Mlm ni tiba-tiba rasa nak main tepung lak, terus google resipi yg
berasaskan tepung gandum. Hmmm...ada mcm2 yg menarik hati terutama kuih
Kaswi dan Karipap. Ikutkan rasa teringin tu, nak aje buat Kaswi. Tapi
memandangkan tahap kemalasan nak buat kerja2 mengukus sukar dikawal,
jadi aku buat karipap jek.
Sebab2 utama aku pilih
buat karipap, nak sumbat serunding daging yg dok menjanda tepi dinding
sejak awal puasa tu ari. Kesian beliau, drpd membazir baik jadikan inti
karipap jewk. Nak buat karipap pun dekat 30 minit menggoogle. Bukan apa,
mencari resipi yg mudah dan nampak sedap. Cari punya cari, aku nampak
gambar karipap yg sgt memikat mata kat blog
http://qurrataaayun.blogspot.com.
Daripada bahan dan
cara mcm senang, nak menguli pun sekejap je (pakai tgn je senang). Tp
dek tak pandai nak kelim, maka kelancaran membuat karipap ini terbantut.
Cuba guna acuan, lagi ke laut...semuanya terburai balik...stress mak!!!
Last2
aku redha, kena kelim sendiri walaupun tak cantik dan huduh rupanya
(mungkinkah sebab aku buat versi karipap mini, jadi karipap ni dah
bertukar menjadi 'karipop'???)
Lepas 1 jam, aku pun
gorenglah yg mana menjadi tu. Sedih betul, dr dalam kuali lagi aku
nampak betapa huduhnya 'karipop' ku itew. Hai...lantak le, malas nak
sedih2...emo2...biasalah pertama kali buat mungkin mcm tu kot. Next time
try lg la ye...Anis ^_^
Ini bahan2 yg aku gunakan (ikut resipi yg ada dlm http://qurrataaayun.blogspot.com)
4 cawan tepung
2 sudu besar margerin
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan air
Sedikit garam
Cara-cara:
1. Panaskan margerin + minyak, curah dalam mangkuk berisi tepung.
2. Gaul adunan sehingga sebati menggunakan garpu atau senduk kayu.
3. Kemudian campurkan garam dalam air, dan tuang dalam adunan. Gaul sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
4.
Bahagikan adunan pada bebola kecil, canai dan letak inti kesukaan (aku
sumbat serunding daging). Cantum dan kelim kemas bahagian tepi. Goreng
karipap (aku punya versi 'karipop mini') sehingga kuning keemasan.
Sekarang korang layan la gambar2 'Karipop Minit' gue hukhukhuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan