.

Rabu, 16 September 2015

Homemade roti canai lagi...

Masih dalam mood kegilaan meroti, tadi malam uli lagi doh roti canai untuk sarapan hari ni. Kalau sebelumnya dalam doh tu cuma bubuh air garam, tepung gandum dan air suam juga susu sejat. Kali ni aku try letak sebiji telur, guna air paip biasa dan uli lama sikit.

Hasilnya:-
  • Belum jugak gebu dan selembut makan di kedai.
  • Masih gagal menebar, jadi lapisan roti agak tebal. tapi tengah panas-panas tu memang layan je cicah dengan kuah kari atau gula.
Sambil melenyek (sebab tak pandai tebarkan, so kita lenyek2 sampai senipis boleh la)  tu, dok pikir nak mencari alas batu tebal khas untuk meroti, menguli keropok lekor dan lain-lain. Kemudian pikir pulak, dapur bujangku memang sempit mana nak ditala semua barang masak-memasak tu?

Adeh, time tu rasa memang rasa nak rembat sebiji 'banglow' 7 bilik, dengan dapur seluas sebiji rumah aku sekarang! Sayang sekali, tiadalah daya upaya nak mengadakannya. Hajat tu besar, tapi kemampuan terhad. Apa-apa pun, semoga ada rezeki daripadaNya. Mana tahu 'kan, tuah ayam nampak di kaki. Tuah aku siapa yang tahu...ngeeee ^_^

Dahlah, jangan membebel banyak. Layan je gambar roti aku ni ye. Oh, btw...hari ni aku buat #homemade #roticanaitelur cicah dengan kari ayam tanpa santan. Perghhh...Dia punya syahdu, Tuhan je yang tahu.

Doh yang dah 'masak' selepas lebih 1/2 diuli.
Dapat 9 ketui, cukuplah untuk makan sorang kan.
Serius cakap ni, tengah panas-panas ko layan...memang tak terasa ia adalah buatan sendiri. Macam makan kedai punya je hahahaha.

Selasa, 15 September 2015

Pesan untuk diri sendiri...


Ma saya pun pesan jugak, kalau kita buat salah dengan orang. Kena cari orang tu sampai dapat dan minta maaf. Kalau tak sanggup nak sebut 1 per 1 salah kamu pada dia (sebab takut menyukarkan lagi keadaan), cukup minta maaf sepenuh hati atas apa-apa saja yang kamu dah lakukan kepada dia. Dosa kamu kepada manusia takkan lepas sekali tak minta maaf, Tuhan juga takkan 'lepaskan' kamu. AllahuAkbar 😔

Isnin, 14 September 2015

Homemade roti canai + Abah...

Petang semalam, entah ke macam mana boleh tergerak hati nak menguli doh roti canai. Mungkin sebab terbawa-bawa perasaan seronok makan roti canai waktu pagi berteman seorang pesara polis yang lucu lagi sporting yang membahasakan dirinya 'Tok Yusof', orang Pulau Mutiara. Fasih bercakap Jepun dan banyak ilmu bergurau ^_^

Terima kasih 'Tok Yusof, teman sarapan pagi sambil berkongsi lawak yang betul-betul melegakan otak ^)

Mungkin dek rasa seronok tu, membawa ke petang mood aku cukup bagus dan rajin semacam. Maka, terhasilkan #misisnapsqueen ni. Actually, ni lah pertama kali aku cuba buat #homemade #roticanai. Berpandukan resipi 'agak-agak', aku beranikan diri mencuba. Petang semalam cuma buat dohnya dulu, hari ni baru canaikan doh tu.

First try, memang gelak sorang-sorang kat dapur. Dapat resipi, "Ko agak2 je, nak detail aku tak reti. Mak aku main agak2 je, biasa orang dulu2 kan."

Ok tak pe, kita try. Tak try tak tau kan, resipi detail pun kalau tak try, salah teknik tak jadi gak.

Ok, aku izinkan geng blogger semua gelak secara berjemaah dan aku tetap nak tempek hasil first try kat sini hahahhaa.

Tak kisah kalau korang nak gelak berguling-guling pun, sebab aku sendiri gelak jugak hahaha.
Tadaaa...homemade #roticanai . Walaupun arwah Abah dulu buat dan jual roti canai. Tapi anak-anaknya haram tak belajar, sengal! Buat kuah dal pun tak reti, so mkn la dgn gula pasir hahhaa. Takpelah, biar lambat asalkan ada usaha nak cuba ye dak.

Hasil try:-
  • Kena uli doh lebih lama lagi, ni sy uli ikut suka padahal kena biar adunan lembut betul mcm doh donat tu.
  • Kena belajar tebar, ni aku guna dulang. So hasil tak nipis sgt.
  • Aku suka roti yg nipis dan ranggup, jadi aku lebih suka roti canai versi 4 segi. 
Nak gelak ada, nak nanges ada. Nak kutuk diri sendiri pun ada. "Abah, orang dah reti buat #roticanai sendiri☺️. Masa Abah ada orang tak ada keinginan nak belajar buat, sibuk kerja. Sibuk dgn kemarahan sendiri. Abah, di mana tumpahnya kuah dal kalau tak kat roti canai 'kan. Tapi hari ni orang buat roti canai ni makan dgn gula je. Orang belum reti masak kuah dal. Nanti orang belajar lagi dengan Pakcik Google."

Ahad, 13 September 2015

Alahai si ikan puyu...

Ada member kata, mahalnya ikan puyu yang ko beli. Sampai RM8 sekor, kat kampung seluk je dalam sungai/sawah. Dah tu kat KL ni aku nak seluk tang mana? Sungai Klang? Sawah padinya celah mana? Tepi KLCC? Adeh...!

Pagi semalam punya cerita. Tak tau apa motif pembelian, nampak org jual #ikanpuyu kat pasar tani. Beli 2 ekor RM8. Pastu, balik menung tak tahu nak diapakan. Nak bikin pekasam tak reti, nak goreng mcm biasa sgt.

Memandangkan bahan utk masak #ikanpuyu tadi tak lengkap, kita simpan dulu dlm peti. Mlm ni, kita makan bihun #bakso dulu. Bila buat sendiri, mestilah selambak bakso dlm pinggan.

Abaikan je rupa #bakso yang tak berapa comey tu, sebab rasanya memang awesome! Mewah daging dan kenyal. Puas hati masak sendiri walaupun rupa tak secantik beli siap. Hehehe.


Sabtu, 12 September 2015

Udang Nestum vs Nasi Goreng Malas...

Pagi ni, lepas Subuh...kemas rumah kejap, terus merempit ke Pasar Tani, Taman Melawati. Walaupun besok ada jugak pasar tani area Danau Kota tu, aku lebih gemar ke Melawati. Lebih banyak pilihan, terutama sayur dan ulam-ulamannya.

Hari ni, meriah udang size besar. Harga pun boleh tahan, sekilo RM35. Aku pilih yang besar dan gemok dalam 13 ekor, dah RM15. Pejam mata, hulur duit. Merayap pulak ke bahagian sayur dan ulam. Kecur liur tengok batang keladi, pucuk ubi, nangka muda, pucuk manis dan macam-macam jenis pucuk ada. Memang rambang mata, kalau ikut nafsu semua nak sumbat masuk dalam beg shopping. Ngeee!

Bawa bajet RM50, cuma berbaki RM2! Gila 'kan! Sampai rumah terus tanak nasi. Hari ni nak kerjakan udang dulu. Memandangkan sebelah petang perlu keluar bekerja, jadi masak pun ala-ala je la. Udang gemok-gemok tu aku buat #UdangNestum , memandangkan masih pagi...jadi aku buatlah #NasiGoreng malas! Memang malas betul, cuma campak bawang merah, bawang putih, cili padi, kubis dan telur. Selesai.

Actually, ni pertama kali aku try masak Udang Nestum ni. Itu pun sebab minggu lepas aku terpandang ada baki nestum yang buat semekut raya tu ari. Lagi dua minggu expired, jadi sebelum dia bunuh diri sendiri baik aku kerjakan dia.

Masak Udang Nestum ni senang je. Bahannya pun lebih kurang nak masak Butter Prawn. Bezanya, kali ni guna nestum dan tak pakai susu cair. Simple 'kan, sesuai dengan tahap kemalasan aku...hahahaha. Nak try buat Udang Nestum ni? Tengok kat bawah ye, aku share resipinya yang sangat simple...tapi hasilnya memang tak cukup sepinggan ^_^

Bahan-bahan:-
* Udang sederhana besar 7 ekor (kalau boleh elak beli udang yg terendam dlm air sbb hilang manisnya, kalau tak ada pilihan belasah je la)
* Minyak utk menggoreng
* 1 biji telur dicampur dgn sedikit lada sulah, dipukul sebati
* Sedikit tepung gandum
* 3 sudu besar mentega
* 2 tangkai daun kari
* 3 ulas bawang putih, dicencang
* 5 biji cili padi, dihiris (kurangkan kalau tak nak pedas)
* Nestum secukupnya (tadi dekat semangkuk kecik aku guna, dah banjir nestum hahaha)
* Garam dan gula secukup rasa

Cara buat:
1. Udang yg dah dibasuh dan ditos tu, lap sikit dgn tisu dapur. Kemudian, salut dgn adunan telur pukul tadi, dah tu gaul sebati dgn tepung gandum.

Tujuan aku buat gini utk elak udang keras, jadi kalau nak skip tepung tu boleh je. Just gaul dgn adunan telur & goreng sehingga warna udang berubah keemas-emasan. Angkat dan ketepikan.

2. Cairkan mentega, masukkan daun kari. Bila daun kari agak garing, masukkan bawang dan cili padi. Gaul sebati.

3. Bubuh garam dan gula secukup rasa, kemudian terus masukkan nestum. Gaul sebati dan goreng sehingga nestum nampak garing (time ni memang sedap menyudu nestum tu, krup krap dlm mulut hahaha).

4. Akhir sekali, masukkan udang goreng tadi. Gaul rata dgn adunan nestum tu, tutup api. Siap. Selamat mencubalah buat yang rajin / teringin nak cuba tu  eh ^_^

Khamis, 10 September 2015

Kesadisan nan pahit...!


Seorang hambaNya, takkan hina tanpa kuasa dan pengaruh. Takkan miskin tanpa duit berbillion dalam akaun, tak lekeh tanpa beg berjenama. Takkan huduh tanpa solekan dan dandanan berkepok-kepok. Takkan jua tempang tanpa kereta mewah menjalar sampai ke pintu rumah.

Seorang hambaNya sempurna di pandanganNya dengan mendukung amanah bagai nyawa sendiri, memegang kuasa penuh hati-hati bagai dapat melihat dengan nyata ada malaikat depan mata mencatat setiap saat.

Sayang sekali, taraf 'wali Allah' sudah pupus di dunia akhir zaman ini. Kesadisan yang pahit untuk ditelan, namun ia nyata.

Selasa, 8 September 2015

Jangan manja...

Makan sedap tanpa kena jaga bajet, tak pernah terfikir itu dalam kepala aku sejak dulu. Dengan 7 adik, arwah Abah hanya mandor di tapak pembinaan (beristeri 2 lagi) dan Ma kerja on/off (kerap cuti bersalin dan masalah kesihatan lepas bersalin) di kilang mi, memang mustahil nak makan sedap. Sarapan dan makan malam selalu miss dek mendahulukan Ma juga adik-adik.

Bila masuk kolej, ikat perut lagi. Sebungkus nasi beli mkn tgh hari berkongsi ke mlm. Walau waktu tu Kampung Baru meriah dengan pelbagai jenis makanan, pendam rasa saja. Jalan sambil mata tak pandang kiri kanan.

Masuk dunia pekerjaan sebagai wartawan pelatih dgn gaji permulaan RM550. Itulah utk makan, tambang bas dan sewa bilik juga duit utk hulur kat Ma. Makan ala kadar, setiap hari usung bekal. Hmmm...Kenangan.

Beberapa tahun kebelakangan ni Alhamdulillah, Allah amat baik kat aku. Dulunya mustahil, sekarang serba ada...boleh diadakan. Dulunya mimpi, sekarang beransur menjadi realiti. Berbelas tahun turun naik bas, lrt...Alhamdulillah ada si kecil buat usung badan ke sana sini. Dulu terpaksa bersesak 1 bilik 3 org penyewa.

Salah satu peluang, kerja dalam dunia kewartawanan & penulisan yang membawa aku ke serata negara termasuk Taiwan. tanpa perlu keluar duit walaupun utk ERL, shopping, hotel dan lain-lain. Pendek kata, semua ditanggung. Rezeki Allah beri, syukur dengan sangat. Alhamdulillah.
Sekarang ada tempat berteduh atas nama sendiri. Dulu tak mampu ke mana-mana, berangan berada di langit biru pun tak sekali. Sekarang Alhamdulillah, peluang Dia beri sentiasa. Syukur dengan sangat. Walau tak mudah, tetapi Dia makbulkan sesuai waktuNya.

Jadi apabila ada 'adik-adik' baru belajar hidup merungut gaji RM1800-2500 tak cukup nak tampung hidup, nak beli nasi bungkus setiap hari, bajet nak bercuti asyik miss, nak beli baju - sepatu terpaksa kira-kira...dan macam2 rungutan lagi, aku hanya senyum. Bukan sinis pada keinginan mereka yang mahu semuanya serba 'segera'.

Sekadar hanya berdoa dalam hati, moga suatu saat dia mengerti utk apa semua kepayahan yang harus dilaluinya hari ini. Paling penting, moga adik-adik ni terus bersangka baik padaNya. Dia Maha Tahu kerana Dia yang menciptakan kita dan kehidupan ini.

Jangan manja waktu diuji, jangan lemahkan hati dan jiwa. Kamu kena kuat, sebab tiada siapa dapat bantu kamu kalau kamu sejenis manusia manja. Bunyi macam kejam kan, hakikatnya itulah. Kalau kamu manja, orang bukan nak tolong tetapi menyampah nak layan. Tetapi kalau kamu kuat semangat, orang juga teruja nak bantu kamu. Ingat ye adik-adik, hidup ini bukan semakin mudah.