Serius dan jujur kata, aku terkejut tatkala membaca berita kat bawah ni dan serentak dengan itu datang bisikan halus dalam hati aku, "Jangan
persoalkan jodoh orang".
Ya, betullah kata orang bijak
pandai, jangan sekali-kali kita 'berandai-andai', "berkalau-kalau"
kerana semua itu kerja syaitan. Janganlah kita mempertikai apatah lagi
mempersoalkan ketentuan Allah, kerana sesungguhnya jodoh, pertemuan,
ajal dan maut itu RAHSIA Allah, Dia Yang Maha Mengetahui segalanya.
Kita? Cukuplah dengan bersangka baik kepadaNya, kerana bukan selayaknya
kita untuk mempertikaikan semua itu.
Akhirnya Johan As'ari pilih Lana Nordin
SETELAH
beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular,
Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar
pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.
Berita
itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya
bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem
atau drama.
Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar
Lana selepas tiga hari berjumpa. Johan turut mengakui mengalami cinta
pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program,
bulan lalu. Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan
isteri.
“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah
ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat
bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang
pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari
berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,”
katanya.
Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan
yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin. Pelakon filem Paku itu juga
akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin
keluarga.
“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu
mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau
ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang
sempena tarikh pertemuan. Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih
sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa
tergesa-gesa,” katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.
Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.
“Saya
nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia
menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan
apabila dipertemukan dengan Johan. Ketika dia meluahkan perasaan, saya
hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius,”
katanya.
Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan
berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan
adik. Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu
Shila dan mereka merestuinya. (Sumber berita: Sinar Harian/Berita Harian)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan