|
What say you? Maniskan Ummi berhijab... |
Ditengah panasnya gosip kononnya dia berkahwin
diam-diam dengan suami aktres, Wawa Zainal iaitu Aeril Zafre. Aku lebih
berminat mengenai penghijrahan pelakon berbakat ini. Ya Ummi Nazeera
sebelum ini sentiasa tampil anggun dengan rambut panjang mengurai kini
manis dan sopan berhijab.
Perubahan itu (walaupun belum
memang mengejutkan ramai, tentu sekali peminatnya. Walaupun ada
cerita-cerita 'kurang sedap didengar' kononnya yang menjadi 'punca'
penghijrahannya itu, asalkan dia ikhlas dengan perubahan itu mengapa
perlu kita persoalan setiap tindakannya. Apa salahnya, kita sama-sama
doakan semoga dia diberi kekuatan dan terus istiqamah dengan
penghijrahannya itu, sekali gus menjadi muslimah yang lebih baik.
Aku juga gembira dengan tindakan Ummi yang membuang semua gambar-gambarnya sebelum ini (sebelum bertudung) daripada akaun
Instagramnya,
malah tiada gambarnya membuka aurat yang dipaparkan. Dia lebih banyak
berkongsi tulisan dan gambar Islamik di dalam akaun itu.
|
Belum reda kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal, timbul pula cerita panas mengaitkannya dengan Ummi Nazeera. |
Soal gosipnya dengan pelakon kontroversi, Aeril,
rasanya sudah ada jawapan juga penjelasan daripada kedua-duanya.
Masing-masing mengakui, khabar angin itu tidak berasas sama sekali. Baik
Aeril mahupun Ummi, mereka menegaskan tidak pernah mengenali secara
dekat kecuali hanya bersembang secara terbuka menerusi media sosial.
|
Respond Ummi mengenai gosip yang mengaitkannya dengan Aeril |
Hurmmm, media berhak buat kerja mereka (maksud aku
mendapatkan fakta sahih mengenai gosip ini) berlandaskan etika pengamal
media. Sementara Ummi dan Aeril juga berhak mempertahankan diri jika
gosip itu tidak benar. Setuju?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan