.

Rabu, 19 September 2012

Baking time...

Lepas raya, ni kali pertama membaking semula. Wah, rindu bau kek yg baru masak, terutama bauk Choc Moist Cake. Dek kerana teruja membaking balik, mcm2 rupa kek singgah dlm kepala. Tapi, last2 kek choc juga jadi pilihan.

Jenguk dlm esbox, ada lgi choc power dan telur. Tepung dan lain2 pun masing bersisa, cukup utk buat 2 adunan choc cake (dah mcm rojak bahasa aku neh, layan je la ye...jgn guna utk panduan amik exam lak, nahas korang hehehehe).

Makanya, bersilat ala aku di tgh gelanggang. Bau choc cukup membangkitkan keterujaan, tapi 'M Powder' tetap terlebih. So, Choc Moist yg biasanya aku kukus bertukar tempat. Choc Moist versi bakar...huhuhu sgt senang dan cepat.

Sebenarnya ni perkara biasa bg aku, mmg rajin nak masak...tp memang malas nak layan step yg remeh-temeh wahahahaha. Tapi...hah, walaupun dibakar dekat 40 minit, Choc Cake bikinanku tetap moist uolls...malah hasilnya sama macam dikukus (aku sendiri pun terkejut beruk...beruk pun terkejut lalu lari bertempiaran hahahaha).

Aku suka Choc Moist Cake versi tak dak toping, bila makan tak muak sgt. Lagipun, takde la rasa bersalah sgt kerana menjahanamkan berat badan yg mmg mengerikan ketika ini. Wey, aku nak kurus neh...tapi kenapa x turun???

Dlm masa 60 minit...cewah...pro la sgt kan...semuanya selesai. Peralatan baking siap dicuci, bahan mentah siap disimpan tempat sepatutnya dan kek pun siap dingap!!! Sgt mudah, nak try buat...cuba la...aku google je resipi ni, tolak sana...tolak sini...kadang jadi cantik...kadang jd buruk...kadang tiada kejadian langsung hahahahaha!

Bahan asas utk Choc Moist Cake ni mudah je, korang mesti ada:-
  • Tepung gandum / tepung naik sendiri
  • Baking soda
  • Choc powder
  • Gula
  • Garam
  • Susu
  • Air
  • Telur
Stepnya, aku buat ikut suka dan ikut logik. Bagi yg dah biasa dok membaking, senang je la buat step sendiri.Tapi bagi yg tak biasa boleh tanya Pakcik Google (sila rajin2 kan diri korang). Dan kek ni boleh dibuat 2 versi, bakar dan kukus. Hasilnya sama (kalau kena gayanya), kalau tak sama juga try sampai jadi sama. Kalau takut nak try, boleh masuk kelas baking (aku tak mampu nak masuk kelas, mampu DIY je sampai la puas hati).

Berbalik pada Choc Moist Cake, aku plan nak bg jiran sebekas dan bawa ke opis itu share dgn kengkawan. Depa memang layan kek ni, so far x pernah lagi depa beli kat aku dan aku pun x pernah jual kat depa...kenapa? Tak tau! Lagipun aku selalu bawa kot, so x beli pun x pa hahahahaa (baik tak aku...baik kan...kan...kan)

Ok lah, malas cerita pjg2. Lagipun takde istimewa pun kek ni sama mcm kek2 yg aku buat sebelum ni. Ok jemput layan gambar yg sj2 snap pakai phone jek ne ;)

Ini dah siap potong masuk dlm bekas utk bawak p opis ;)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan