.

Ahad, 27 Disember 2020

Bukan Aku

 




Bukan sekali dua aku gelakkan diri sendiri. Banyak kali. 


Aku memang selalu juga fikir, kenapa ya aku biarkan aje orang buli perasaan aku?

 

Tak berharga sangat ke perasaan aku ni, sampai orang suka hati aje buat aku begitu?


Dan buat sekian kalinya, aku masih biarkan juga keadaan itu berlaku pada diri ini.


Aku masih layan, aku masih beri ruang dan peluang emosi aku dipijak-pijak.


Bukan tak sakit, dah tahap koyak rabak sana ini.


Aku dah penat sebenarnya hadap semua tu, kadang memang aku dengan sengajanya biarkan. Aku malas nak fikir. Lantakkan aje, asalkan tukang jahanamkan emosi aku tu puas.


Mungkin itu kebahagiaan dia, buat emosi aku rabak.


Bahagia?


Teruskan.


Aku? Walau ada ketika, muncul rasa nak membalas... Tapi hati dan fikiran aku menolak. Itu bukan aku. 




Aku tak 'mampu' nak buat macam tu.


Aku tak boleh, aku tak sanggup.

Khamis, 24 Disember 2020

Bertukang

Foto: Google


Lama tak bertukang di blog ni, sampai lupa sebahagian settingnya. 

Dari semalam, tangan ni gatal kemas kini apa yang sepatutnya. Buang apa yang tidak perlu, tambah apa yang sewajarnya buat tatapan kalian yang selalu sudi singgah masuk ke rumah kecilku ini. Terima kasih.

Rupa-rupanya, sudah banyak setting tuan tanah blogspot.com ni yang berubah dan ditambah baik. Banyak yang menarik dan bermanfaat, ada juga yang bikin pening sekejapan.

Keseluruhannya, aku suka pemasangan dinding dalamannya. Memudahkan kerja terutama bab nak tambah code.

Harapnya, ini akan buat aku lebih bersemangat untuk masuk dan mengarang di sini. Berkongsi dengan kalian yang sudi membaca dan meninggalkan pesanan. Terima kasih dengan sangat.

Jumpa lagi ye. Mungkin esok atau lusa, aku masuk ke sini lagi.


Adios.


Rabu, 23 Disember 2020

Tahun 2019 - 2020... Pergi Mana?


Gila!

Lama gila aku 'hilang' eh.

Hahaha... Aku sibuk. Macam kau oranglah, sibuk macam-macam. Demi hidup, kenalah sibuk itu dan ini.

Serius, aku rindu snapsqueen.blogspot.com ni. 

Selalu, memang selalu aku cari masa untuk salin segala benda yang aku taip dalam note di phone. Tetapi selalunya akan berakhir dengan kegagalan total!

Yeh... Stress kadang, susah nak lari dari segala macam hal yang membuat aku tak kecukupan masa untuk singgah ke sini.

Pelan-pelanlah ye, doakan aku tak lupa dan terus hanyut dalam kesibukan hingga lupakan media sosial yang satu ini.

Aku janji, lain kali aku masuk sini lagi.

Rindu kau orang... AdiosπŸ‘‰πŸ˜ŠπŸ‘ˆ

Ahad, 20 Disember 2020

Resipi Scones By Chef Hafizzam


Kredit resipi: Chef Hafiz Zam

Scones

Tadi chef uji kaji buat
Bahan (doh Scones):
2 cawan tepung gandum(250GM)
2 Sudu Teh Baking Powder
1/3 cawan mentega/butter(Chef guna Mentega)(100GM)
2 sudu besar gula kastor
Setengah sudu teh garam
1 biji telur(gred A)
80gm Kismis
Biji bijan putih
1 penutup esen vanilla
Susu cair 100ml (kalau tak cukup boleh tambah sikit-sikit)


Cara membuat:
1. Mula-Mula Ayakan Tepung dalam 

2. Boil Dengan baking Power

3. Lepas tu Masukan Mentega/Butter

4. Gaul2 hingga bederai.

5. Masukan gula, garam, kismis, sedikit biji bijan. Gaul hingga sebati

6. Lepas tu, masukkan susu cair, esen vanilla dan telur. Gaul sehingga menjadi doh


7. Lepas tu, lipat 3 kali atas meja letak sikit sikit tepung gandum biar tidak melekat
baru roll kan doh, jangan nipis sangat. Biar tebal sikit.

8. Lepas tu, boleh tekapkan dengan acuan bulat.


9. Letakkan dalam tray. Sapukan kuning telur atas doh. Taburkan sedikit biji bijan.

10. Bakar dalam oven 180cc selama 15minit atau 20minit. Tengok oven masing-masing.


11. Dah masak sapukan mentega dii atas Scones. Biar berseri.

Chef beli jem Strawberry je. Kalau nak fresh strawberry kena pergi Cameron Highland
🀣🀣
Selamat mencuba guys.

Sambal Cicah Padu


Kredi resipi: Ida Alina Salleh

Resepi sambal kegemaran yang saya selalu hidang dengan nasi ayam penyet, cicah dengan ulam-ulam, cicah bendi, kubis, pucuk ubi dan kacang buncis yang dicelur, apa-apa lauk dengan ikan kering goreng dan lain-lain.

Bahan:
Segenggam Ikan bilis goreng garing
Belacan sebesar syiling 50 sen (saya goreng dengan Ikan bilis)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang lada merah
3 batang pada hijau
cili api (ikut tahap pedas sendiri)
tomato dua biji
Cuka putih (2 camca besar)
Garam gula secukup rasa
Jus limau nipis (2 biji)

Cara buat pada gambar:


Segenggam Ikan bilis saya goreng dengan belacan hingga garing.
Ketepikan.

Tinggalkan sedikit minyak Ikan bilis dan belacan tadi,
tumis bawang, bawang putih dan semua cili hingga bawang lembut.
Manja-manja je. Tak perlu garing. Ketepikan.

Dalam lebihan minyak bawang tadi, tumis tomato.

Masuk dalam blender, tomato, Ikan bilis dan belacan, garam
dan gula, cuka, akhir sekali bawang-bawang dan cili. Blend.
Kita mahu tomato dan Ikan bilis halus, tapi bawang dan cili agak kasar. 
Siap blend, perahkan limau nipis.


Jumaat, 18 Disember 2020

Resepi Teh Bunga Telang & Khasiatnya


Kredit: Tok Serama

Teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-Bahannya:
Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis


Cara membuat:
Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.

Khasiat bunga telang
1. Mengecutkan jerawat
Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.
2. Melebat dan menghitamkan rambut
Kacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.
3. Sebagai detox
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.
4. Mengurangkan sakit kepala
Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.
5. Mencuci Darah
Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.
6. Mengatasi cirit-birit
Air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.
7. Mengatasi sembelit
Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.


8. Membuka selera makan
Jika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.
9. Merawat ulser mulut
Jika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
10. Insomnia
Air rendaman bungatelang juga dikatakan mampu merawat insomnia.
11. Mengubati bisul
Daun pokok bunga telang yang dihancurkan boleh ditampal pada bisul untuk mengubatinya.
12. Mengubati sakit mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata atau keradangan. Caranya dengan merendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.
13. Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
14. Mengurangkan gejala asma
Akar bunga telang yang direbus dan dijadikan sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.

15. Mengubati batuk
Akar bunga telang dapat ubati batuk.
16. Mengubati bronkitis
Rebus 30-60 gram akar bunga telang dengan 4 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam.
17. Mengubati sakit telinga
Jika anda mengalami sakit telinga, bunga telang boleh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang sakit.
18. Mengatasi stress
Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress.

Khamis, 17 Disember 2020

Resipi Ayam Serai Thai


Kredit : Suriati Silad

Ayam Serai Thai

Bahan-bahan:
6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
1 tsp serbuk kunyit
Garam

Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing

Bahan Sambal:
2 batang serai di ketuk
5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi, ambil.jusnya

Kisar:
5 cili besar
6 cili padi
3 bawang putih
4 bawang merah
.
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan serai dan daun limau purut
3. Kacau rata masukkan kiub ayam
4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tutup api dan hidangkan.πŸ˜‹