Serius, bosan dan tension tahap cipan sembelit (macam
mana rupanya, uolls p ' culik sekor cipan, kasilah dia makan apa-apa
yang boleh mendatangkan sembelit...tgklah puas2 bahahaha...) !
Bagi orang yang bekerja menggunakan line
Internet macam aku ni, bila 'terputus' Internet memang la hazab! Satu
kerja pun tak boleh kasi selesai, semua sangkut. Tak boleh check or send email, update story dalam web portal Inspirasi Magazine, bayar bil (alasan, awal2 bulan dah selesai semua bil) update blog (hehehehe), belek fb (*wink*), berInstagram dan semua urusan yang memerlukan Internet. Hadoiii...!
Kenapa tak ada line,
tak bayar bil ke? Ha...bagus soalan tu. Gila tak bayar, mestilah bayar.
Entah, aku pun tak tahu kenapa dengan tiba-tiba 'terputus' Internet. Call sana, tendang sini...tunggu sana, jawab sinun...tau2 dah petang dan jawapan paling best..."Cik, sila tunggu dalam tempoh 24 jam untuk kami buat semakan." Halaaaa...Hampeh betul!
So, apa saya buat? Jenuh baca novel, masuk dapur masak. Lepas makan, belek2 gambar dalam folder kat laptop ('kan nak belek gambar best2 dalam IG tak boleh...error!), belek pokok2 yang aku gigih tanam dalam pasu (Alhamdulillah...segar bugar pokok kunyit, daun kesom, daun pandan dan pokok cili kita, Wak...weeeehuuu) dan selepas itu...*PENGSAN*
Bangun dari kepengsanan yang disengajakan, try test line Internet. Nan adoo juo!!!
Jam 9 malam, tiba-tiba...bunyi notification whatsapp.
Hah! Macam kenal je bunyi...Iya ada bunyi! Kejar telefon (yang sengaja
campak - ala - manja- jek- pun- bawah sofa kikiki) mcm baru menang
peraduan gores & menang. Huish, kalau Uolls boleh tengok la adegan tu...Sumpah lawak!
Selepas 15 jam dalam 'penyeksaan', akhirnya...lihatlah dunia betapa bahagiannya aku selepas line Internet ada balik. Hahaha...kalau tak, sure tido awal malam neh hehehehe!
*Apalah...pasal tak ada
line Internet pun nak cerita dalam blog! (Biarlah...cuba Uolls kena,
sure rasa nak cerita kat seluruh dunia punya hahahhaa)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan