bulan tapi dia aktif dan bertenaga sepanjang di lokasi penggambaran. Saya pula yang bimbang jika kandungannya terjejas kerana dia aktif seperti tidak mengandung.

“Ketika buat babak Murni yang terjatuh dalam lumpur dan hampir lemas pada hari pertama penggambaran, Ellie pula yang berlari pantas memeluk saya sebaik babak berakhir kerana dia bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pada saya ketika itu.

“Saya juga tidak kisah masuk dalam lumpur kerana ia sebahagian tuntutan watak. Saya tahu, bukan saja babak masuk lumpur mencabar kerana setiap hari adalah cabaran buat kami sebagai pelakon bagi merealisasikan watak sebaik mungkin,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai karakter Murni, gadis malang yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng dan melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungannya. Ketika di sana, Murni didera orang kampung yang dapat tahu dia adalah penanggal.

“Murni adalah gadis yang keliru dan tiada pegangan agama. Apabila dia dengar bacaan surah Al-Ikhlas, dia hanya menarik kepalanya kerana dia tidak pernah diajar membaca ayat suci sebelum ini.

“Saya sudah mula jatuh cinta dengan watak penanggal selepas melakonkan watak itu. Saya percaya, penonton sendiri akan simpati dengan karakter Murni nanti yang mewarisi ilmu penanggal tanpa kerelaannya sendiri,” katanya.

Filem genre seram Penanggal memulakan penggambarannya bermula 10 Disember lalu. Berlatarbelakangkan era 1930-an, penggambaran selama 45 hari dan dijangka berakhir pada penghujung Januari nanti. Ia membabitkan lokasi sekitar Hulu Langat, Taman Melawati, Banting, Kuala Terengganu dan beberapa perkampungan di Perak.

Ia dimantapkan lagi dengan barisan pelakon iaitu Fasha Sandha, Zul Ariffin, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Kuswadinata dan Fauziah Nawi.

Ummi mengaku sudah ada kekasih
SEKALIPUN enggan mengulas lanjut soal teman istimewa, Ummi mengakui hatinya sudahpun dimiliki seseorang ketika ini. Jejaka bertuah itu sama-sama menuntut dengannya di Melbourne. Ummi juga menuntut dalam jurusan Perniagaan dan Pemasaran di Royal Melbourne Institute of Technology di Australia.

“Kami berkawan sudah lama iaitu ketika sama-sama menuntut di Melbourne. Bagaimanapun, pengajiannya di universiti di Melbourne sudah pun selesai.

“Terus terang, saya berasa seronok sepanjang dua tahun menuntut di Melbourne dan pengajian juga berjalan lancar seperti direncanakan. Saya juga belajar erti hidup berdikari dengan menyewa kediaman bersama seorang rakan sepanjang pengajian di sana,” katanya yang menyukai lelaki bertanggungjawab, menghormatinya dirinya dan rajin bekerja.

Ditanya sama ada keluarga menyokong minatnya berlakon, Ummi yang bercuti selama empat bulan di sini berkata, keluarga cukup memahami minatnya itu.

“Keluarga tidak ada masalah kerana saya berlakon ketika cuti semester dan pastikan ia tidak menjejaskan prestasi pengajian di universiti. Insya-Allah, saya akan menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas membawa pulang segulung ijazah nanti.

“Setiap kali cuti semester, saya akan mengisi masa dengan berlakon di sini yang memang bidang yang sudah sebati dalam diri. Maklumlah, saya memang tidak boleh duduk rumah lama-lama, seminggu saja saya sudah berasa bosan dan rindu ingin kembali ke lokasi,” katanya.

PROFIL
NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
UMUR: 21 tahun
TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon dan penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran, Royal Melbourne Institute of Technology di Australia
TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Nur Kasih, Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja dan Kejar
FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa

Mental + Block = S.T.R.E.S.S

Oh Tuhan, tenangkan fikiran hambaMu ini-Pix Google
Sejak setahun kebelakangan ni, aku rasa sgt2 nk berhenti kerja. Sampai tiap2 mlm aku asyik pk mcm mn nk berhenti kerja dan mcm mn nk survive bila dah xde gaji bulan2? Semak otak wey!!!

Byk punca yg membuat aku jd mental block sampai tahap x boleh nk fokus pd kerja. Kalau dulu setiap bulan aku teruja memberi bahan terbaik, tp skrg rasa keterujaan tu dh hilang dekat 75%! Seriuskan!!!

Office politics pun makin mcm gampang...I hate it!!!! Really2 hate it, sampai tahap x tahu mcm mn nk react & tackle this kind of situation. Frust gila cuz dh berbelas tahun keje, tp still lg kena hadap benda2 bodoh. Bukan maksud aku nk demand, tp rasa dlm usia skrg dan dgn pengalaman yg aku timba selama ni tak sepatutnya aku masih berada kat tahap sama lg.

Usaha, jgn ckp aku x usaha…mcm2 aku dah buat. Tapi, ye la mungkin usaha aku belum cukup lg utk sampai ke tahap sepatutnya. Aku tahu, aku harus bersyukur dgn rezeki yg Allah berikan kepada aku sebelum dan ketika ini. Aku kena redha dan terus tingkatkan usaha supaya apa yg aku dambakan dpt digenggam.

Jadi bos. Ye mmg aku bercita-cita nak jadi bos kepada diri sendiri. Tapi, bukanlah dlm line yg aku hadap skrg. Walaupun suatu masa dulu dan di tempat kerja lama aku pernah jd bos dlm line sama, tapi honestly aku rasa mcm x best dan serasi. Ada satu tahap aku rasa mcm, line ni mcm berangan je lebih tp kalau nak kaya mmg x de.

Serius aku mmg nak kaya dan suka cari duit (aku sgt suka bau duit). Aku suka pegang duit hasil titik peluh sendiri, bukan drpd poket keluarga atau suami. Aku perlu kaya dan banyak duit utk membantu keluarga, masyarakat dan bangsa juga agama. Aku sedih dan rasa sgt ralat apabila tak mampu atau terpaksa berkira2 apabila nak hulur bantuan kepada lain.

Paling aku sedih bila Ma masih bekerja hanya kerana aku tak mampu beri dia RM1k sebulan (…Ma demand dan sgt la high taste hokey, suka melaram, jalan2 dan makan2. Makna kata, setakat aku beri dia RM3-4 rat sebulan mcm xde makna je kat dia. Tapi, dia tetap amik la dan tak tahu dia buat apa dgn duit2 tu.

Aku risaukan Ma sebenarnya, sgt risau. Lepas Abah pergi (utk selama-lamanya), Ma dah jadi tanggungjawab aku dan adik-adik yg lain. Memang ajal maut urusan Allah, tapi aku belum sanggup kehilangan Ma. Jadi, kalau Ma masih kerja kesihatan dia mudah terganggu. Walaupun kerja dia sgt la senang, tapi kerja tetap kerja kan!

Dah byk kali aku paksa Ma berhenti kerja. Tapi dia beri alasan bosan duduk rumah sorang2, tak ada teman borak dan teman mkn (…maksudnya, dia bekerja bukan sebab nak duit sgt, tp sebab sunyi hidup sorang2…nak2 pulak bila Abah dah tak ada). Iye jugak la, sejak adik bongsu aku kawin dan adik2 lelaki pulak lebih suka dok rumah sewa bujang, Ma tinggal sorang kat umah. Mmg logik sgt dia rasa bosan dan lonely.

Tapi hati aku bagai disayat2 bila Ma sebut penat, sakit kaki, tak puas tido dan mcm2 keluhan lg. Ye, Ma mmg manja sikit. Kalau pening kepala pun, dah riuh sekampung. Aku mmg pernah ada hati nak duduk serumah dgn Ma mcm dulu2, tapi bila difikirkan semula lebih baik tak payah. Ma mmg sporting dan baik, tapi suka membebel + ada je benda tak kena kat mata dan telinga dia. Drpd jadi gaduh + jd anak derhaka, baik tak payah. Sejak 2 thn kebelakangan ni, aku kerap balik umah tgk Ma dan dgr dia membebel mcm2. Biarlah dia luahkan perasaan dia, kasi mood dia ok skit…lepas tu balik umah. Itulah yg selalu aku buat, dah mcm rutin pulak balik tgk Ma, dgr radio Siam dia dan balik.

Ok, balik pasal berhenti kerja dan mental block. If aku nekad berhenti kerja gara2 mental block ni, mcm mn aku nk manjakan Ma. Mmg Ma ada duit sendiri, tapi sebagai anak Ma tetap tanggungjawab aku. Habis duit loan kereta dan umah sapa nak bayar??? Oh Tuhan, sgt semak la pk semua benda ni. Rasa nak lari laju2…jauh2. Tapi ke mana???

Isnin, 19 Disember 2011

Kak Ain + Typewriter Olympia = K.A.S.I.H S.A.Y.A.N.G

Lebih kurang mcm ni rupa typewriter  Olympia hadiahKak Ain
Jam 3.20 pagi, masih tak boleh nak lena. Pusing kiri, pusing kanan...tetap x boleh nak pejam mata. Hais...mcm mn nk keja ni. Dah la bahan utk bulan ni belum cari satu pun lg, rencana jgn ckp la...apa pun x proses lg ;-(

Bangun, on pc. Itu je yg mampu aku buat, sambil tampung dagu atas meja...biji mata yg degil xmo tido ni terkebil2 hadap skrin computer. Padan muka, sapa suruh x nk tido. Rasa kan!

Tgh dok layan bosan, sebab x de yg menarik pun kat pesbok or blog2 masakan yg biasa aku skodeng dan salin resipinya. Asyik2 resipi yg sama yg depa dpt kat blog lain then copy paste kat blog depa...huh!

Tetiba aku teringat zaman budak2 dulu. Kala aku baru belajar menaip guna typewiter. Ye, typewriter rete paling mahal yg aku pernah dpt dan yg penting daripada satu-satunya kakak aku. Lebih istimewa, dibeli daripada hasil gaji pertamanya sebagai landscape designer. Mmg sgt2 terharu dgn keprihatinannya pada minat aku dlm dunia penulisan.

Masih terbayang2 sengih panjang aku tatkala Kak Ain hulurkan sebuah kotak berat. Bila bukak, kat dlm sebiji typewriter jenama Olympia rona putih krim. Time tu rasa mcm perasaan aku melayang2 jek. Mcm tak percaya Kak Ani sanggup beli barang semahal (wey, typewriter mahal tau time tu). Mmg tak sangka, Kak sanggup beli dgn duit gaji pertamanya. Dan pada mlm hari kejadian, aku menangis sembunyi2 (...siap lap airmata guna gebar lusuh yg baunya sgt la kepam hahahaha). Sgt kapas khennn, sebab aku dgn Kak ibarat anjing dgn kucing...ada je kes yg nk digaduhkan.

Bercakap pasal Kak Ani (Kak), dia mmg sayang kat adik-adiknya. Selalu utamakan keperluan dan keinginan adik-adik daripada diri sendiri. Itu yg membuat aku terharu gila dgn perangai Kak. Walaupun dia garang, suka mengusik dan suka suruh aku tolong dia buat kerja rumah (...hehehehe kami sgtlah susah time tu, adik2 pun kecil dan ramai pulak sampai rasa  mcm bibik x bergaji...semedang jek ada kerja kena buat).

Berbalik cerita typewriter td, sejak Kak beli rete mahal tu setiap kali ada masa mesti aku x lekang menaip. Taip sajak la, cerpen dan kadang2 luahan hati bila kena marah or pukul dgn Ma (...Ma time2 muda garang tahap dewa, x boleh tersalah sikit berbiratlah badan kena sebat dgn tali pinggang or penyangkut baju dawai, belum lagi bab suka membebel...dr pg sampai malam x habis2 mcm radio baru pasang bateri,,,bunyik aje!)

Btw, typewriter tu aku dpt masa study kat ASK (skrg dikenali ASWARA). Aku amik jurusan penulisan kreatif. Jdi, dgn adanya rete pemberian Kak memudahkan kerja menyiapkan asimen dan luahan perasaan hahahahaha.

Muda2 dulu, aku suka buat luahan perasaan dlm sajak2...skrg kalau baca sendiri pun susah nk paham wakakaka. Dulu jiwa seni masih kental, halus dan sangat kapas. Tp sejak bekerja, x time nk jiwang2...nk update blog ni pun berebut2 dgn time rehat.

Pendek cerita typewriter ada kenangan paling mahal dlm hati aku. Pandang aje ingat Kak. Tapi sayang, typewriter tu x ada dlm simpanan aku skrg. Aceli dah lama tak ada. Tak ada sejak bertahun dah, sejak2 salah sorg adik aku yg bijak pandai menawarkan khidmatnya nk hantar repair kat kedai tp sampai berzaman2 x dpt balik. Tiap kali tanya, mcm2 alasan dia bg. Kedai tutup la, tokey kedai kawin la, kedai pindah la...sampail la ni x nampak byg lg typewriter tu. Hampeh sungguh!!!

Mmg sedih gila. Tp x kan aku nk hentak budak tu khenn...kalau aku hentak sure jd kes polis punya. So, kemarahan x boleh nk dilempiaskan ...kena pendam jek! Lg pun dia anak emas Ma (...korang paham x peribahasa 'anak emas' nih? Tak paham? P cari sat dlm kamus dewan hahahaha).

Kiranya, jgn ada hati nk kata apa2, apatah lg jentik anak emas beliau itu. Sampai skrg sakit dan marah tu masih berbekas. Dan setiap kali aku tgk typewriter mesti menangis x ingat dunia, pastu mula la terkenang zaman muda2 dulu. Hmmm...kenangan dan pengalaman yg x mungkin aku lupa sampai bila2.
Kak Ain yg sgt2 berjiwa keibuan
Khas utk Kak Ain, terima kasih byk2 atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan selama ini juga sampai bila2. Walau di mana org ada, org x pernah lupa Kak dan org nak Kak bahagia dunia akhirat. Kalau Bila org senang, org nak Kak juga sama senang. Kalau Kak sedih, org sedia dgr luahan Kak.

Skrg Kak dah ada 4 org anak yg comel2 dan cerdik,  pada masa sama jd penyeri serta penawar kesunyian org. Kalau boleh hari2 nk tgk depa berempat. Semoga Kak sentiasa dilindungi rahmatNya dunia akhirat. Amin.

Ahad, 18 Disember 2011

Mek Mulung Cahaya Bulan show time...

Two weeks bz mcm nak mati! 'Deadline zone'! Yah...Mmg rasa cam nak buat2 pengsan jek. Apa tak nya, so many things nk kena setel terutama bahan. Bab2 layout kena reject tak yah ckp la, saban hari ada jek sesi reject pages. Muka masing2, x yah citer mmg mcm nk carik gaduh besar...salah jentik sure perang. *MATI*!!!

Pening! Kengkawan asyik tanya aku, mcm mn aku leh bertahan dgn kerjaya mcm ni. Hari2 hadap stress, hadap muka2 meroyan. Tu belum kira lg kena tadah telinga dgn herdikkan tak masuk akal. Mcm org redha benar je gayanya khenn. Hmmm...apa nk buat. Kena bertahanlah selagi aku minat line ni. Sok2, apabila dh bosan tahap dewa maka aku sendiri akan memberhentikan diri aku hahahah!!!


Hokey, tak yah lg gebang pung pang pung pang pasal sgt kerjaya bagai. Apa kata korang layan aku tgk teater. Apa, teater??? Ye, teater. Lama gak x tgk warna-warni lampu di pentas teater...tgk gelagat2 pelakon yg bersungguh melontar jiwa yg dilakonkan. Sungguh lama. Bukan malas, tp x time nk melapangkan diri.

Tapi, minggu ni aku gigihkan diri. Kebetulan dpt tiket free nonton pementasan Mek Mulung Cahaya Bulan di Panggung Bandaraya (DBKL). Kawan baik aku + designer berbakat, Razman Din (Butik Razman Razmi) rsvp 2 tiket utk aku.

Aceli, x ramai kengkawan aku yg minat tgk teater. Depa lg layan movie, nampak le urban skit kheen depa2 nih...motif!!! Last minute, teringat kat adik sepupu aku, Madieha Ahmad (Dieha) yg kebetulan tgh bercuti kat KL. So jam 3pm, aku text dia tanya if dia free or x hari ni. Respond positif, dia nk join gak. Then, lebih kurang 5.30pm, aku bertemankan En. Ommee puteh p amik dia kat bus stop Giant Batu Caves. X lama tunggu situ, dlm 10 minit adik manis ni pun muncul. Berbaju kotak2 ijau bercelana jeans ;-)

Dek kerana x nk parking jauh2, awal2 lg aku cop parking kat area DBKL. Berpusing2 gak la mencari, nasib jumpa satu tempat yg agak strategik dan dekat dgn dewan pementasan. Hmmm...baru 6.30pm, masih ada 2 jam. So, aku pun ajak p lepak minum n makan kat Sogo. Ingat tu nk melencong ke Pasar Malam Jln TAR, tp ngeri pulak nk menapak ke sana cuz bawak camera mahal. X nk la amik risiko, jd apa2 aku gak yg meroyan ;-(

Hero & heroin MMCB
Kacak sungguh Razali time ni...
Lepas mkn n solat, kami terus ke panggung pementasan. Dah ramai org menunggu, time pintu belum dibuka so kami lepak kat tangga sambil bergosip...biasalahkan! Jam 8.25pm, pintu panggung dibuka. Alhamdulillah, tempat duduk kami bahagian depan. Kira pelakonnya jelas la kat depan mata...hehehehe terima kasih Man (Razman Razmi).

Wah! Hebat sungguh lakonan Man sebagai Epong dlm MMCB, senak perut tgk kelaku Epong dan Edeng + sgt la 'gebu' korang apabila berkemban ye *wink*. Ingatkan hebat designer baju jek rupa nya berteater pun meletup...hehehehe...apa pun thumbs up. Selain tu, Nabil sebagai Awang Selamat pun bikin pipi lengguh dok gelakkan kelakunya. Kiranya, lepas ni boleh byk lg berlakon teater ye Nabil.

Overall, semuanya memuaskan. Paling aku suka, suara Razali Hussain...sgt menangkap telinga gitew. Hope, next time ada lg pementasan MMCB ni dan aku tak nk miss nontonnya + sure aku rindukan Epong dan Edeng!

Siapa lebih meletup...Epong vs Edeng???
Serius lawak time ni...Epong2 ;-))
Epong dan Edeng...jual ubat kuat hahahaha
Epong yg tgh 'verangan' diva...
Hokeylah...mari kita layan sikit sinopsis mengenai Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB) ni:-
  • Mek Mulung Cahaya Bulan mengisahkan Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.
  • Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini  bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakanpenghalang utama kejayaannya.
  • Raja Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki pintu kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Cahaya Bulan dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.
  • Raja Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Raja Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.
  • Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Cahaya Bulan Berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Comel je aksi slamba Nabil with Wak (dukun otai...)
Kelaku slamba Nabil di pentas MMCB
Nabil best...hehhehee
Kak Long (baju pink) yg lawak bila meroyan, menenangkan Puteri yg sgt sedap vokalnya
Nabil...
Info:
  • Teater Tradisional - Mek Mulung Cahaya Bulan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari Jumaat 16 Dis 2011, Sabtu 17 Dis 2011 dan Ahad 18 Dis 2011 jam 8.30 malam ini dianjurkan Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) atau PETRONAS Performing Arts Group (PPAG). 
  • MMCB arahan Roslee Mansor turut dijayakan Raja Lawak musim ke-2 iaitu Nabil sebagai Awang Selamat. Watak Raja Cahaya Bulan pula dilakonkan Razali Husin.  

*p/s: Layan lak pose2 kat bwh ni, terutama posing malu2 Madieha Ahmad bersama hero Malaya nya. Jgn sampai tido x lena mandi x basah ye Dieha...kekekekeke!!!
Hamboi...lebar senyum Dieha dpt jumpa hero MMCB, RAzali Hussain
Lepas hajat la ni...hehehe
Dah puas bergambar dgn Razali, cari poster lak...hehehehe sweet Dieha.
Dalam ramai2 pelakon MMCB, aku cari Epong hehehehe kemain die ye...