Ni
cerita Isnin lepas, aku ambil masa beberapa hari untuk memproses 'isi'
sembang kami. Terlalu 'serius' topik yang disembangkan, jadi aku kena
fikir apa yang perlu sebelum ditempek ke sini. Selepas puas
memprosesnya, nah kongsi di sini. Mana tahu, ada yang sudi memberi
sedikit 'pencerahan' untuk manfaat bersama.
Beberapa
hari lepas, selepas asar aku bertemu Surina (bukan nama sebenar). Kami
tidaklah close sangat, tetapi agak lama juga kami berteman mesra. Dia
ceria orangnya, bergaya dan punya kerjaya yang mantap malah masih
single.
Awal pertemuan, sembang kami biasa-biasa saja.
Kebanyakannya berkisah mengenai perkembangan terkini masing-masing dan
gossip (ini biasa apabila teman-teman jumpa saya, padahal aku lifestyle writer...bukan gossip writer ^_^).
Sembang
kami makin rancak apabila menyentuh soal perjalanan
hidup...cinta...jodoh...perkahwinan. Surina walaupun punya seraut
wajahnya nan menawan, tetapi sampai sekarang belum bertemu lelaki
idaman. Bukan tak laku, cukup ramai lelaki yang mahu mendampinginya
termasuk seorang jejaka ini. Namanya Hakimi (bukan juga nama sebenar).
Selain
bekerjaya, jejaka tinggi lampai itu cukup baik dan setia. Cerita
Surina, mereka menjalinkan hubungan hampir setahun setengah. Walaupun
tak pernah declare sebagai couple yang tengah in love, tetapi masing-masing faham apa yang mereka rasa.
Sayangnya,
hari demi hari, Surina rasa tidak gembira dengan hubungan itu. Baginya,
Hakimi terlalu 'baik'. Aik...baik pun tak gembira ke? Ye, itu reaksi
aku apabila mendengar luahan hati. Kata anak jati Kedah ini, dia ada
sebab mengapa sukar menerima lelaki sebaik Hakimi. Hurmmm...
Surina:
I tak kata dia (Hakimi) tu baik sangat macam malaikat, tapi kategori
lelaki baiklah. Solat tak tinggal, jaga batas bergaul, sopan dan
prihatin. Entahlah, aku rasa macam tak mencabar.
Aku: Ko nak mencabar macam mana?
Surina:
Terus-terang aku cakap, lelaki baik macam Hakimi tak mencabar hati aku.
Dia tak pandai cemburu, tak tahu goda perasaan wanita aku dan paling
tension apabila dia tak pernah sekalipun cakap rindu kat aku.
Aku:
Habis, ko nak sejenis lelaki yang macam mana? Hari-hari goda ko sampai
ko cair, sampai ko tak nampak mana baik dan buruk? (...sengaja aku
memancing marah di hatinya)
Surina:
Ko percaya tak kalau aku cakap, sepanjang kami couple dia tak pernah
pegang tangan aku. nampak lelaki lain jeling2 nakal kat aku pun dia
boleh buat bodoh je. Paling tak dia cuma cakap, "bukan lelaki tu sentuh
awak pun". Hanginlah aku, esok-esok kalau kahwin macam tu
jugak...bosanlah! Beku...kerjung macam tu, hilang nikmat hidup tau!
Aku
nak dia selalu prihatin kat aku. Aku ni cantik, tapi dia macam tak
heran je kat aku. Macam tak kisah kalau lelaki lain ngorat aku. Kadang
aku saja tunjuk kat dia surat2 cinta yang aku dapat daripada secret
admire, hampeh...dia senyum je!
Aku: Eloklah tu, dia berfikiran terbuka dan tak suka nak kongkong hidup ko.
Surina:
Ko rasa macam tu? Aku tak boleh, Nis. Aku lemas, rimas. Aku rasa macam
dia tak hargai kewujudan aku dalam hidup dia. Semuanya tak kisah,
semuanya tak apa!
Aku: Cubalah berbincang dengan dia, beritahu dia apa yang ko nak dan tak nak.
Surina:
Dah, banyak kali aku cakap. Dia macam tu jugak, beku dan kerjung.
Bertahun aku tunggu dia berubah, tapi sama jugak. Kalau dah kawin nanti,
macam mana hidup aku? Bosan...menggelupur harapkan perhatian daripada
laki sendiri!
Aku: Kalau dah macam tu, ko carilah lelaki lain yang sesuai cita rasa ko.
Surina: Hurmmm...susah nak dapat lelaki sebaik Hakimi.
Aku: Pulak! Aneh-anehlah ko ni...
Surina:
Aku nak lelaki yang baik, tetapi bukanlah jenis tak ada 'nafsu'.
Terus-terang aku cakap, sepanjang aku kenal dia, dia macam tak bernafsu
kat aku. Pakailah seksi, sendat padat macam mana pun, dia tetap tengo
aku ni macam tiang lampu bergerak.
Aku:
Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya. Kalau dia 'bernafsu'
kang, ko jugak yang parah. Dia simpan semua tu lepas kahwin la tu. Ko
patut bersyukur, dia jaga kesucian hubungan korang. Lelaki lain belum
tentu 'sabar' dengan godaan perempuan cantik macam ko.
Surina: Kalaulah dia nak berubah sikit, 'kan bagus.
Aku: Contohnya?
Surina: Iya, aku nak dia lebih 'bersemangat' tengok aku. Barulah mencabar!
*
Kata orang bijak pandai, kalau dapat orang yang baik di sisi
kita...jangan pulak gigih mencari yang lebih baik. Takut-takut nanti,
kamu dapat yang terlebih 'sempurna' sampai tak tercapai akalmu. Dunia
sekarang, bukan mudah mendapat pasangan hidup sesempurna idaman kita.
Kalau dapat yang baik, bersyukurlah kerana hidup berpasangan sebagai
suami isteri kelak adalah untuk saling melengkapi. Kalau sudah cukup
sempurna, apa keperluan kamu/dia di sisi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan