.

Selasa, 18 September 2012

Workstation...

Tiba2 sakit, keadaan ini betul2 buat aku tak selesa. Nak pula bila tgh byk kerja dan jiwa pun kacau semacam. tapi apa nk buat, semua tu Dia yg atur.Terima dgn lapang dada, lagipun sakitkan kira rezeki juga penghapus dosa ;)

Lepas 3 hari cuti, hari ni kembali ke workstation mcm biasa. Gigih pulun proses bahan utk advertorial (tiap2 bulan ada, menyampah seteres sungguh la), buat surat utk loan pakaian fashion shoot dan lain2. Pendek kata superduperbusy la.

Selesema, hidung tersumbat dan batuk betul2 menguji ketabahan jiwa. Rasa mcm nak tercabut pundi kencing apabila batuk dan bersin menyerang. Adoyai, dugaan betul. Apa pun, kerja tetap kerja...layankan je la. Inilah sumber rezeki utama utk dibahagi2kan ke bahagian sepatutnya. So, kena redha dan pasrah. Merungut pun tak guna, sebab kena hadap juga selagi masih bekerja di sini dan di line ni.

Cuma, dek kerana lalok ubat batuk yg dah bercampur dgn mcm2 jenis ubat...tumpuan jadi lari. Nak bercakap rasa malas, nak makan pun x selera. Tapi nasib baik ada kengkawan yg suka menceriakan keadaan seperti Ila, Athira, Ai, Yuse & Shikin. Beruntung kerana di kelilingi adik2 yg mampu membuat aku sengih walaupun tgh sakit dan seteres. Tqvm adik2 ;)

Oklah, nak sambung proses bahan. Lain kali kita sembang lg, hope korang tak bosan baca cerita aku kat sini dan terima kasih sudi membaca apa yg aku tulis hahahaha. Adios!!!

Kembali ke workstation :(



Tiada ulasan:

Catat Ulasan