|
Allah lebih menyayanyimu, Ahmad Ammar Ahmad Azam. Al-Fatehah |
Selang sehari aku masukkan kisah 'syahidnya' mujahid
muda berjiwa insani, Ahmad Ammar Ahmad Azam, aku terima banyak maklum
balas positif. Rata-ratanya bertanya, siapa Ahmad Ammar? Ahli politikah?
Pensyarah tersohor di luar negarakah? Artis barukah? Siapa? Mengapa
berita pemergiaannya pada 2 November 2013 menjadi sebutan ramai. Di
laman sosial, baik
facebook,
intagram mahupun
twitter semuanya bercerita mengenai Ahmad Ammar. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya hingga menjadi bualan ramai?
Jujur kata, aku sendiri baru 'mengenali
Ahmad Ammar bin Ahmad Azam' lewat berita pemergiaannya yang tersebar di
facebook. Kemudian, seorang teman baik yang bekerja di Qatar turut memberi
link yang memaparkan video pada hari pengkebumian Ahmad Ammar.
Dek
sibuk dengan tugasan harian, aku tidak berkesempatan menonton video itu
pada hari sama. Esoknya, selepas solat Subuh, aku menyemak semula
email daripada teman itu. Aku klik
link yang
diberikan dengan perasaan santai saja. Kemudian, selepas beberapa
paparan aku mula rasa lain macam. Ada getaran hebat dari dalam hati aku.
Degupan jantung - kencang berbaur sebak dan pilu yang tiada taranya
(seolah-olah ditampar dan ditendang ketika sedang lena).
|
Sumber gambar: Google |
Aku tidak dapat menahan tangisan tatkala
imam memberi ucapan di sisi jenazah Ahmad Ammar. Sungguh, perasaan pilu
itu amat menyakitkan. Sekali gus membangkitkan rasa malu, kecewa, kesal
dan marah kepada diri sendiri. Masakan tidak, Ahmad Ammar masih muda
tetapi 'perjalanan dan pejuangannya' sudah jauh. Dia disayangi ramai
kerana kerendahan hati juga cintanya kepada agama.
|
Prinsip perjuangan Ahmad Ammar , siapa sangka anak muda ini punya jiwa yang luar biasa besarnya |
|
|
Memang tidak menghairankan, mengapa pemergiaan Ahmad
Ammar membuka mata dan jiwa masyarakat dunia. Begitu hebat penangan
Ahmad Ammar ini. Dengan bukti bergambar itu, aku beritahu mereka yang
bertanya...tidakkah kalian semua mendapat 'jawapan' mengapa Ahmad Ammar
sedang diperkatakan?
Aku harap, Semoga perjuangan dan
perjalanan hidup Ahmad Ammar akan membakar semangat jihad anak muda
kita. Sebagai rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam, aku
terharu juga bangga apabila Ahmad Ammar menjadi Satu-satunya rakyat
Malaysia yang dimakamkan berhampiran makan Sahabat Rasulullah SAW,
Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. Ya Allah,
besarnya rahmatNya kepada Ahmad Ammar. InsyaAllah.
W
alaupun
di Malaysia ini, anak-anak muda gigih mencari peluang untuk mendapat
perhatian dan penghargaan daripada manusia dengan bakat seninya
(termasuk sibuk mahu menjadi penyanyi, pelakon, pengacara, model dan
lain-lain), namun deep in my heart, aku semakin percaya sesungguhnya masih ada insan seperti Ahmad Ammar yang mahu berjuang untuk agamanya.
Mujahid
muda seperti Ahmad Ammar walaupun tidak dikenali ketika masih ada
hayatnya, namun perginya dia meninggalkan kesan amat besar dan luar
biasa. Pemergiaannya cukup berbekas di hati ramai orang, khususnya yang
mengikuti kisahnya.
|
Sumber gambar: Google |
A
langkah bertuahnya ayah
dan ibunya kerana bukan saja mempunyai anak ‘sehebat’ Ammar, malah dapat
menyaksikan sendiri perjalanan terakhir anaknya dengan pengakhiran yang
sangat baik dan dimuliakan. Inilah ‘penghargaan dan rezeki’ Ammar
pastinya amat menggembirakan ibu bapanya yang kesedihan.
|
Ibu bapa Ahmad Ammar. Sumber gambar: Google |
“Andai aku syahid,
kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti,
apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku,
tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –
|
Text perbualan
antara Ahmar Ammar dan kakaknya, nyata dia bukan saja sanggup berjuang
untuk agamanya malah kepingin syahid demi mempertahankan agamanya-Sumber gambar: Google |
|
Sumber info: Google |
Meskipun dirinya 'dikenali
ramai' selepas ketiadaannya di atas muka bumi ini namun amat tinggi
harapan aku, moga suatu saat ada insan yang sudi berkongsi kisah hidup
Ahmad Ammar Ahmad Azam kepada masyarakat, khususnya perkongsian daripada
kedua-dua ibu bapanya, rakan karib juga catatan berharga yang
ditinggalkan. Aku yakin, perkongsian itu bukan sahaja mampu menjadi
motivasi, malah pembakar kepada jiwa anak muda untuk menjadi pejuang
agama sepertinya. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan